CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Nafi Nak Bercerai Sebab Tamak Untuk Dapatkan Harta Sepencarian

24-3-2023 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10229| Komen: 68

Description: Puteri Sarah Liyana menafikannya tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian bersama suaminya, Syamsul Yusof.Puteri Sarah menegaskan, anak-anak adalah keutamaan dan sepanjang ...
Puteri Sarah Liyana menafikannya tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah menegaskan, anak-anak adalah keutamaan dan sepanjang tempoh ini dia bekerja keras menyara keluarga dengan pendapatan sendiri.



Foto: IG

"Orang luar semua sudah dapat melihat bagaimana saya bekerja keras. Ini pun saya tidak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lambat malam tadi.

"Jadi takkanlah saya menuntut cerai semata-mata kerana harta. Apabila dia (Syamsul) memfailkan nusyuz, saya terus menuntut hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak.


"Saya tidak menuntut harta pun sebaliknya saya menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi, anda boleh tahu apakah keutamaan dan nombor satu dalam hidup saya ketika ini.

"Ini kerana anak-anak sentiasa dengan saya dan tidak pernah berenggang," katanya ketika ditemui di Pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini.


Sesi membabitkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dengan Syamsul yang berlangsung di Jawi, hari ini, gagal menemui penyelesaian.

Puteri Sarah menegaskan tiada apa yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.


Puteri Sarah ditemani adiknya, Dr Puteri Sofea manakala Syamsul pula membawa sepupunya, Muhammad Nazri bagi proses rundingan JKP itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuMNdia 24-3-2023 03:45 PM
skg ni pun kalau nak dia boleh tuntut. takyah tunggu cerai.

byk nau benang sarah-sol nih..penat pulak aku ulang alik satu2 benang
Quote newyork 24-3-2023 03:45 PM
Takpela sol ko buat je la anak baru dgn degawan tu..
Quote Parit.Hilton 24-3-2023 03:46 PM
bab anak ni 1 hal.
buatnya mahkamah bagi hak penjagaan anak2 kat sol memang habis la
hakim kena maki
Quote Atata 24-3-2023 03:47 PM
Air muka sumayah tu sentiasa macam rupa sedih. Mata dia macam redup sayu2 gitu. Kenapa ek. Pembawaan mak dia sepanjang ngandung ke. Sampai ke besar dah budak tu masih muka macam sedih
Quote missHaidiD 24-3-2023 03:50 PM
Sian ank2 dia kan. Aku tak bole byg cmana taIK masa jmpa bdk2 ni nti.

Mesti taIK suruh panggil dia mommy kan
Quote mawarika 24-3-2023 03:50 PM
Edited by mawarika at 24-3-2023 03:51 PM

Itu Hak kau sara.. mmg patut ambil. Biasanya kalau anak kecik mmg dpt Kat mak. Aku dulu dah umur 19 hakim tanya nak dok dgn mak ke bapak. Kami sebulat suara ckp dgn mak sbb aku dok teman mak aku kes cerai. Sama la dgn kes sol. Kena sondol babi yindon..
Quote syamzana 24-3-2023 04:02 PM
kalau dia tuntut pun ape masalahnya??? dah mmg termaktub ada hak isteri. tuntut sebanyak mungkin lagi bagus, persetan la org nak ckp giler harta ke lapar duit suami pun
kalau iols pun sampai had maksimum akan tuntut
Quote putericahaya999 24-3-2023 04:43 PM
Bodoh betul org xda ilmu .... dia boleh tuntut sekarang xperlu bercerai dia boleh tntut kalau dia nak
Quote putericahaya999 24-3-2023 04:50 PM
Kalau simpan sarah jadi bini lg banyak sarah blh tuntut... xpikir ke
Quote dudaberhias 24-3-2023 04:56 PM
kalau betul dia nak tuntut harta takde la dia gigih kerja dan berbisnes sana sini...

senang kata dia dah bosan nak hadap si gigi palsu... dah penat nak kena rendam gigi palsu tiap2 malam dan tampal polident tiap2 pagi...

biar lah si taIK jin sungai klang plak gantikan tempat dia... dia nak happy2 dengan anak2 je sambil cari jejan baru yang lagi herlok dan nalla macam ammar a dulu...
ni dah la gigih nak kahwin lain... tapi putik jagung plak tu... rasa pun idokkk entah2... macam angin lalu jah...
Quote _blackbird 24-3-2023 05:05 PM
Actually mmg smart move tuntut penjagaan anak dari laki kaya. Anak tu nnt umpama atm card utk perah duit ex laki.

Hal remeh temeh mcm ni takyah la ko beriya nak justify juga ps oiii.. kita tau la kalau berlakikan laki kaya. Mmg takyah susuh2 rebut harta sepencarian. Dari anak tu boleh perah duit laki sampai umur 18thn
Quote asfaz 24-3-2023 05:06 PM
akuMNdia replied at 24-3-2023 03:45 PM
skg ni pun kalau nak dia boleh tuntut. takyah tunggu cerai.

byk nau benang sarah-sol nih..penat pul ...

Kalau berjalan @lari nak ke benang2,dah slim kita smua.lemak banyak hilang
Quote fair_iza 24-3-2023 05:19 PM
mawarika replied at 24-3-2023 03:50 PM
Itu Hak kau sara.. mmg patut ambil. Biasanya kalau anak kecik mmg dpt Kat mak. Aku dulu dah umur 19  ...

Wartawan mn yg tanya soalan bodoh mcm ni? Hak seorg isteri hatta msh dlm perkahwinan pun.
Quote sailormars 24-3-2023 08:55 PM
tuntut je sara ap yang mmg hak awak dan anak2...
Quote delia3003 24-3-2023 08:56 PM
Sila tuntut harta sepencarian Sarah. Itu hak u. Jangan bagi senang si soley dgn penyondol.

Lepas dapat hak penjagaan anak2, sila letak syarat dilarang bawa anak2 jumpa penyondol

#donemenghasut
Quote mat.bae 24-3-2023 10:01 PM
dudaberhias: kalau betul dia nak tuntut har ...
tu mmg betul gigi palsu ke ????????????
Quote sharlenetexas 24-3-2023 10:08 PM
Harta sepencarian pun hak dia.


Quote sharlenetexas 24-3-2023 10:09 PM
dudaberhias replied at 24-3-2023 04:56 PM
kalau betul dia nak tuntut harta takde la dia gigih kerja dan berbisnes sana sini...

senang kata di ...

Pakai gigi pelesu. Pastu suka petik nama org merata riti.


Quote ladybugz 25-3-2023 06:10 AM
subhanallah. comel2 n nampak sgt terjaga anak2 walaupun kemelut antara mak n ayah mcm puting beliung. moga Allah lindungi la semua anak2 yg mengalami masalah parents nk bercerai.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050522 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top