Cardiff: Bukan dua minggu atau sebulan, sebaliknya katil dan cadar yang dipercayai sudah berusia 100 tahun tidak pernah dibersihkan. Cornelia Bayley, 74, mendakwa tidak pernah melakukannya sejak menetap di Plas Teg, rumah agam abad ke-17 di utara Wales itu.
Pengakuan itu dibuat ketika muncul dalam satu rancangan 'Obsessive Compulsive Cleaners' pada 2013. Bekas peniaga barangan antik itu bergelut untuk mengekalkan rumah agam 10 bilik tidur sendirian sebelum meminta bantuan Hayley dan Dann untuk membersihkannya. Mereka datang untuk tinggal di rumah Cornelia dan cuba memahami tabiat keterlaluan itu dan cuba mencari penyelesaian. Kedua-dua mereka mengakui ia cabaran terhebat kerana rumah itu dipenuhi kekotoran dan Cornelia mengakui hanya mencucinya beberapa kali sepanjang 29 tahun. Antara pengakuannya mengejutkan ialah dia tidak pernah mencuci katil atau tilamnya yang dipercayai berusia 100 tahun.
Selepas ditunjukkan bilik tidur, Hayley bertanya bila kali terakhir dicuci dan Cornelia menjawab tidak pernah. Hayley yang menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) pada 2007 turut bertanya usia katil itu. Cornelia menjawab mungkin 100 tahun dan ia cara orang dahulu hidup dengan dia melakukan perkara sama. Dalam lawatan itu, Dan dan Hayley tidak dibenarkan oleh Cornelia untuk menggunakan sebarang produk pembersih, sebaliknya hanya air dan span. Hayley berkata, tindakan itu tidak akan membunuh bakteria dan wanita itu memberitahu dia tidak kisah hidup bersama bakteria. Mengimbas kembali rakaman video YouTube pada 2020, ibu kepada tiga anak itu berkata dia tidak tahu fungsi lain dan hanya boleh menggunakan air. Katanya, itu adalah halangan pertamanya dan memikirkan bagaimana membersihkan tandas serta apa yang boleh digunakan. Selepas menyelesaikan cabaran dengan menyental semuanya dengan air dan sedikit cecair pencuci, Cornelia gembira dengan kerja keras mereka. Plas Teg ditutup kepada orang ramai untuk pembaikan dan Cornelia masih tinggal di situ. -CARI Sumber: Harian Metro
|
MisXoXo replied at 24-3-2023 06:05 PM
Apa link youtube dia
mizzmimi replied at 24-3-2023 06:14 PM
Macam pernah tengok kat youtube.. owner tu pun dah berpuluh tahun tak mandi.. dapur semak gile berke ...
Samerosie replied at 24-3-2023 06:19 PM
Ingat tak derang vacuum carpet yg beratus tahun mengamuk dia. Dia tak tidur pun atas katil tu dia ...
cmf_jeangrey replied at 24-3-2023 10:51 PM
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni
cmf_jeangrey replied at 24-3-2023 10:51 PM
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni
Samerosie replied at 25-3-2023 02:06 PM
Nenek tu hoarder hehe yg depa hantar kemas rumah dia tu ocd.
pittjie replied at 25-3-2023 12:20 AM
Yg ocd tu bukan harley ke? Yg dtg tuk cuci. Tuan rumah tu nama cornelia ke apa ntah.
Lagubestbest replied at 25-3-2023 12:28 AM
tengok kat youtube, ramai pulak pasangan muda beli rumah agam lama kat kampung2. kemudian sendiri2 r ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.317960 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.