CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Banjir Hanya Bersahur Dengan Telur Dan Ikan Masin

24-3-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4477| Komen: 16

Description: BATU PAHAT – Mangsa banjir di sini hanya makan telur goreng, ikan masin dan sayur kacang untuk bersahur kerana tak sempat membuat persediaan menyambut Ramadan ekoran baru dibenarkan pulang dari pusat ...
BATU PAHAT – Mangsa banjir di sini hanya makan telur goreng, ikan masin dan sayur kacang untuk bersahur kerana tak sempat membuat persediaan menyambut Ramadan ekoran baru dibenarkan pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) kelmarin.


Norhasanah Kassan Basseri, 32, berkata, dia dan tujuh ahli keluarganya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani di sini selama 21 hari dan tidak sempat untuk menje­nguk rumah kerana dinaiki air sebelum mula surut sejak tiga hari lalu.

Katanya, keadaan rumahnya masih berselerak apabila dima­suki air pada paras dada orang dewasa yang menyebabkan peralatan hanyut di dalam rumah.


Foto: Kosmo

“Saya hanya cari kelengkapan yang ringkas untuk masak keperluan bersahur. Apa yang ada hanyalah telur, sayur di belakang rumah juga hampir mati ditenggelami air.

“Banjir ini yang kedua berlaku sejak banjir besar pada 2007 hingga memaksa kami menginap di PPS selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Andin di sini semalam.


Sementara itu, jiran Norhasa­nah, Kasmah Karim, 64, yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan lima orang cucunya amat bersyukur selepas dibenarkan balik..

Ujarnya, tumpuan sekarang adalah untuk membersihkan rumah yang boleh diumpamakan seperti ‘kapal karam’ selepas dimasuki air kira-kira sedalam 3 meter.

“Untuk bersahur cukup sekadar ikan kering serta telur ayam kicap sebagai juadah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa selepas lebih menumpukan untuk mencuci rumah,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-3-2023 12:55 PM
Lahhh ok la tu apa mslhnya telur ngn telur masin. Kerolaming pon sajes telor kohkih
Quote vanillaninja 24-3-2023 01:48 PM
Sedap je makan gitu pun. Tak kan nak sahur ayam golek?
Quote clarizsa 24-3-2023 02:36 PM
Kami pun sahur dgn telur , roti dan kurma je
Sahur mmg x makan berat2 pun
Okayla tu ada ikan masin sedap gak tu nyumm
Quote ctaz 24-3-2023 02:39 PM
ok la tu syukur....
takan la sahur nak mkn kambing bako pulak...
Quote Samerosie 24-3-2023 02:56 PM
Hehehe komen2 korang ...kelakar.  better la kan dr keluar ceita kena kongsi nasi bungkus ke minum air paip saja untuk sahur.
Quote glump 24-3-2023 07:18 PM
Syukur .org lain sibuk kat Bazar ramadhan ..tapi mangsa banjir makan seadanya Lum dia bukak cerita barang dia musnah banjir,rumah rosak terendam ,nak basuh baju,rumah dan kemas macam2 . entah dia pun makan ala2 ialah banyak benda lain nak fikir
Quote kemaruk 24-3-2023 09:04 PM
Mana PMX? Tak nampak ke rakyat tengah susah mengharungi banjir nih?

zaman najib dulu time tu jugak acai suruh najib pulang
Quote jejaka_hensem 24-3-2023 09:11 PM
Sis,saya sahur sekadar oat yg dicampur susu je
Quote Supersirap 25-3-2023 08:46 PM
Ujian pada bulan ramadhan semoga dipermudahkan segala urusan
Quote adeqbun 25-3-2023 09:27 PM
Xbaik la..huhu..sian la weh mangsa banjir 2 bln duk pps .dgn berbau lumpur,barang2 rosak...mane PMX manaaaaaa
Quote aina_shaira 25-3-2023 09:38 PM
Aku tak sahur terus, niat je. Tidur lebih afdal
Quote epal_putih 25-3-2023 09:42 PM
Bercukur la kak..
Ada juga mknn..
Quote faraway1 25-3-2023 09:43 PM
Sound delicious
Quote namr 25-3-2023 09:56 PM
syukur ada rezeki buleh makan
Quote honeybee1802 25-3-2023 09:59 PM
Iols tak reti sahur makan lauk berat2...so rs ok je ikan kering tu...tskat ni iols makan roti gardenia je...
Quote imanjannah 25-3-2023 10:19 PM
moga Allah mudahkan utk mereka, kesian brg2 habis rosak, nk membersihkan lagi

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058977 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top