CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hadir Ke Mahkamah Untuk Proses JKP, Farid Kamil Bawa Sejambak Ros Dan Cincin Sempena Anniversary Ke-11 Untuk Pujuk Diana Danielle

28-3-2023 10:02 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16549| Komen: 217|Original author: Saiful

Description: Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.

Dia turut membawa sejambak bunga ros merah dengan harapan dapat memujuk isterinya Diana Danielle.


"Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama," katanya kepada mStar.

Bukan hanya bunga, Farid juga beli cincin khas buat Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.

"Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat, cukup sekadar ada."


Foto: mStar

Farid yang hadir ke mahkamah berbaju batik corak hitam putih kelihatan ceria bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Sementara itu, Diana yang hadir memakai sut berwarna hitam sempat menyapa petugas media yang menantikan kehadirannya seawal 8 pagi.


"Selamat pagi, salam Ramadan semua," katanya.

Pada 20 Mac lepas, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan penceraian terhadap Farid selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun Farid enggan melepaskan aktres itu kerana masih sayangkannya.

Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid.

Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krukx 28-3-2023 10:08 AM
Lama gak dorg dh kawin. Kira lama la Diana ni bertahan & bersabar. Mungkin dia kalau boleh tak nk bercerai walaupun suami bermasalah sb fikirkan anak2. Ni sure dh tak tahan sangat ngadap. Silap2 boleh sakit fizikal & mental tau kalau hadap masalah rumahtangga ni
Quote primarikey 28-3-2023 10:09 AM
Ada jgk la usaha fk nk pujuk dd
Drpd yg sorg lg tu jumpa nk bitau giliran bermalam
Quote epal_putih 28-3-2023 10:10 AM
Nampakla usaha fk
Bawa bunga.. bukan cam solident bz nk bincang giliran bermalam..
Quote naina 28-3-2023 10:16 AM
Farid nampak bersungguh2..
Semoga diana beri peluang kedua
Quote nurul_akmar 28-3-2023 10:20 AM
patut solly2 pon bawak bunga. baru la cair
Quote doridori_hi 28-3-2023 10:20 AM
Bungaaa bunngaa cinta layu di pusaraaaaa...


Quote awex^returns 28-3-2023 10:23 AM
primarikey replied at 28-3-2023 10:09 AM
Ada jgk la usaha fk nk pujuk dd
Drpd yg sorg lg tu jumpa nk bitau giliran bermalam

yang tu acah² terpaling sayang, terpaling masih ada sinar tapi penuh keoink²an
sembang kari lebih
Quote maharani_gebu 28-3-2023 10:24 AM
Ni baru betul CUBAAN memujuk....

BUkan acah-acah pujuk (read : paksa) terima KETENTUAN ILLAHI
Quote awex^returns 28-3-2023 10:25 AM
nurul_akmar replied at 28-3-2023 10:20 AM
patut solly2 pon bawak bunga. baru la cair

soley tak main bunga² sebab dah dipenuhi taIK dan keluarga Kazarian yang berbau najis Mughalazzah
Quote scrocth 28-3-2023 10:26 AM
krukx replied at 28-3-2023 10:08 AM
Lama gak dorg dh kawin. Kira lama la Diana ni bertahan & bersabar. Mungkin dia kalau boleh tak nk be ...

Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
Quote MistrezHermanaz 28-3-2023 10:29 AM
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai

means DD dh ada org lain ye..wahhh
Quote Suchi 28-3-2023 10:29 AM
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai

Sapa org ketiga tu? Parid ke yg ada atau DD?
Quote scrocth 28-3-2023 10:31 AM
MistrezHermanaz replied at 28-3-2023 10:29 AM
means DD dh ada org lain ye..wahhh

Ye. Reporter interview td. Ada dkt IG xtra.com.my
Quote moonela 28-3-2023 10:31 AM
Jauhhh beza langit dengan bumi dengan yang sorang lagi...

Quote scrocth 28-3-2023 10:31 AM
Suchi replied at 28-3-2023 10:29 AM
Sapa org ketiga tu? Parid ke yg ada atau DD?

Yg mintak cerai lerrr
Quote primarikey 28-3-2023 10:31 AM
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai

Siyes r sbb org ke3
Dpt tau dr sumber mane
Quote Geeayden 28-3-2023 10:32 AM
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai

Ada bukti ke dah ada org ke 3, berdosa masih isteri org bercinta dgn org lain dan org ke 3 juga berdosa membuat hubungan dgn perempuan yg masih isteri org.
Quote MistrezHermanaz 28-3-2023 10:32 AM
scrocth replied at 28-3-2023 10:31 AM
Ye. Reporter interview td. Ada dkt IG xtra.com.my

tanpa segan silunya bgtau reporter
Quote moonela 28-3-2023 10:32 AM
scrocth replied at 28-3-2023 10:31 AM
Ye. Reporter interview td. Ada dkt IG xtra.com.my

pantas berita...betul2 atau alasan dicipta untuk keluar dari perkahwinan..

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067893 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top