CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuhan Je Tahu Apa Saya Rasa Jadi Mangsa Rogol - Tiz Zaqyah

24-3-2023 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12270| Komen: 40

Description: Tiz Zaqyah antara pelakon yang selektif dalam memastikan setiap titik peluhnya berbaloi dengan penghasilan karya berkualiti.Bukan kerana gilakan populariti tetapi memilih dalam pemahaman Tiz penting u ...
Tiz Zaqyah antara pelakon yang selektif dalam memastikan setiap titik peluhnya berbaloi dengan penghasilan karya berkualiti.

Bukan kerana gilakan populariti tetapi memilih dalam pemahaman Tiz penting untuk kepuasan peribadi setiap kali berkarya dalam mana-mana naskhah drama mahupun filem.


Sudah bertapak lebih satu dekad dalam industri seni, bintang Nur Kasih itu mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan disebabkan faktor komitmen


IG

“Tindakan tersebut kerana mempunyai komitmen lain seperti pertindihan jadual kerja. Cara saya kerja sekurang-kurangnya setahun perlu ada satu drama,” jelasnya kepada HibGlam.

Tegas Tiz lagi, perkara tersebut dilakukan kerana enggan jadual kerjanya terlalu padat sehingga terlepas tawaran naskhah hebat lain seperti filem.

Beralih kepada cerita kerjaya, Tiz yang kini muncul dengan karakter Lara dalam naskhah terbaharu berjudul Liar mengakui, Lara merupakan watak terberat pernah dilakonkannya.


“Sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, ini watak paling mencabar yang pernah sata jayakan.

“Lara memerlukan saya banyak bermain dengan emosi. Apabila berjaya dapat watak ini selepas tiga kali uji bakat, memang tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berkata ya,” ujarnya.

Ditanya tentang babak yang menuntutnya mendedahkan bahagian badan, pelakon bersuara serak basah itu memberitahu adegan tersebut mempunyai mesej tertentu yang wajar disampaikan kepada penonton.



Jelasnya, setiap babak sensitif seperti dalam bilik mandi atau menampakkan bahagian badan seperti bahu telah diteliti dan dinilai sebelum direalisasikan.

“Bukan sengaja nak tayang badan untuk orang tonton pun sebab paling penting ialah mesej kepada penonton mengenai apa yang dilalui oleh mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.

“Kalau ada yang mahu jadikannya isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif, manakala yang buruk jadikan teladan,” tuturnya.

Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, pihak produksi juga sudah cukup arif tentang sensitiviti.

“Jika ada adegan yang keterlaluan, saya akan bincang dengan pengarah dan menolaknya.

“Mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur. Bahkan setiap kali lakonkan adegan sebegitu, majoriti kru adalah wanita termasuklah pengarahnya iaitu Lim Siu Min,” ujarnya lagi.

Melakonkan watak mangsa rogol, Tiz memberitahu perkara tersebut turut memberi kesan terhadap mentalnya.



“Seperti saya katakan, karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja tahu apa yang saya rasa.

“Setiap kali habis penggambaran, rasa tidak sabar hendak tukar baju yang dipakai Lara, lain macam rasa dia.



