CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Saya Abai? "Nafkah Bagi, Sediakan Tempat Tinggal, Jaga Makan Minum. Bukannya Saya Halau, Dia Yang Keluar Rumah"

24-3-2023 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17384| Komen: 122

Description: "Ini bukan pesta saling membuka aib masing-masing," kata Syamsul Yusof mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang berpanjangan hampir lima tahun.
 "Ini bukan pesta saling membuka aib masing-masing," kata Syamsul Yusof mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang berpanjangan hampir lima tahun.

Syamsul ketika ditemui berkata, dia memohon supaya isterinya itu berhenti menabur fitnah mengenai dakwaan pernah memukulnya pada 2020.


Foto: Harian Metro

"Kalau tak suka saya, kenapa sampai tahap perlu memfitnah saya memukulnya. Jangan buat cerita fitnah yang tidak benar walaupun membenci saya sekali pun. Saya ada menghubungi dan beritahu 'sampai hati awak buat saya macam ini'.

"Dan cerita di sebalik memukul itu pun ada kisahnya dan kalau boleh saya tidak mahu ulas perkara itu lebih panjang.

"Bagi saya, yang sudah itu sudahlah. Saya boleh maafkan dia. Kalau ada ruang untuk berbaik, ayuh kita berbincang," katanya.

Ditanya adakah dia mempunyai bukti kukuh apabila mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang juga berstatus suami orang hingga nekad memfailkan permohonan nusyuz Selasa lalu, Syamsul berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.


"Hal itu saya tak boleh cerita lagi. Saya tak mahu main 'game' fitnah di sini. Saya enggan bercakap benda yang tidak sepatutnya di sini.

"Saya sendiri pun malu nak bercakap mengenai perkara itu kerana ia membabitkan aib rumah tangga. Jadi apapun tunggu proses perbicaraan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan mengabaikan isteri pertamanya sepanjang empat tahun berdepan konflik rumah tangga.

"Apabila ada yang mengatakan saya mengabaikan dia selama empat tahun, semua itu tak betul. Bila saya abaikan dia?

"Adakah satu pengabaian kepada isteri kalau nafkah saya masih bagi, sediakan tempat tinggal dan jaga makan serta minumnya. Bukannya saya halau dia keluar rumah, tetapi dia yang keluar rumah.

"Orang tanya kenapa saya tak nak ceraikan dia empat tahun lalu? Jawapan saya mudah saja kerana saya tidak mengabaikannya.

"Anda pun boleh tanya soalan sama kepada dia, kenapa tak minta cerai empat tahun dulu? Kenapa selepas saya berkahwin dan berpoligami baru nak bercerai, sebab masing-masing ada simpan perasaan sayang lagi," katanya.

Terdahulu proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan ini di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini, gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Dalam masa sama, Syamsul turut memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu adalah mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 24-3-2023 04:34 PM
Allahu.. patutkah aku bukak puasa saja pukul 4.30 ni
Quote dudaberhias 24-3-2023 04:39 PM
diam lah gigi palsu oiii... semoga masa pagi2 ko nak tepek polident sebelum pergi mahkamah tu semoga kau tersilap pakai gam gajah... biar gigi pelesu melekat dekat langit2 terus dan tak boleh buka mulut... agittewww...

dah dia nak bercerai... kau ceraikan lah dia... bukan dia mintak apa pun... takde pun dia mintak ko serbis atau smackdown dia atas katil... dia dah bosan dengan kau gittew apa yang cuba di beritahu sebenarnya... tak larat dah nak rendam gigi palsu kau dalam cawan dan esoknya kena tepek polident kat laki....

biar lah si ira tu plak gigih bangun tetiap pagi cuci2 dan berus gigi pelesu ko pakai colgate... lepastu picit2 polident dan lekatkan plak untuk pastikan alignment tak lari... supaya ko pun tak tercekik gigi pelesu... yihhhhh
Quote nurul_akmar 24-3-2023 04:40 PM
"Dan cerita di sebalik memukul itu pun ada kisahnya dan kalau boleh saya tidak mahu ulas perkara itu lebih panjang.


