CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elakkan Pembaziran, Digalakkan Buka Puasa Di Rumah Je

24-3-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5500| Komen: 30

Description: GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru orang ramai terutama umat Islam agar tidak mengamalkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini.
GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru orang ramai terutama umat Islam agar tidak mengamalkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, sejak 11 tahun lalu, setiap kali tibanya Ramadan, CAP sentiasa tegas menjalankan kempen menentang pembaziran dan sikap boros yang dilarang oleh Islam dan agama lain.


“Marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan menjadikan rohani kita kaya. Elakkan daripada berbuka puasa yang boleh menjurus kepada pembaziran dan sebagai ganti, berbuka puasa di rumah dan masjid dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

“Jemputlah jiran bukan Islam anda untuk berbuka puasa bersama, dengan cara ini kita dapat membina hubungan baik dan persefahaman dalam kalangan rakyat,’’ katanya dalam kenya­taan di sini semalam.


Gambar Hiasan

Menurut Mohideen, Ramadan sepatutnya menjadi bulan beribadat bagi umat Islam tetapi bagi sesetengah orang ia menjadi bulan untuk menjamu selera dan membazir dalam perbelanjaan.


“Islam menyuruh umatnya untuk mengelakkan bersikap rakus, membazir dan boros.

“Berlawanan dengan ajaran ini, sesetengah orang makan dan minum begitu banyak sehingga menjadi malas serta mengabaikan kewajipan solat mereka,’’ katanya.

Tambahnya, kerakusan de­ngan makanan juga boleh memberikan kesan sampingan kesihatan yang serius seperti diabetes, penyakit koronari dan tekanan darah tinggi.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan pada 2016, bahawa setiap kali Ramadan 200,000 tan makanan dibuang terus ke dalam tong sampah, jumlah makanan ini boleh memberi makan kepada 180 juta orang.

“Salah satu tujuan berpuasa ialah untuk merasakan kela­paran yang dialami oleh golongan miskin dan terpinggir agar kita mempunyai sikap empati kepada mereka.

“Berjuta orang di Syria, Ya­man, Iraq, Palestin, Myanmar, India, Ethiopia, Sudan Selatan, Pakistan dan Afghanistan sedang berhadapan dengan kebuluran dan malangnya kita membuang begitu banyak makanan pada bulan yang suci ini,’’ tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-3-2023 12:56 PM
Ko hengat rakyat mlysia ni xda duit ke penuh haa bufet ramadonn puihh
Quote glump 24-3-2023 07:24 PM
Hari biasa makan 2 ke 3 Kali sehari 2 jenis lauk ,nasi ,air gitu..sekali bukan puasa air 4 jenis,nasi 2 warna ,lauk2 pelbagai,kuih , dessert viral,bubur etc  Dan yg pelik tu semua nak makan Masa berbuka ie magrib. Muat ke perut tu? Kalau sakit perut salahkan peniaga Bazar..kau rasa
Quote vespa_oren 24-3-2023 07:35 PM
tempat aku bazar Ramadan pun dah xsesak mcm sebelum ini, mcm kurang org membeli
Quote ladybugz 24-3-2023 10:10 PM
i rasa yg paling byk membazir buffet ramadhan. dah ditalanya masak byk2. yg rakus pula duk ambik makanan kumpul atas meja. last2 x abih buang saja2.
Quote cap_ayam 24-3-2023 10:26 PM
Pergilah berbuka kat masjid. InshaAllah ada cukup makanannya.
Quote auntieagony 24-3-2023 10:36 PM
Mmg auntie dan uncle lebih selesa berbuka puasa di rumah jer.

Makan lauk 2/3 jenis jer pun dah kenyang. Lauk masak sendiri (i.e. uncle masak) lebih sedap.
Quote makadek 24-3-2023 11:08 PM
Thun ni cep amar tk viral ke
Quote stingertaikjobo 24-3-2023 11:28 PM
[em:3:][em:3:][em:3:]
Quote Suchi 24-3-2023 11:46 PM
Tahun ni iols mcm tak kesah sgt ngn bazar ramadan.
Mcm tak heran gitu selalu mesti nak juga beli kuih.

Sbb tahun ni lebih fokus sekolah anak so dia mcm tak excited sgt nk puasa tahun ni.

Mungkinkah faktor pertambahan usia barangkali hahahah
Tp tgk kat fb awal2 ni kemain dorang setiap jam nk update pasal puasa mcm page Meanwhile in Malaysia bagai tu
Quote kemaruk 24-3-2023 11:51 PM
Kenapa sahur tak dipanggil tutup puasa?
Quote Suchi 24-3-2023 11:52 PM
ladybugz replied at 24-3-2023 10:10 PM
i rasa yg paling byk membazir buffet ramadhan. dah ditalanya masak byk2. yg rakus pula duk ambik mak ...

Iols taktau org lain tp bulan puasa iols tak lalu
nk mkn byk mlm kedua ni pun dh letih sgt nk tidur awal je rasa. Abis terawih td pun tetido plak ni baru terjaga igtkan dah sahur rupanya kul 12 pun blm.
Quote hyie 25-3-2023 12:35 AM
setakat ni meols berbuka kat masjid sajork. Esok2 pun mungkin sama la, jimat banyak uols! sehari tak belanja apa pun katanya
Quote jas7512 25-3-2023 12:37 AM
Air td minum 2 air..mkn bubur...ayam grg mcd dan burger...mujur x sakit perut sbb mkn pelan2 lah..yg penting kenyang perut
Quote FOTHER-MUCKER 25-3-2023 01:26 AM
Tutup lah kedai makan jikalau begitu
Quote tobobon 25-3-2023 01:51 AM
makadek replied at 24-3-2023 11:08 PM
Thun ni cep amar tk viral ke

baru 2 ramadan chuolsss..mungkin tengah tunggu timing yg sesuai
Quote sukacactus 25-3-2023 05:54 AM
Aku jenis bazar ramadhan xpergi, buffet ramadhan pun aku xlayan
Weekdays aku masak, weekends mkn luar kat restoran2 yg dah biasa aku pergi
Ulang2 gitu je dr tahun ke tahun
Quote shernazz 25-3-2023 09:42 AM
makadek replied at 24-3-2023 11:08 PM
Thun ni cep amar tk viral ke

Dia ada di putrajaya kan..
Tahun ni mcm tak de nampak viral2 beratur2.panjang pung
Tak Tau la acik2 gomen beratur senyap2 je.hehe
Quote shernazz 25-3-2023 09:44 AM
First day posa hari TU saja la je jalan di ioi mall..berbuka di luar..iols sebeno nya mala's sebab takut berebut..
Alhamdulillah mmg tak ramai ..haha..
Four points.masih boleh dapat early bird price..ada booth depa kat sana..hoho...juai cookies n baucer early bird
Rm110 per pax adult..
Quote elnor_81 25-3-2023 09:46 AM
Stakat ni aku bli ayam bakar dr org yg biasa niaga sblm poser lg. Yg lain aku msk. Even kuih pun aku buat je. Rse x.berbaloi nk bli. Mahal. Lgpun klo bli, x tntu tahan smpi sahur.. klo msk, mmg msk smpi ke sahur pya la.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.182086 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top