CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pernah Tiga Hari Ikat Perut, Lelaki Sebatang Kara Hidup Dalam Pondok Zink

24-3-2023 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6437| Komen: 20

Description: TANAH MERAH - Seorang lelaki sebatang kara hidup dalam keadaan menyedihkan di sebuah pondok yang dibina dengan menggunakan dua keping zink di Taman Pewira, Batu 11, Batu Gajah di sini.Tambah memilukan ...
TANAH MERAH - Seorang lelaki sebatang kara hidup dalam keadaan menyedihkan di sebuah pondok yang dibina dengan menggunakan dua keping zink di Taman Pewira, Batu 11, Batu Gajah di sini.

Tambah memilukan apabila Zakaria Othman, 58, turut berpanas menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan di pondok yang berlantaikan tanah itu.



Khemah berlantaikan tanah yang menjadi tempat tinggal Zakaria.

Menurut lelaki itu, pondok segi tiga seluas 0.3 meter x 0.6 meter tersebut menjadi tempat tinggalnya sejak enam tahun lalu kerana tidak mempunyai wang untuk membina sebuah rumah di atas tanah yang ditumpangkan oleh kakaknya.

“Dulu saya bekerja mengambil upah menebas rumput dan memotong pokok. Dapatlah RM20 hingga RM30 setiap kali bekerja namun tidak dapat meneruskannya kerana sakit.

“Saya menghidap sakit jantung, paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, saraf dan buah pinggang,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.


Bapa enam anak berusia tujuh hingga 30-an itu berkata, dia pernah cuba membina sendiri rumah di hadapan tapak pondok tersebut namun terbengkalai kerana kudrat yang semakin lemah selain tidak ada wang untuk membeli bahan-bahan binaan.


Zakaria kesempitan wang untuk membina rumah sendiri.

“Anak-anak saya ada kehidupan mereka sendiri dan turut hidup susah. Mereka ada datang sekali-sekala melawat saya.

“Makan dan minum pula saya tebalkan muka meminta di rumah kakak yang terletak 500 meter dari tapak pondok ini. Pernah juga tiga hari ikat perut tidak makan,” katanya.

Zakaria berkata, dia juga tidak menjalani rawatan di hospital kerana kesempitan hidup selain tidak mempunyai telefon bimbit dan hanya mandi menggunakan air dari sebuah telaga berdekatan.

Kekangan yang dihadapi juga menyebabkan dia tidak pernah membuat permohonan sebarang bantuan secara rasmi.

Orang ramai yang ingin membantunya boleh hubungi rakan Zakaria di talian 013-979 1789 (Muhammad Nasir Mustapha) atau salurkan ke akaun Zakaria Othman CIMB Bank 7613341878.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-3-2023 03:30 PM
58 tp nmpk muda
sayangnya almost all major fatal disease melekat

moga yg baik2 je lah


Quote shernazz 24-3-2023 03:34 PM
Apply la masuk rumah warga emas...
Ke nak apply rumah mesra rakyat sebenonya ni?
Quote kelip2_07 24-3-2023 03:41 PM
dh blh msk umah org2 tua kn?tp btl ke umur dia tu
Quote copy_paste 24-3-2023 03:47 PM
58 hidup da melarat, masa muda dulu ape dia buat sbnarnya,
pandai buat anak je la tapi masa depan ko terkontang kanting,
Quote prettyuglybabe 24-3-2023 03:59 PM
trick nak rumah free or derma..
apa nak heran dengan lelaki kelantan..
Quote lattehazelnut 24-3-2023 04:43 PM
Apehal pulam sebatang kara. Anak 6 kot.. paling bungsu 7 tahun..
Buat anak reti.. tanggung jawab xreti..
Quote gigahertz 24-3-2023 05:52 PM
lattehazelnut replied at 24-3-2023 08:43 AM
Apehal pulam sebatang kara. Anak 6 kot.. paling bungsu 7 tahun..
Buat anak reti.. tanggung jawab xre ...

Kena interbiew 6 anaknya utk kita tau cerita sebenar
Quote intan244 24-3-2023 07:30 PM
wifenya mana. anak2x kecik spa yg tanggung. tp kesiannya ujian dia byk penyakit. moga ada yg bantu pi tolong apply zakat ke jkm.
Quote Thunderclouds 24-3-2023 07:53 PM
Hv to reserve comments.
Bukan sbb bulan remdan.
I'll be repeating myself.
Quote nakkomenjugak 24-3-2023 09:35 PM
intebiu orang2 yang berdekatan
58, baya2 mak iol
masa muda buat apa je??
Quote NurAlia14 24-3-2023 09:37 PM
Nk tau gak side anak mcmane..sape jaga ank 7 thun tu
Quote doridori_hi 25-3-2023 04:32 PM
Mari lah kita beringat utk hari tua, berjimat selagi boleh
Quote Supersirap 25-3-2023 08:45 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote dekmieDandy 28-3-2023 08:50 AM
shernazz replied at 24-3-2023 03:34 PM
Apply la masuk rumah warga emas...
Ke nak apply rumah mesra rakyat sebenonya ni?

JKM memang susah nak amek kalau umur belum 60

dekat kg iolls dulu pun ada sorang mak cik sebatang kara ni, lumpuh separuh badan (dia jalan guna skateboard) and ada mental issue sikit

pun JKM taknak amek, sebab umur baru 56-58 camtu, JKM bagi duit guna proxy je

terpaksa guna cable nak masukkan dia dalam rumah JKM


Quote sangbara2020 28-3-2023 09:37 AM
nape xcerita psl bininya
ke bini dia halau sbb xkeje...
Quote FOTHER-MUCKER 28-3-2023 09:42 AM
Bahu yang memikul itu orang yang tidak nampak. Betapa seksa dan menderitanya kehidupan dia.
Quote Simunggu 28-3-2023 09:46 AM
semoga dipermudahkan...amin
Quote pekanwoohoo 28-3-2023 09:46 AM
Entah lah bang. Kalau kau mintak kerja dekat kedai makan gaji sehari rm20 pun aku rasa boleh hidup lagi. Mintak lah makan percuma dan kau tidur sana jaga kedai tiap hari. Boleh kot kalau kau USAHA, bukan duduk mengharap orang nak tolong je. PATI area rumah aku pun hidup senang dari kau bang.
Quote shernazz 28-3-2023 11:46 AM
dekmieDandy replied at 28-3-2023 08:50 AM
JKM memang susah nak amek kalau umur belum 60

dekat kg iolls dulu pun ada sorang mak cik sebatang ...

Oo ye ke..susah juga kalau mcm TU..
Tp alhamdulillah la dpt juga masuk ya ..sana terjaga sikit sebab ada staff n sukarelawan tolong tengokkan
Iols.igtkan.pakcik ni takde waris langsung
Rupanya ada anak anak..huhu...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051013 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top