Meaning mmg ada la adegan pukul tu?
Quote snowflakes 24-3-2023 04:41 PM
Dia ingat nafkah tu bagi makan dan tempat tidur  je ke? Mohon hakim sekolahkan dulu dia ni...
Quote putericahaya999 24-3-2023 04:41 PM
Bodohnya .... terbukti ko blok dia setahun

Belum cerita bab lain.... jumpa pun tidak nafkah benda nya
Quote likilu 24-3-2023 04:42 PM
alieyrina replied at 24-3-2023 04:34 PM
Allahu.. patutkah aku bukak puasa saja pukul 4.30 ni

Asal petang je dekat nak buka period kan
Quote msdummy.2018 24-3-2023 04:45 PM
Nafkah saya masih bagi..adooiii singkat betul pemikiran dia nih
Quote Lagubestbest 24-3-2023 04:46 PM
gulp. .. ..
Quote anilanil 24-3-2023 04:49 PM
Dildo ada provide sekali tak samdol?
Quote TerataiMelur02 24-3-2023 04:49 PM
Sol ni apa yang keluar dari mulut dia semua orang sekeliling salah. Dia tak pernah salah.
Dah kau pukul lepas tu pegi beramas mesra dengan IK.. mana tak bengang PS.
Quote kepompong 24-3-2023 04:51 PM
i ada kawan kena pukul dgn hb , pastu mengadu kat kwn dorang yg psychiatrist, Dr tu kata normal je laki pukul sbb rasa tercabar/provoked,  kalau tak cedera apa2 & dah tak buat lagi lepas tu, benda normal
Quote CurangLagi 24-3-2023 04:52 PM
Serem. Sememangnya jenis x mau kalah. Sengaja menyusahkn sbb mau dera mental ps. Hahaha. Buat ps bertabahla. Kena stop sdh buat statement.. Org mcm ni paling best di abaikan ja.. Biar peguam buat kerja.. Hahaha. Sara sila post yang happy2 ja yaaa
Quote alieyrina 24-3-2023 04:53 PM
Gigi dia lepas sapu poliden lekat tak betui ni..berterabur semacam ja bila cakap
Quote eriminuri 24-3-2023 04:53 PM
SolPolident ingat bela bini mcm bela kereta agaknya. Boleh collect and peram lama2. Iols doakan PS dapat apa yang dikehendaki to move on and live happy.
Quote epal_putih 24-3-2023 04:56 PM
Meme soley xsir ngaku saloh lasung la
Xkira la nga ps ke.. abgron ke..
Soley²
Quote freesia71 24-3-2023 04:56 PM
Aku harap adala hakim mana2 sound sikit si sol ni. Nafkah zahir bukan duit je laaaaa. Nafkah batin bukan seks jeee.
Quote _blackbird 24-3-2023 05:01 PM
Dari feedback dua dua pihak. Mmg dua dua pon problem. Baik sol mahupon ps. And both taknak reflect diri mengapa sampai messy mcm ni. Sol ambil jalan pintas dengan kahwin lagi 1, ps lak sgt terlambat bertindak sampai laki dah terkahwin lagi 1. While timoh meratip mencelakan org lain. Oit timoh, problem ni mmg dtg dari anak dan menantu kesayangan ko lah. Dah berenti celaka kan org lain. Celakan anak dengan menantu ko tu sendiri. Dua dua problem
Quote silampumeja 24-3-2023 05:04 PM
dudaberhias replied at 24-3-2023 08:39 AM
diam lah gigi palsu oiii... semoga masa pagi2 ko nak tepek polident sebelum pergi mahkamah tu semoga ...

Memang benar2 gugi palsu ye??
Quote silampumeja 24-3-2023 05:06 PM
kepompong replied at 24-3-2023 08:51 AM
i ada kawan kena pukul dgn hb , pastu mengadu kat kwn dorang yg psychiatrist, Dr tu kata normal je l ...

Huuu teringat kwn univ i yg benci abg ipar dia , seorang psychiatrist yg pukul kakak dia ....abg ipar dia kelantan, semua org laki kelantan dia benci. Entah2 tu abg ipar kwn i chuols

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050356 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top