CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka 100 Peratus Berbeza Berbanding Mykad Pun PATI Boleh Lolos Masuk Semenanjung!

24-3-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7031| Komen: 16

Description: Kuala Lumpur: Raut wajah dimiliki 100 peratus berbeza berbanding MyKad ditunjukkan. Namun mereka berjaya lolos menaiki pesawat komersil untuk menyusup masuk ke Semenanjung Malaysia beramai-ramai.Itu a ...
Kuala Lumpur: Raut wajah dimiliki 100 peratus berbeza berbanding MyKad ditunjukkan. Namun mereka berjaya lolos menaiki pesawat komersil untuk menyusup masuk ke Semenanjung Malaysia beramai-ramai.

Itu antara komplot terancang di pintu salah sebuah lapangan terbang di Sabah bagi membolehkan beribu pendatang asing tanpa izin (Pati) Filipina menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Sepang sejak lebih lima tahun lalu.

Difahamkan semua pendatang haram itu akan dibekalkan MyKad tulen milik warga tempatan yang disediakan sindiket bagi membolehkan Pati melepasi pemeriksaan di lapangan terbang.


Foto:Harian Metro

Berdasarkan maklumat diperolehi wartawan Harian Metro, pakatan sulit membabitkan aktiviti penyeludupan manusia itu dipercayai didalangi beberapa sindiket berpangkalan di negeri bawah bayu itu.

"Berdasarkan risikan awal, salah satu sindiket utama itu didalangi dua wanita 'otai' tempatan berusia 40-an dan 50-an. Mereka disyaki memiliki dua kerakyatan berikutan kerap berulang alik ke wilayah di selatan Filipina.



"Risikan mendapati dua beradik wanita ini beroperasi persis tekong darat. Mereka akan menguruskan perjalanan masuk Pati dari Sabah ke Semenanjung Malaysia dengan menaiki pesawat komersial," katanya.

Menurutnya, suspek akan menguruskan pengangkutan dan pembelian tiket penerbangan pesawat menggunakan identiti MyKad tulen milik warga tempatan.

"Sindiket kemudian akan membekalkan MyKad tulen dan 'boarding pass' (pas masuk atas nama pemilik asal Mykad) pesawat kepada kumpulan Pati yang menggunakan khidmat mereka.

"Pati warga Filipina terbabit kemudian akan menyamar sebagai rakyat Malaysia ketika melalui pemeriksaan pihak berkuasa di lapangan terbang di Sabah.

"Di sini timbulnya sesuatu tidak kena apabila Pati ini dengan mudah melepasi pemeriksaan petugas keselamatan di lapangan terbang ketika mahu menaiki pesawat. Agak aneh apabila Pati ini tidak ditahan walaupun wajah mereka langsung tidak sama dengan Mykad diberikan bagi pengesahan boarding pass.

"Berdasarkan risikan lebih lanjut, sindiket dipercayai memberi suapan kepada segelintir petugas keselamatan di lapangan terbang bagi melicinkan operasi," katanya.

Sumber berkata, pihak sindiket biasanya akan diberikan jadual masa perjalanan, kaunter dan laluan tertentu ditetapkan 'kaki' di lapangan terbang bagi memudahkan Pati menaiki pesawat.

"Malah dalam beberapa penemuan risikan dilakukan, wujud kejadian aneh apabila boarding pass milik Pati sudah terlebih dahulu dicop (agensi penguatkuasa) sebelum mereka melepasi gate pemeriksaan penumpang.

"Selain itu, tiada maklumat keluar masuk pemilik MyKad terbabit direkodkan di dalam pangkalan data agensi penguatkuasa kerajaan dipertanggungjawabkan di lapangan terbang.

"Senario pelik ini memungkinkan wujud unsur rasuah membabitkan sindiket dan petugas keselamatan di sebuah lapangan terbang di Sabah.

"Keadaan tambah 'membimbangkan' apabila Pati ini yang mendarat di KLIA2 Sepang, tidak perlu lagi menjalani pemeriksaan identiti sekali lagi," katanya.

Menurutnya, Pati terbabit dengan mudah bolos masuk ke Semenanjung Malaysia dengan pelbagai tujuan tidak diketahui sama ada untuk mencari pekerjaan atau objektif tidak diketahui.

"Setakat ini, sindiket didalangi dua beradik itu dipercayai sudah bergiat aktif sejak tahun 2018 dengan mengaut hasil keuntungan lebih RM1.2 juta.

"Setiap Pati yang menggunakan khidmat mereka hanya dikenakan bayaran sekitar RM2,500 setiap seorang. Jika mengambil kira jumlah wang diperolehi itu, tidak kurang dari 1,000 Pati warga Filipina sudah dibantu sindiket untuk 'terbang' menyusup masuk ke Semenanjung Malaysia.

