CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Nafi Curang! "Masalah Yang Timbul Adalah Kesalahan Farid Kamil 100 Peratus, Aurora Pun Trauma"

28-3-2023 11:13 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22984| Komen: 160|Original author: Saiful

Description: Diana Danielle, 32, menafikan dakwaan suami, Farid Kamil, 42, yang menuduhnya berlaku curang sehingga nekad untuk memfailkan perceraian.Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang ...
Diana Danielle menafikan dakwaan Farid Kamil, 42, yang menuduhnya berlaku curang sehingga nekad untuk memfailkan perceraian.

Katanya segala tuduhan yang dibuat Farid adalah fitnah semata-mata dan segala masalah yang berlaku berpunca daripada kesalahan suaminya.



Foto: Harian Metro

"Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau 'kantoi' kenapa nak bawa bunga?

"Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun," katanya kepada Harian Metro.

Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.


Tambah Diana, kehadiran Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya mahu menjaga maruahnya.

"Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak, Diana memberitahu, puteri keduanya, Aurora, 8, kini berada dalam keadaan trauma.

"Aurora trauma," katanya yang enggan menjawab punca anaknya itu trauma. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 28-3-2023 11:15 AM
Sudah hilang 8 tahun ke masuk pajak gadai sis .
Quote bulalof 28-3-2023 11:17 AM
we want more. berita2 aib camni yg mewarnai Ramadhan di Malaysia.
Quote jihyomelly 28-3-2023 11:18 AM
musykil nape aurora trauma? parit pukul dd dpn anak2 ke tgh kacip dpn anak2…
Quote babelina 28-3-2023 11:18 AM
lagi mcm2 kuar la nie.. hmmm.. tingat kisah mak DD x bg masuk umah ke apa.. agknya mmg dh lama berantakkan la tu.. cuma skrg dh  tahan..
Quote 3chanceno 28-3-2023 11:18 AM
zuriey replied at 28-3-2023 11:15 AM
Sudah hilang 8 tahun ke masuk pajak gadai sis .

Tak terpikir meols ke situ
Quote 3chanceno 28-3-2023 11:20 AM
jihyomelly replied at 28-3-2023 11:18 AM
musykil nape aurora trauma? parit pukul dd dpn anak2 ke tgh kacip dpn anak2…

Ini yg buat ramai tertanya2 pasal cam dramatic statement DD.
Quote Dzahin_poch 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk mengadap hahahahah, i x rasa diana curang cz beberapa kali dia pg PPIM n lepak cafe my fmly sb nak settle kan hal si FK Ni. Myb this is the limit. FK still x berubah
Quote zuriey 28-3-2023 11:21 AM
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk men ...

Hal apa parit bt sis smpi jumpa ppim
Quote aciksenah 28-3-2023 11:22 AM
Nampaknya semakin gempar berita kali ni..orang tu kata begitu..orang ni kata begini. Netizen want more...Dah start terlondeh dah satu persatu.
Quote mizruncing 28-3-2023 11:24 AM
lahh smpai anak pon trauma mesti ade something. klu tak takkan sampai nekad nak cerai
Quote MilanAdelynn 28-3-2023 11:25 AM
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk men ...

Ada je laki yana tu masuk. Dia komen semoga dipermudahkan uols.
Quote doridori_hi 28-3-2023 11:27 AM
Apa yg dibuatnya cincin kawin Diana tu FK, yg aneh2 saje...
Quote iraizz 28-3-2023 11:30 AM
Bila DD cakap 'nak jaga air muka saja' aku rasa DD ni memang dah lama bersabar, dah nekad tak nak parid ni memang nak keluar terus dari hidup parid ni
Quote zidane2011 28-3-2023 11:38 AM
Tak pelik pun kalau dd curang/ada org lain. Kalau lakinya loser begitu.
Quote Dzahin_poch 28-3-2023 11:42 AM
zuriey replied at 28-3-2023 11:21 AM
Hal apa parit bt sis smpi jumpa ppim

Dari kes dia kena tangkap tu lg , lepas tu kes susulan
I x sure tapi ada lah bunyi2 dari staff situ ckp kes laki dia jugak,m. Dorang pon xleh nak reveals sb pic kan. Kalau diana nak curang dari kes dia kena tangkap tu lg diana xde nak tadah muka kat press kehulu kehilir dgn laki tangan bergari tu kan.
Quote Dzahin_poch 28-3-2023 11:43 AM
MilanAdelynn replied at 28-3-2023 11:25 AM
Ada je laki yana tu masuk. Dia komen semoga dipermudahkan uols.

Oo ada ke? Myb i x nampak sowiee
Quote Suchi 28-3-2023 11:52 AM
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 11:20 AM
Laki si yana langsung xkomen kat
Mana2 page hahahhahah senyap sepi even di petik netizen x masuk men ...

Kesian..kalau ikutkan takyah la org tanya napa dia nk bercerai dah jelas lagi terang bersuluh kot
Melainkan memasing dah amnesia belaka tiba tak ingat2 kes2 yg melibatkan laki org tu.

Quote Belibis 28-3-2023 11:56 AM
bulalof: we want more. berita2 aib camn ...

Iya...iya..berita2 lain pasal air soya mahal,murtabak 20rm tidak menceriakan perut kami.
Quote epal_putih 28-3-2023 11:58 AM
Belibis replied at 28-3-2023 11:56 AM
Iya...iya..berita2 lain pasal air soya mahal,murtabak 20rm tidak menceriakan perut kami.

kan ahahhahahhaha

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.066434 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top