“Paling membuatkan saya terkesan ialah ketika babak melakukan pemeriksaan selepas dirogol. Melihat banyak poster tentang rogol dalam bilik tersebut cukup untuk membuatkan saya anxiety, namun terkawal,” kongsinya seraya mengakhiri perbualan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nt-ViruS 24-3-2023 04:21 PM
bukan kaki clubbing ke?
Quote darkness 24-3-2023 04:30 PM
Mcm best je cerita ni
Quote Kerusijati 24-3-2023 04:35 PM
Lama x nampak tiz dlm drama..dia belakon aku suka..jadi kalau sedih..kita pun nangis gak
Quote dudaberhias 24-3-2023 04:40 PM
poster meletop dan cerita pun nampak macam best... takde la letak pelakon kepam memanjang macam TV3 tu...
Quote _blackbird 24-3-2023 05:18 PM
Aku tak paham kenapa kena kaitan hobby clubbing tiz zakyah dlm ini gambar?? Kalau retis gi clubbing tu pilihan dia. Bukan dia tak tau bezakan halal haram pon. Sudah2 lah kira dosa org. Lain la dah confirm masuk syurga ok la juga dok kira dosa org lain
Quote freesia71 24-3-2023 05:25 PM
Cam best jek ni.
Quote Perawankota 24-3-2023 05:28 PM
Memandangkan ni produk astro original, so aku akan layan..
Quote Mekgadis16 24-3-2023 05:53 PM
Macam best je
Quote cmf_jeangrey 24-3-2023 06:08 PM
Tengok trailer setanding Netflix originals...harap meet the expectation lah
Quote krustykrab 24-3-2023 06:15 PM
Teringat sheols dlm drama kna rogol dgn bapak sampai ngandung..mmg iols teringat² citer ni sampai skrg tak leh tgk muka hilal azman
Quote fadz84 24-3-2023 07:07 PM
krustykrab replied at 24-3-2023 06:15 PM
Teringat sheols dlm drama kna rogol dgn bapak sampai ngandung..mmg iols teringat² citer ni sampai s ...

best drama tu.. Soffiya tajuknya.. mmg menjadi sgt TZ berlakon..
Quote anggeriklatifah 24-3-2023 07:19 PM
Aku suka tiz ni berlakon..jenis tak control cun..muka tak makeup ke pun ok..asalkan kena dgn jalan cerita..sejenis type A la berlakon .memang kalau nmpk dia berlakon aku memg tgok la drama tu
Quote adeqbun 24-3-2023 07:23 PM
Tiz dan abil. Aku pilih tiz..lakonan die xnmpk dibuat2..even ngan fasha pon fasha x nmpk senatural tiz..
Quote Nizleen86 24-3-2023 07:26 PM
Tiz mmg pelakon gred A takyah control cun, takyah sibuk canang dia la terpalingggg mcm anak rockers tu.
Quote fadz84 24-3-2023 07:44 PM
Nizleen86 replied at 24-3-2023 07:26 PM
Tiz mmg pelakon gred A takyah control cun, takyah sibuk canang dia la terpalingggg mcm anak rockers  ...

Alah yg tu masa mula2 berlakon dulu kayu-kayan jgk.. while TZ ni masa mula muncul dlm Impian Ilyana pun dh best.. debut jd heroin dlm Nur Kasih terus fenomena..
Quote nordin84 24-3-2023 07:53 PM
darkness replied at 24-3-2023 04:30 PM
Mcm best je cerita ni

setakat ni esterok original xmengecewakan lagi
Quote sleepandream 24-3-2023 08:45 PM
cite ni adaptasi UK series ropernyer.. tapi jalan cerita mengingatkan iols dekat satu filem hindustan... dah lupa tajuknya... pasal kes mahkamah mangsa rogol... pihak tertuduh pulak dakwa suka sama suka and kesan kecederaan tu semua mangsa tu sendiri buat...
Quote pinky46 24-3-2023 09:16 PM
sleepandream replied at 24-3-2023 08:45 PM
cite ni adaptasi UK series ropernyer.. tapi jalan cerita mengingatkan iols dekat satu filem hindusta ...

Iolss mcm pernah tgk juga,rasa mcm dekat tv2??
Bermatian lawyer dia fight kan akhirnya kantoi rupanya perempuan tu just buat cerita,dia rasa useless gila sbb defend org yg salah
Kalau iolss x silap mcm tu la storyline dia
Quote winky1 25-3-2023 02:47 AM
Dalam cerita ni, tiz selsema lagi? Phlegm banyak kah....lakonan tiz mmg top tapi last one I tengok kembang tekak. Tak ingat which one.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060723 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top