CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sejak Berhijab Lisa Surihani Dah Kurang Dapat Job Berlakon, Mengaku Pernah Rasa Nak Buka Tudung Semula

24-3-2023 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10994| Komen: 82

Description: Lisa Surihani berhijab kira-kira empat tahun lalu namun perkara yang paling ditakuti adalah bagaimana dirinya dapat terus kekal istiqamah.
Lisa Surihani berhijab kira-kira empat tahun lalu namun perkara yang paling ditakuti adalah bagaimana dirinya dapat terus kekal istiqamah.

Lisa mengaku pernah berdepan fasa 'tergelincir' tetapi Lisa pantas bangkit agar tidak berputus asa dalam memastikan dirinya menjadi insan terbaik disisi-Nya.


Foto: IG

"Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Walau apa jua keadaan sekali pun, saya cuba pertahankan sesetengah prinsip.

"Ya. Ini satu pengorbanan yang berat terutama sekali untuk terus kekal istiqamah. Tapi saya harus mencuba sebaiknya, ada waktunya tersungkur tetapi perlahan-lahan saya bangkit supaya tidak berputus asa dalam perjalanan ini," katanya kepada Harian Metro.



Tambah Lisa, sejak mengenakan hijab satu hal lain yang ditakuti juga adalah hanyut dalam pujian.

"Macam mana sekali pun, semua ini datangnya dari Allah. Sejujurnya saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang terlahirnya perasaan suka.

"Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan tetapi semua itu datangnya dari Allah," katanya.



Lisa tidak menafikan sejak mengenakan hijab, tawaran lakonannya semakin kurang.

Kata Lisa, dia juga bersyukur apabila suaminya yang juga pengarah terkenal, Datuk Yusry Halim tidak pernah menghalang sekiranya dia ingin terus berlakon.

"Tahun lalu memang ada tawaran tetapi dianjakkan ke tahun ini, tapi sampai saat ini belum ada sebarang 'update'.



"Memang sejak tampil berhijab, secara semula jadi tawaran lakonan juga menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu tetapi saya tidak terlalu kisahkan sangat.

"Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan dan saya ingin belajar untuk perbaiki lagi diri dalam bidang itu.



"Bagi kerjaya lakonan pula, sekiranya ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya Allah saya pertimbangkan," katanya.

Kata Lisa, dia mengaku kini lebih gemar mengintai peluang dalam dunia pengacaraan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 24-3-2023 12:30 PM
Sapa suruh settle cepat sangat.
Quote likilu 24-3-2023 12:42 PM
Tak payah nak cerita kisah hijrah sangat
Haritu tak pakai mekap, sekalian isi bumi puji  nahh sekarang jadi model bercatwalk depan orang ramai ye.
Quote rosedemon 24-3-2023 01:03 PM
Elehhhh bukak jela
Quote LadyCarefree 24-3-2023 01:06 PM
KRU dah xdpt gran tahunan juta2 utk buat pilem?
Quote boudinniA 24-3-2023 01:22 PM
Nak berlakon lagi rupanya. Ingatkan nak stop terus dlm dunia hiburan ni. Itu baru pengorbanan.  
Quote doridori_hi 24-3-2023 01:51 PM
Bukan ke skrg dia dah bertudung labuh, ala2 setazah ke skrg? ke sb jadi model jenama tudung sje
Quote asmurai 24-3-2023 02:10 PM
Laki banyak duit, tak payah lah nak berlakon lagi
Quote tipah89 24-3-2023 02:30 PM
da jadi tai tai punn ngadap nak belakon lagi
Quote kakasotong2 24-3-2023 02:33 PM
Sebelum bertudung pun dapat tawaran berlakon sbb kabel cekang duk bawah management Astro yg ada sedara mara dia
Quote nanasno 24-3-2023 02:48 PM
teringat gambar sheols depan pantai dengan kawan kawan sheols dulu emmm. suami sheols pun ada masa tu. tapi tak berapa viral pun gambar tu
Quote ACC106 24-3-2023 02:51 PM
Tajuk mengundang fitnah & kejian.

Dalam artikel tak ada pun dia cakap rasa nak buka tudung semula.
Quote kamexkame 24-3-2023 03:06 PM
Rilek2 je dah la xyah berlakon lg.. jd tai2 je
Quote dua_chzy 24-3-2023 03:18 PM
Apa ko nak berlakon lagi hidop senang, laki baik, anak2 pun hada. Choi. Jangan kau kufur nikmat la. DAH BERHIJRAH (KATANYA) TU BUAT LA BETUL2 CARA ORANG DAH BERHIJRSH ISTIQAMAH HAPA NTAH SEGALA ITU KAMOOONNN RETIS KAMOOONNNNN
Quote Shahman86 24-3-2023 04:09 PM
Laki kau dah kaya buat apa la susah payah nak berlakon..
Quote cattiecute 24-3-2023 04:11 PM
nanasno replied at 24-3-2023 02:48 PM
teringat gambar sheols depan pantai dengan kawan kawan sheols dulu emmm. suami sheols pun ada masa t ...

yang pakai baju putih jarang dan seluar pendek nampak betis paha balak tu ke?
Quote LembingDayanti 24-3-2023 04:11 PM
kakasotong2 replied at 24-3-2023 02:33 PM
Sebelum bertudung pun dapat tawaran berlakon sbb kabel cekang duk bawah management Astro yg ada seda ...

sepupu dia tu dulu astro sekarang ceo media prima
Quote myvi132806 24-3-2023 04:23 PM
kkaaannn ,,,
kadang aku terfikir retis2 yang bersuamikan pengarah2 filem ni, kau masih nak berlakon lagi ke ?? laki kau dh kaya kot, dh cukup mampu nk sara kau n anak2 .. nk tamakkan apooo lagiii .... dh2 laa,... bagi peluang pada org lain pulakk nk mendoniaaaa...
Quote Tasikchini 24-3-2023 04:42 PM
berlakon la dengan produk laki sendiri...ke laki pun tak nak ambik ko belakon
Quote green~tea 24-3-2023 04:46 PM
Jaga je lah anak 3 tuh.  Kenapa sampai kena bagi statement mcm tu? Tak takut kufur ke..  ko nak salahkan tuntutan berhijab maka ko sempit rezeki? Baik diam je dari ko marah2  Tuhan

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050701 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top