"Angka itu bagaimanapun hanya membabitkan satu sindiket. Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar Pati warga Filipina yang berjaya bolos dan kini berkeliaran di Semenanjung Malaysia," katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku ini adalah satu lagi bentuk pengkhianatan besar terhadap negara.

"Mereka menjual kedaulatan tanah air demi wang ringgit. Implikasinya cukup besar membabitkan isu keselamatan negara. Mungkin ada antara Pati itu adalah penjenayah atau pengganas di negara asal.

"Jika kegiatan ini tidak ditangani segera, entah berapa ramai Pati Filipina yang berada di Semenanjung Malaysia. Ini hanya akan memburukkan lagi isu lambakan Pati sedia ada di Malaysia," katanya.
Tambah baik sistem aduan terhadap Pati

Limpahan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang memasuki negara ini perlu dianggap satu bentuk ancaman serius terhadap isu keselamatan nasional.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, isu ini yang sudah sekian lama diperdebatkan belum menemui titik penyelesaian jitu.

Menurutnya, konsep dan dasar keselamatan negara harus dinilai semula melalui pembabitan lebih proaktif dikalangan rakyat.

"Tanpa 'campur tangan' rakyat yang menjadi mata dan telinga, isu ini tidak akan selesai apatah lagi jika ramai bersikap 'tidak ambil kisah'.

"Saluran aduan terhadap kehadiran ataupun ancaman Pati seharusnya ditambah baik. Ini termasuk elemen risikan dan tindakan bagi membenteras Pati secara berterusan.

"Selain itu, kerajaan boleh mewujudkan zon kawalan masa di penempatan tumpuan Pati bagi memastikan golongan ini tidak terlalu bebas," katanya.

Menurutnya, kaedah ini memastikan Pati atau warga asing yang memiliki permit bekerja di negara ini dipantau pergerakan melalui kaedah 'pagar moden'.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan seramai 15,845 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di semua depot imigresen seluruh negara dengan warga Filipina merekodkan tahanan paling ramai iaitu 5,138 orang atau mewakili 32.4 peratus.

Menurutnya, jumlah itu membabitkan 11,983 lelaki, 2,683 orang wanita, 656 orang kanak-kanak lelaki dan 523 orang kanak-kanak perempuan direkodkan hingga 29 Januari lalu.

Beliau berkata, warga Filipina adalah tahanan paling ramai iaitu 5,138, diikuti warga Myanmar termasuk etnik Rohingya seramai 4,424 (27.9 peratus) dan warga Indonesia seramai 4,097 (25.9 peratus).

Pendatang haram mampu bawa anasir pengganas

"Jangan pandang ringan isu kemasukan pendatang tanpa izin (Pati) termasuk warga Filipina. Kita tidak tahu jika ada antara mereka adalah international terrorism (pengganas antarabangsa)," ujar Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abdul Karim.

Menurutnya, isu penyeludupan manusia mewujudkan ancaman keselamatan yang amat jelas kepada negara.

"Aktiviti rentas sempadan ini akan membuka pintu kepada pelbagai masalah lain membabitkan isu pengedaran najis dadah, penyeludupan senjata api dan juga isu aktiviti pengganas.

"Jumlah pendatang asing termasuk pendatang haram yang terlalu besar akan memberi impak sosial dan ekonomi. Ia turut akan menyulitkan tugas anggota penguatkuasa negara, tambahan pula kecenderungan mereka melakukan jenayah yang cukup tinggi," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, keamanan negara bakal terjejas dalam jangka masa panjang selain kemungkinan wujud anasir pengganas dibawa oleh pendatang haram ke negara ini.

Menurutnya, masalah penyeludupan warga asing ke negara ini semakin sukar dibendung jika ia turut membabitkan 'kerja orang dalam' di pintu sempadan.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap petugas keselamatan di lapangan terbang supaya mereka bertugas dengan penuh beretika, integriti dan profesional.

"Pihak atasan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu memantau masalah ini dengan lebih teliti dan mencari penyelesaian segera termasuklah memindahkan segera pegawai yang dilihat berisiko tinggi dan tidak dapat dikawal.

"Selain itu, latihan, pendidikan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa selain kesedaran pentingnya integriti diri kepada keselamatan negara perlu kerap dianjurkan setiap jabatan.

"Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan elaun khas supaya petugas keselamatan ini tidak akan tergoda dengan rasuah ditawarkan. Apa yang nyata kini, gejala rasuah sudah merebak luas daripada 'kepala' hinggalah ke akar umbi.

"Kerjasama antara pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kunci penting yang perlu disegerakan dalam hal membabitkan pengawasan bersama, pertukaran maklumat dan hal kerahsiaan.

"Pegawai di pintu masuk negara perlu diberikan latihan khas berkaitan kesan ketirisan kepada keselamatan negara yang amat serius. Mereka perlu juga dibekalkan dengan teknologi pengesanan terkini dan kemahiran penyiasatan dalam memastikan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Menurutnya, prosedur yang lebih ketat perlu diperkenalkan dalam memastikan masalah ini tidak lagi berulang.

