CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penemuan puluhan bangkai kucing, persatuan haiwan Malaysia gesa veterinar buat siasatan

25-3-2023 01:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 568| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Gambar hiasan.Persatuan Haiwan Malaysia menggesa Jabatan Veterinar Malaysia membuat siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung penemuan puluhan bangja dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kon ...
Sumber Harian Metro


Persatuan Haiwan Malaysia menggesa Jabatan Veterinar Malaysia membuat siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung penemuan puluhan bangja dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Mac lalu.

Penganalisis Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan daripada pemilik rumah itu yang disewa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun selepas laporan polis dibuat pengaduh pada 13 Mac lepas tidak mendapat sebarang reaksi positif.

Katanya, dia terpanggil untuk membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran-jiran yang tidak tahan dengan bau busuk dipercayai datang dari rumah tersebut.


"Ketika pemeriksaan dibuat di rumah berkenaan yang kebetulan tidak berkunci selain suspek yang sedang tidur di dalam bilik, pengadu terkejut kerana menemukan bangkai dan percikan darah di situ.

"Dia kemudiannya melihat ke bahagian dapur sebelum menemui bangkai kucing yang telah dilapah. Dia turut menemukan sebuah ting yang berisi organ kucing selain penemuan sama di dalam peti sejuk," katanya.


Arie berkata, selain itu pengadu turut mendakwa terdapat sebuah baldi berisi daging kucing yang baru dikisar suspek.

Selepas mengumpil beberapa bukti berupa gambar di lokasi kejadian, pengadu telah tampil membuat laporan polis.

Bagaimanapun, katanya, laporan dibuat tidak dilayan dengan alasan polis tiada kuasa membuat siasatan dan penguatkuasaan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat dan membunuh haiwan) di bawah bidang kuasa polis.

Menurut Arie, pihaknya memaklumkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya pada 16 Mac lepas supaya siasatan dijalankan segera dan menyeluruh bagi mengetahui motif insiden tersebut berlaku.


"Kami gesa siasatan dibuat segera terhadap kaedah mematikan yang zalim kerana berdasarkan keadaan kucing yang kulitnya dilapah, organ dikeluarkan serta badan dipotong, ini menunjukkan keraguan terhadap cara mematikan yang tidak berlandaskan peraturan dan undang-undang haiwan di negara ini.

"Ini adalah kes pertama yang dikesan melibatkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti yang banyak di negara ini oleh seorang lelaki tempatan," katanya sambil menegaskan mahu pendakwaan dibuat di mahkamah terhadap suspek mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 demi keadilan kepada haiwan tersebut.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sailormars 26-3-2023 08:07 PM
gila suspek nie...kalau org normal x kan sangup buat mcm tu
Quote sailormars 26-3-2023 08:06 PM
gila suspek nie...org normal x kan sangup buat mcm tu...
Quote makneng 25-3-2023 09:12 PM
Siyal ek orang macam ni…stret aje mak makikan.
Quote LostStar 25-3-2023 08:49 PM
polis boleh nak lepas tangan jek ea..

habis kucing kat situ.. apa lagi dia nak siat? maw2 manusia dia siat nanti ni..
Quote matjerk 25-3-2023 04:40 PM
Siasat kan jugak yg ini:
Bagaimanapun, katanya, laporan dibuat tidak dilayan dengan alasan polis tiada kuasa membuat siasatan dan penguatkuasaan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat dan membunuh haiwan) di bawah bidang kuasa polis.
Quote Miss_LoveLeen 25-3-2023 04:39 PM
Macam mana la bau dalam rumah tu ye? Kalau org waras, takkan blh hidup dlm suasana mcm tu.
Quote SayaSayangMama 25-3-2023 03:25 PM
lepas tu jual daging kisar tu campur dgn daging lembu euuuuuuwwwwww
Quote Perawankota 25-3-2023 03:21 PM
Psiko ke
Quote gold_teeth 25-3-2023 02:15 PM
Yaks then dia msak ke ape? Da mcm negara tuttttt

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033946 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top