CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dalam Dilema- BFF Kutuk Sebab Badan Gemuk, Tapi Suami Suka, Asyik Sumbat Makan Berlebihan-Lebihan

24-3-2023 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6921| Komen: 65

Description: Luahan seorang isteri tular di media sosial.
Luahan seorang isteri tular di media sosial.

"Aku ni sejak remaja kategori badan jam pasir. Pinggang kecil perut tak ada, tapi yang selebihnya terlebih saiz dan membawa sampai sekarang, anak dah remaja.


"Cuma sekarang ni, perut tu ada la lemaknya, beranak pun berkali-kali kan. Aku baru join balik grup BFF (teman baik) kawan-kawan sekolah, tapi entah la... aku rasa macam dah toksik pun ye.

"Tak habis-habis cakap fasal diet, kurus, saiz tak XS dan jelas sekali aku yang bersaiz L dan ke atas ni akan kena kecam setiap masa," kongsinya menerusi coretan di halaman IIUM Confessions.


Gambar Hiasan

Memasuki usia 40-an, wanita itu mengakui pernah mengamalkan diet untuk menguruskan badan tetapi sejak berumah tangga, corak dan tabiat pemakanannya dipengaruhi oleh suami sepenuhnya.

"Suami aku jenis suap aku macam-macam. Setiap hari keluar, food hunting, makan sana sini. Kalau kami ni tiktokers, dah terkenal kot sebab semua ceruk tempat makan kami cuba.


"Sebelum aku balik kerja pun, suami akan telefon pukul 3 petang untuk tanya, 'sayang nak makan mana malam ni?' Aku tak sempat hadam lagi lunch tadi, dia dah tanya nak makan apa.

“Dia akan pastikan aku makan. Kadang-kadang dia minta gambar lunch apa tadi. Last-last dia buat video call teman aku makan, atau nak tengok aku makan ke tak,” katanya.

Menurutnya lagi, suaminya yang lebih muda 11 tahun daripadanya merupakan jurulatih kecergasan dan 'kaki gim'.

"Badan sado, tinggi, perut leper ada packs. Tapi bab makan, dia king. Yelah, balik main gim, kena makan protein, cukupkan kalori dia. Siapa lagi dia nak ajak makan, selain bini dia.

"Dia kahwin dengan aku pun memang masa tu berat aku 'dah berat mata memandang'," ujarnya yang berkahwin buat kali kedua.

Kaum lelaki juga mempunyai cita rasa sendiri dalam memilih pasangan. (gambar hiasan: Freepik)

Pada masa sama, dia meluahkan kepada suaminya mengenai rakan-rakan yang sering menekannya supaya mengamalkan diet untuk menguruskan badan.

Sebaliknya, suami wanita itu lebih selesa dengan keadaannya sekarang iaitu bersaiz besar.

"Jawapan dia, 'Orang yang suruh tu, gembira tak dengan kehidupan dia? Rumah tangga bahagia tak? I kahwin dengan you sebab you tembam. Kalau you kurus, baik I cari orang lain'.

"Jawapan menyakitkan hati pun ada, 'Laki dia suka papan, I tak suka. I suka bantal peluk',” katanya.

Berdasarkan coretannya itu, wanita itu sebenarnya mahu menyampaikan mesej bahawa kebahagiaan setiap orang adalah berbeza-beza.

"Asalkan sihat, jauh daripada penyakit. Kurus pun kalau suami buat hal, pun tak best. Banyak lagi punca rumah tangga boleh retak.

"Masa perkahwinan pertama dulu, berat bawah 60 kilogram, lepas bersalin susut. Tapi suami masih tak balik rumah juga. Ada jelah serba tak kena di mata dia.

"Lelaki kalau dah sayang, kau buat tarian badak gemuk depan dia pun dia gelak dan peluk kau. Kalau dah tak sayang, kau menari seseksi penari tiang pun, dia tetap cari alasan lain," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 24-3-2023 12:25 PM
citer hasanah apa ni..isu semasa ke pon
Quote green~tea 24-3-2023 12:27 PM
Oh ... laki dia suka BBW - big beautiful woman..


