CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Disebabkan Fitnah 'Buat Hidung', Pengikut IG Saya Berkurang - Zarina Zainuddin

29-3-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7471| Komen: 66

Description: Netizen masih membangkitkan isunya 'membuat' hidung membuat pelakon Zarina Zainuddin, 52, berasa berang.Kata Zarina, tuduhan tersebut tidak berasas dan wajar dihentikan segera agar tidak terus menjadi ...
Netizen masih membangkitkan isunya 'membuat' hidung membuat pelakon Zarina Zainuddin, 52, berasa berang.

Kata Zarina, tuduhan tersebut tidak berasas dan wajar dihentikan segera agar tidak terus menjadi fitnah terhadap dirinya.



IG

“Operasi itu sebenarnya melibatkan bedah hidung. Kalau tidak, doktor terpaksa toreh muka saya sana sini.

“Doktor kata memang resdung di bahagian tulang pipi, atas hidung. Kalau tak ada solekan, orang dapat tengok lebam di bahagian bawah mata saya.

“Bila buka (bedah) hidung, doktor sedut punca resdung. Justeru, saya kena terima hidung saya jadi begini. Saya minta doktor perbetulkan, supaya tak jadi buruk sangat. Saya tidak merubah hidung saya. Kalau ada yang tak faham, sampai matipun mereka tak akan faham,” luahnya ketika ditemu ramah sebuah rancangan televisyen popular tempatan.

Terdahulu, penampilan wajah Zarina yang sedikit berbeza ekoran perubahan bentuk hidungnya diperkatakan ramai pihak di media sosial.


Kata Zarina lagi, dia sedar, gara-gara cerita tidak benar itu, ramai individu yang marah dan melayangkan persepsi negatif terhadapnya.

Tambahnya, lebih mengecewakan apabila jumlah pengikut Instagramnya (IG) berkurang dengan ketara selepas berita tersebut tular.



“Disebabkan perkara itu, pengikut IG saya berkurang, dari 2.3 juta kepada 2.2 juta.

“Saya rasa orang betul-betul marah kepada saya. Oleh itu, saya nak mohon maaf kepada yang marah dan tidak memahami.

“Saya terima keadaan saya begini. Penyakit Tuhan bagi, jadi kita kena terima. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri, bukan orang lain,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarmatahari 29-3-2023 12:06 PM
Ko buat ke tk  buat ke...sendu nokk..
Quote laksmanabentan 29-3-2023 12:07 PM
siapa tu yang follow dia nih..
hahaha...
Quote dudaberhias 29-3-2023 12:07 PM
bukan orang kisah pun pasal kau buat hidung... sebab muka kau tetap leluhur yindu majapahit walaupun hidung terpacak macam paruh burung enggang...

orang dah lali dengan konten2 ko yang tak habis2 pasal kena smackdown dan di hempuk dek anak!

lepastu baru2 ni ko mencapub suruh orang lain tabah dan pertahankan rumah tangga... kena mengalah dan di hempuk serta smackdown macam ko gittew!

ko suka la kena smackdown sambil kacau pulut rendang... esoknya kumpul2 duit tu buat hidung... dari penat ko perabih bedah hidung tu baik ko bedah otak...
Quote LadyCarefree 29-3-2023 01:39 PM
Memang lain rupanya.

https://www.instagram.com/reel/CqWQ4H1jagK/?igshid=MjljNjAzYmU=
Quote ShyDoll 29-3-2023 01:41 PM
Tapikan rupa dia dh lain benar. Ikut nasihat Lana nordin ke? Kita tanya je.
Quote fair_iza 29-3-2023 01:42 PM
dudaberhias replied at 29-3-2023 12:07 PM
bukan orang kisah pun pasal kau buat hidung... sebab muka kau tetap leluhur yindu majapahit walaupun ...

