CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Ni! Apa Ni!"-Diana Danielle Berang Farid Kamil Cuba Nak Peluk

28-3-2023 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16349| Komen: 73

Description: Diana Danielle berang Farid Kamil cuba memeluk dirinya selepas tamat prosiding permohonan cerai
Diana Danielle berang Farid Kamil cuba memeluk dirinya selepas tamat prosiding permohonan cerai.

Diana Danielle dilihat cuba mengelak daripada terus disentuh oleh suami yang dikahwini sejak 11 tahun lalu sambil berkata “Apa ni, apa ni!” berulang kali dengan nada yang kuat.


Foto: IG

Cubaan itu kemudian dihalang oleh rakan-rakan dan pengawal peribadi Diana Danielle sementara peguam syarie wanita itu, Datuk Akberdin Abdul Kader dilihat cuba menasihati pelakon utama Lagenda Budak Setan itu agar tidak mengganggu anak guamnya.

Farid Kamil kemudian dilihat cuba menyerahkan sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian namun usaha itu juga menemui kegagalan apabila beliau dinasihatkan agar sebarang urusan membabitkan Diana Danielle perlu melalui peguam-peguam yang telah dilantik.


Farid Kamil kemudian dilihat menyerahkan kotak cincin itu kepada peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Diana Danielle hanya bergerak meninggalkan ruang menunggu di luar dewan mahkamah selepas Farid Kamil meninggalkan pekarangan mahkamah.

Beliau pada mulanya enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai prosiding hari ini namun ketika disoal mengenai dakwaan suaminya bahawa pelakon filem Imaginur itu curang, Diana Danielle menjawab: “Fitnah, fitnah.”



“Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan saya cincin kahwin (sekarang). Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu, dia dah hilangkan selama lapan tahun, baru hari ini dia nak belikan balik cincin perkahwinan kami.

“Kalau (saya) ‘kantoi’, kenapa nak bawa bunga. Dah lapan tahun tunggu cincin tak dapat-dapat, baru hari ini nak bagi,” kata Diana Danielle. 
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader juga ketika ditanya mengenai isu orang ketiga juga menjawab: “Itu hanya alasan.”

Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000.



Pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 28-3-2023 02:17 PM
Kadang fikir cam gimik pulak...ntahla...nak lakukan filem bang non ke...kalau PS tu rasa betulla nak cerai sbb mat silau keluar dulu baru PS bising
Quote noor2 28-3-2023 02:17 PM
Drama sungguh masing2.....ya ampon...
Quote kalchi 28-3-2023 02:18 PM
Takda video ke
Quote LautBiru52 28-3-2023 02:24 PM
Lawa diana ni. tak heran la dgn farid. beratur orang tunggu
Quote ketupatnasi 28-3-2023 02:25 PM
Retis nehh.... Baik laki, bini, peguam pun.....belajarlah daripada kes2 cerai berai kengkawan korang yang lain...
Tayah le bagi satement melainkan dalam court jah.. Tade sape letak pisau kat leher suruh bagi statement.


Agaknya kalo parid dan sol dibenarkan bertemu berdua tanpa peguam, agak eh end up sesama mengacip sambil gosok polident.  
Quote deebiz14 28-3-2023 02:29 PM
Eish laki bini dedua sama je otak tak centre. Kesian anak2.
Rimas plak bodgos penuh da tred depa2 nih..
Quote shida81 28-3-2023 02:41 PM
Ni lagi geli dr drama sol
Quote OyenLemas 28-3-2023 02:42 PM
Semoga anak2 dilindungi sentiasa
Quote maharani_gebu 28-3-2023 02:45 PM
Ya ampun... minggu ni giliran DD & Farid ke nak mengungguli carta gosip?

Quote makadek 28-3-2023 02:47 PM
Jah menggelabah tek makin terbenam kisah dia
Quote mirsha 28-3-2023 02:49 PM
ketupatnasi replied at 28-3-2023 02:25 PM
Retis nehh.... Baik laki, bini, peguam pun.....belajarlah daripada kes2 cerai berai kengkawan korang ...

Tergelak beso jap membayang situasi dorang mengacip sambil gosok polident
Quote OsHiN_hOnEy 28-3-2023 02:53 PM
knp suami dia tak boleh nak mendekati isteri?
masih sah lagi kan?
yg loyer gila duit tu tak reti hukum ker camna
ada ker elemen keganasan yg D reported her husband for?
ada ker mata lebam or anak2 kena silambam dgn parid?
takda kan so far
yg drama mcm org gila tu knp D? I thought katanya cuma ada anxiety jer
kot lar ada scizo ker kan?

Quote caramello 28-3-2023 03:01 PM
Ksian la tgk life rumahtangga artis2 ni..nampak mewah, bahagia, ank2 comel, pasangan laki bini pun lawa/hensem, tp rupa2nya disebalik semua tu porak peranda..
Quote caramello 28-3-2023 03:02 PM
Semoga fk n tekya berjodohan..sama2 weng, sekufu sgt
Quote Hypothetically 28-3-2023 03:02 PM
Edited by Hypothetically at 28-3-2023 03:03 PM

Hormat sikit mahkamah farid, ni bukan ruang peribadi, sekecil kecil cara berpakaian pun di ambil kira di mahkamah syariah apalagi showing pda, mahkamah syariah synonym sbg badan undang2 agama Islam dan memperkatakan undang-undang Islam secara eksklusif, yang mempunyai bidang kuasa ke atas setiap Muslim di Malaysia.
Quote sharlenetexas 28-3-2023 03:05 PM
ketupatnasi replied at 28-3-2023 02:25 PM
Retis nehh.... Baik laki, bini, peguam pun.....belajarlah daripada kes2 cerai berai kengkawan korang ...

Hahaha ayat baru mengacip sambil menggosok polident.
Semoga fk mengacip sirih sekapur pinang lepas ni.

Quote kamexkame 28-3-2023 03:07 PM
Hypothetically replied at 28-3-2023 03:02 PM
Hormat sikit mahkamah farid, ni bukan ruang peribadi, sekecil kecil cara berpakaian pun di ambil kir ...

Ditto .lawyer dia tak advise ke
Quote Hypothetically 28-3-2023 03:09 PM
kamexkame replied at 28-3-2023 03:07 PM
Ditto .lawyer dia tak advise ke

Tu lah tak boleh tunggu masa2 sesuai ke, kat mahkamah syariah nak buat drama dah kenapa??
Quote ketupatnasi 28-3-2023 03:10 PM
Aku tadi baca tajuk sambil dalam kepala ikut intonasi ayat "Apa ni! Apa ni!"
hawau betul!!

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.063787 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top