'"Individu atau pegawai lapangan terbang yang bebas keluar masuk kawasan larangan perlu melalui semula pemeriksaan latar belakang bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa manipulasi penjenayah," katanya.

Beliau turut menyeru pihak berkuasa Malaysia menjalinkan hubungan lebih akrab dengan negara tetangga bagi mencari penyelesaian yang lebih tuntas dan membolehkan masalah penyeludupan manusia ini diatasi dengan lebih berkesan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 24-3-2023 03:09 PM
Bangsa2 dorang juga tu
Quote Skuau 24-3-2023 03:20 PM
Edited by Skuau at 24-3-2023 03:22 PM

takpele nak...mereka tu pung 'saudara seisle' kita jugok..ala..cam indon,rohingya,bangla,pakis tu semua....
Quote pekanwoohoo 24-3-2023 03:51 PM
Yang buat sial semua geng borneo jugak, lepas tu bila negeri sendiri tak maju-maju, ulang-ulang cakap urang Malaya curi hasil bumi. Kelakar betul geng-geng Borneo ni.
Quote airfilterkotor 24-3-2023 08:31 PM
Soklan:
Acaner dorang leh dapat MyKad tulen yg berwajahkan orang lain?
Quote kemaruk 24-3-2023 08:44 PM
Muka tak penting

Yang penting hati
Quote nakkomenjugak 24-3-2023 09:43 PM
kalau laaa duit suap tu boleh buat perut terburai on the spot ala2 cite Mastika
gerenti benda ni takkan jadikkk

Quote Skuau 24-3-2023 09:55 PM
pekanwoohoo replied at 24-3-2023 03:51 PM
Yang buat sial semua geng borneo jugak, lepas tu bila negeri sendiri tak maju-maju, ulang-ulang caka ...

yg ni pasai depa dpt 5% jer hasil gas & minyak..persekutuan dapat 95%..itu yg selalu depa gebang dedulu.
Quote ctaz 24-3-2023 10:13 PM
kat malaysia...babi jer haram...
rasuah halal kaedahnya
Quote Decaffeinated 24-3-2023 11:19 PM
Skuau replied at 24-3-2023 09:55 PM
yg ni pasai depa dpt 5% jer hasil gas & minyak..persekutuan dapat 95%..itu yg selalu depa gebang d ...

Federal pun dapat royalty 5% dari revenue sama macam state.

Quote Zazama 24-3-2023 11:47 PM
Isu lama yg tak dipandang langsung. Komen la bagai nak rak pun, ada ke yg kesah? Lambakan pati yg tak terkawal. Balik2 kata procedure perlu diketatkan utk membendung. Dah tu bila? Benda ni bukan baru pun!
Quote Supersirap 25-3-2023 01:55 PM
Macam-macam mereka ni
Quote dua_chzy 25-3-2023 02:14 PM
Edited by dua_chzy at 25-3-2023 06:21 AM
pekanwoohoo replied at 24-3-2023 07:51 AM
Yang buat sial semua geng borneo jugak, lepas tu bila negeri sendiri tak maju-maju, ulang-ulang caka ...


Dua2 betul.

Tapi dulu, boss besar JPN yang kena tangkap jual IC pelsu, warga Malaya jika akak tak silap sis. Ada beritanya pernah keluar di CI. Malas dah nak google.

Lagi satu kalau tengok latar belakang geng2 Borneo yang buat taik sebegini, biasanya asal usul keturunan nenek moyang dari Filipina sana juga sis.
Quote dua_chzy 25-3-2023 02:18 PM
Tered ini secara idok lansung menjawab persoalan akak kenapa ramai Pilak di Semenanjung terutama KL dan Johor.

Korang kalau pernah guna LCCT seblom KLIA2 buka musti perasan ramai Pilak kerja di sana dari porter, security guard, sampai la ke bas driver.
Quote dua_chzy 25-3-2023 02:19 PM
KLIA/KLIA2 pun ramai mereka. Tapi muka nampak macam Melayu so ngkorang tak perasan kot.
Quote Skuau 25-3-2023 03:06 PM
dua_chzy replied at 25-3-2023 02:14 PM
Dua2 betul.

Tapi dulu, boss besar JPN yang kena tangkap jual IC pelsu, warga Malaya jika akak tak ...

dia x tau tu cikgu...sb dh berkurun lama ngn minda..Msia terdiri drp Melayu,Cina,India....satgi dia mai mesti marah punya......
Quote dani-rox 25-3-2023 05:34 PM
Generasi projek IC yg senang2 dpt IC, tak perlu konsep2 kesetiaan kpd negara dan patuh kpd kedaulatan negara... bila dpt masuk kerja gomen terutama bahagian badan beruniform, dia tolonglah kaum kerabat dia masuk sini.

Nak buat cemana? Just sit back and enjoy the show

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053141 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top