CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doa Allah Pelihara Perkahwinan Saya - Nabil Ahmad Bakal Habiskan 10 Malam Terakhir Di Makkah

25-3-2023 10:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 309| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Sudah menjadi kebiasaan sejak tahun 2015, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bakal terbang menunaikan umrah pada setiap 10 malam terakhir bulan Ramadan.Tahun ini, Nabil bersyukur kerana masih dikurniak ...

Sudah menjadi kebiasaan sejak tahun 2015, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bakal terbang menunaikan umrah pada setiap 10 malam terakhir bulan Ramadan.


Tahun ini, Nabil bersyukur kerana masih dikurniakan kesempatan untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama-sama dengan isterinya, Nazirah Ayub walaupun kos menunaikan umrah meningkat banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.


“Boleh dikatakan kos bayaran menunaikan umrah pada tahun ini meningkat berbanding sebelumnya. Tapi memang sudah menjadi rutin, saya akan usahakan juga pergi menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan bersama-sama isteri.



“Daripada tahun 2015 lagi ketika saya melakukan umrah pertama, ada satu perasaan gembira dan seronok yang tak dapat diungkapkan walaupun ramai orang di dalam masjid atau kita kena bangun melakukan tawaf.

 

“Setiap tahun saya jadi sangat rindu dengan perasaan itu yang kita tak akan dapat walaupun kita pergi ke Bali, Thailand atau Australia sekalipun. Bagi saya, umrah bukan sekadar umrah, tapi juga proses healing untuk saya setelah penat bekerja selama ini,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Family Feud Malaysia.

 

Melihat ujian rumah tangga yang dihadapi rakan-rakan terdekat, tahun ini Nabil membawa doa khusus di depan Kaabah agar bahtera perkahwinannya bersama isteri akan selalu terpelihara.

 

“Tahun ini doa saya agar perkahwinan saya dan isteri akan dipelihara. Ujian kawan-kawan memberi kesan juga kepada rumah tangga saya terutama isteri. Kita doakan agar pasangan (yang dilanda ujian) agar Allah berikan jalan baik. Inilah yang selalu saya katakan pada isteri,” tambahnya lagi.


Sumber: GETARAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.031568 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top