Laki aku plak suka aku menten berat 50-52 kg ni.. senang nak lambung katanyeh
Tp heols almost double my weight.. 88-90kg.. nangesssss kalo dia park kaki dia utk peluk i.. nangessss

Anyway.. that woman should kuruskan sikit laa badan sampai ke level dia selesa & maintain healthy..
Quote Dwdrum 24-3-2023 12:35 PM
Mahu kurus or gemuk perlu tanya orang... Sehingga mati kena minta validation/approval cara hidup dari orang ...memang tidak penat yea badan sendiri but perlu dance cara orang even suami sendiri....
Quote mojarean_X 24-3-2023 12:43 PM
Kuruskan badan chuols. Gemuk is awesome adalah penipuan terbesar
Quote supernaturalee 24-3-2023 12:45 PM
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:43 PM
Kuruskan badan chuols. Gemuk is awesome adalah penipuan terbesar

gemuk is awful


can meh?
Quote mojarean_X 24-3-2023 12:46 PM
supernaturalee replied at 24-3-2023 12:45 PM
gemuk is awful



X bole. Tu body shaming. Kita guna approach lain tp bawa maksud yg sama
Quote salimrock 24-3-2023 12:47 PM
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:43 PM
Kuruskan badan chuols. Gemuk is awesome adalah penipuan terbesar

saje tak nak bagi orang gemuk murung haha


Quote supernaturalee 24-3-2023 12:49 PM
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:46 PM
X bole. Tu body shaming. Kita guna approach lain tp bawa maksud yg sama

gemuk is not healthy ?


mmm mcm x catchy


Quote supernaturalee 24-3-2023 12:50 PM
mojarean_X replied at 24-3-2023 12:46 PM
X bole. Tu body shaming. Kita guna approach lain tp bawa maksud yg sama

tp perkataan gemuk tu sndiri dh bw maksud body shaming
cuma bila diletakkan dlm frasa awesome tu suddenly it's okey, acceptable pulak


Quote albedah 24-3-2023 12:55 PM
Bestnya laki dia ni. Bak no talipun... Ajak aku mkn laa sbb bini dia tanak makan...
Quote rosedemon 24-3-2023 12:58 PM
Ikot la laki ko kan best mkn sedap20
Quote matamata 24-3-2023 01:11 PM
Makin teruk isu semasa ni... Penuh cerita Tik Tok
Quote prettyuglybabe 24-3-2023 01:26 PM
see.. betul tak i cakap..
biasa yang rasa diri kurus tu yang dok bitter sangat dengan orang gemuk..
kutuk-kutuk as if body dorang prefect but actually tak happy pun dengan diri sendiri sampai kena kutuk orang lain just to make them feel better..
Quote Kitty_catz 24-3-2023 01:27 PM
acik kepam obese putrajaya ke yg confess ni ? siap food hunting bagai mmg pesen acik2 gomen sangattt


gemuk kut sihat takde 3,4 serangkai tu ok je

rentuer2 umo menuju menopos tu helok2 la jaga sikit pemakanan, bukan apa, kang tak sampai 50 nampak mcm 70 ditambah segala mala penyakit

Quote lotusteratai 24-3-2023 01:29 PM
jgn sampai obesiti, dah laki kaki gym g ikut laki masuk gym. Nak makan byk makan la tp kena buat senaman dua kali ganda utk bakar kalori tu. Kang diri sendiri rasa down tgk org lain dressup cecantik lagi-lagi rakan-rakan sebaya
Quote doridori_hi 24-3-2023 02:09 PM
Ni cita lepas isap gam Dunlop ke nyah... jauh ke bulan, nun.. laki kaki gym, bini dibiar gemuk...Apoooo???!!!!
Quote Jitu 24-3-2023 02:43 PM
ke sebenarnya nak show off
gundu2 pun dpt laki body sedap katanya
Quote noor2 24-3-2023 03:14 PM
Laki ko dah suka lantak la org lain nk kata apa....cer tengok almy nadia dan piz pairus tu
Quote ifanonline 24-3-2023 03:17 PM
green~tea replied at 24-3-2023 12:27 PM
Oh ... laki dia suka BBW - big beautiful woman..

keje nak melambung aje ye...dah masak ke belum tu?

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.105754 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top