CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibatkan Kerugian RM182.3 Bilion,Raja Mata Wang Kripto Berjaya Dicekup!

24-3-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6149| Komen: 7

Description: Zagreb: Warga Korea Selatan yang disyaki seorang daripada pelarian paling dikehendaki dan pengasas mata wang kripto, Terra ditahan pada Khamis, lapor Menteri Dalam Negeri Montenegro Filip Adžić.
Zagreb: Warga Korea Selatan yang disyaki seorang daripada pelarian paling dikehendaki dan pengasas mata wang kripto, Terra ditahan pada Khamis, lapor Menteri Dalam Negeri Montenegro Filip Adžić.

Do Kwon, 32, yang juga bekas 'raja mata wang kripto' dipercayai bertanggungjawab atas kerugian lebih AS$40 bilion (RM182.3 bilion), kata menteri menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Katanya, pengesahan rasmi identiti sedang dilakukan.


Foto: AP

Menurut Adžić, Do ditangkap di lapangan terbang Podgorica dengan dokumen palsu.

Dia dikehendaki di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Singapura.

Pendakwa raya Korea Selatan percaya Do Kwon bertanggungjawab atas kejatuhan AS$40 bilion dua mata wang, terraUSD dan Luna, yang mana ramai pelabur memperoleh keuntungan berjuta-juta pada akhir Mei 2021.

Pada Mei tahun itu, kedua-dua mata wang ini menjunam dan nilainya jatuh kepada sifar.


Interpol mengeluarkan waran tangkap untuk Do pada September lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-3-2023 11:13 PM
Kesilapan besar dia bukan sebab dia cipta platform kripto. Tapi kesilapan besar dia cabar sindir untuk jatuhkan kripto dia

Gila dia ni isap gam tahi lembu. Duk cabar2 xkena tempat. Sama dengan top g yang duduk dalam penjara. Masing2 rasa hebat sedangkan ramai lg org hebat power money kuasa kt luar sana untouchable.
Quote matamata 24-3-2023 11:16 PM
Raja Kripto.?..Do Kwon raja kripto?...Wartawan HM dgn wartawan CARI ni sama bodoh takda ubat
Quote tafa452046 25-3-2023 04:36 AM
Edited by tafa452046 at 25-3-2023 04:43 AM

Sawad Agency We offer you a service to buy Tik Tok followers. You can enjoy the best interaction on your account through real followers


متابعين تيك توك
شراء متابعين تيك توك
زيادة متابعين تيك توك

Quote Decaffeinated 25-3-2023 09:13 AM
Kdg2 kita memang tak lah nak terjebak dgn skim2 begini. Masalahnya kita bagi duit pada instrument yang kita percaya tapi depa pulak yang buat taik di belakang kita. Possible kan?

Quote Dwdrum 25-3-2023 09:38 AM
Lebih baik di tangkap dari di bunuh...
Quote licaca 18-4-2023 12:09 PM
Dia dikehendaki di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Singapura.
Quote licaca 18-4-2023 12:14 PM

Kadang kita memang tak nak nak terjebak dgn scammer begini tapi tu lah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059166 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top