Masuk semata2 nk bc larahan kaka dud. X bc pn artikel...hahaha
Quote aciksenah 29-3-2023 01:46 PM
LadyCarefree replied at 29-3-2023 01:39 PM
Memang lain rupanya.

https://www.instagram.com/reel/CqWQ4H1jagK/?igshid=MjljNjAzYmU=

Rasanya dia ada suntik filler babyface skali ni. Orang makin berumur ni biasa babyfat kat pipi akan hilang. Mata pun akan jadi sunken. So suntik filler bagi pipi nampak penuh balik. Hidung pun sekali la. Mungkin filler jugak la hidung tu.


Quote aciksenah 29-3-2023 01:48 PM
Tapi filler ni bukannya kekal pun...nak kena suntuk jugak every 3-6 months rasanya.
Quote LadyCarefree 29-3-2023 01:51 PM
aciksenah replied at 29-3-2023 12:46 PM
Rasanya dia ada suntik filler babyface skali ni. Orang makin berumur ni biasa babyfat kat pipi aka ...

Entahlah. Mungkin pemakanan? Dok hirup kopi mantok makan jus prawang apa tu semua?
Quote shernazz 29-3-2023 01:59 PM
Betoi la
Iols operate sinusitis n doc cakap betulkan hidung iols pung takde banyak beza...
Sebab bagi straight hidung TU so senang bernafas...hoho...
Quote kepompong 29-3-2023 02:00 PM
kalau jumpa Dr utk procedure muka, biasanya Dr akan bagi option buat dgn plastic surgeon utk “finishing” supaya parut2 kesan jahit tak nampak… Pastu.. spt biasa plastik surgeon tu akan suggest ituini dah terlanjur buat procedure kan… Dah mmg peluang utk Dr buat duit… suggest repair idung la dagu la…  biasa la plastic surgeon, ayat2 keramat dorang “when i see you , i see problems, let’s fix the problem”
Quote akuHavocczz 29-3-2023 02:03 PM
padahal orang dah boring tengok konten pasal anak sheols
Quote pocongkiutss 29-3-2023 02:04 PM
Org unfollow sbb tertgk gambar sabut nyok kut..haha
Quote bulalof 29-3-2023 02:05 PM
hidup utk tontonan umum tanpa tapisan. hadaplah!
Quote doridori_hi 29-3-2023 02:11 PM
Ex manager company lama iols, Chinese, taktau buat mne, hidung mancung sgt smpai nmpk mata dia juling, ... dekat2 je anak mata tu.. bila bercakap iols tahan gelak ...


Quote kotakominami 29-3-2023 02:11 PM
Adoi kak.....masalah akak ni kecik sgt pasal follower je....takpon akak tukar la content byakkan buat pasal nk hias pulutkuning tu.org tgok pon rase mcm terapi.... Jgn la asyik content negative ajer nanti org muak....cube akak pk kenapa org suka tgok khairulaming tu . Sebab dia tak buat cerita sedih merintih merayu nih.....dia tk ajak org gaduh tak defensive....vibe positif tu yg org nk follow....
Quote cikatilia 29-3-2023 02:12 PM
LadyCarefree: Memang lain rupanya.  <a href="https://www.instagram.com/reel/CqWQ4H1jagK/?igshid=MjljNjAzYmU=" target="_blank">https://www.instagram.com/reel/CqWQ4H1jagK/?igshid=MjljNjAzYmU=</a>

kawan2 aku ramai aje penah buat sinus idok le rupa begitu aneh... elok aje muka sama.. nak membongak pon agak2 le kan sistur oii

Quote vanillaninja 29-3-2023 02:34 PM
doridori_hi replied at 29-3-2023 06:11 AM
Ex manager company lama iols, Chinese, taktau buat mne, hidung mancung sgt smpai nmpk mata dia julin ...

Jenuh I memikirkan macam mana tinggi hidung sheols sampai nampak juling
Quote kashaz 29-3-2023 02:42 PM
laaa..retis gak selalu ckp, kalau tak suka sila unfollow. so lantak pi la kalau depa unfollow kan?

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048416 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top