CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ni Aspura Ke Aspuri? 20 Pelajar Tak Rilek, Melompat Terjerit-Jerit Sebab Seekor Tikus

24-3-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6054| Komen: 36

Description: Kecoh jadinya suasana di bilik asrama di sebuah seklah di Selangor apabila 'dicerobohi' seekor tikus.Suasana riuh apabila cubaan 20 pelajar menghalau tikus tersebut tidak berjaya itu dirakam salah seo ...
Kecoh jadinya suasana di bilik asrama di sebuah seklah di Selangor apabila 'dicerobohi' seekor tikus.

Suasana riuh apabila cubaan 20 pelajar menghalau tikus tersebut tidak berjaya itu dirakam salah seorang pelajar, Muhammad Hilman Danish Mohd Liza.




“Kejadian tu berlaku selepas prep (ulangkaji) pukul 11.30 malam tahun 2022. Waktu tu Ahad malam, kami bercadang nak gotong-royong bersihkan dorm.

“Jadi, ada sebahagian daripada kami dah gerak balik ke bilik dulu untuk buat kerja pembersihan. Apabila kami yang lain ni sampai, nampak mereka macam sedang ‘berperang’. Jadi kami yang tak tahu cerita ni tanyalah mereka yang dah sampai lebih awal.

“Rupa-rupanya ada tikus. Tikus tu datang dari longkang dan orang yang perasan tikus tu dahulu adalah salah seorang daripada ahli dorm saya,” ujar Danish ketika dihubungi mStar.

Menurut Danish yang kini berusia 18 tahun, dia dan hampir semua rakan lain takut dan geli untuk memegang binatang perosak yang dianggap kotor dan boleh membawa penyakit itu, namun dalam masa sama tidak tergamak untuk membunuhnya.


Pemuda yang berasal dari Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor ini berkata, mereka mencari inisiatif lain dengan cuba menghalau keluar tikus itu menggunakan penyapu dan mop seperti dapat dilihat dalam video.



“Hanya dua orang daripada kami yang berani nak halau tikus tu keluar bilik. Yang lain cuma mampu kepung dari pelbagai arah supaya 'dia' tak lari ke celah-celah atau tempat sempit dalam bilik.

“Lebih kurang seminit jugalah kami halau dan akhirnya dia keluar sendiri hidup-hidup masuk longkang semula. Memang tak sempat pun nak tangkap masa tu,” imbas Danish.

Rata-rata netizen terhibur melihat kumpulan pelajar itu menjerit, terlompat-lompat gara-gara takut dengan tikus.

“Saya terhibur baca komen-komen netizen. Sampai ada yang cakap ni aspura ke aspuri. Rupanya bila tengok balik video, memang saya rasa riuhnya dorm masa kejadian tu.

“Apa-apa pun saya anggap perkara yang terjadi malam tu antara momen manis ketika berada di asrama. Semua kenangan ni tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” ujarnya.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 24-3-2023 11:33 AM
Hahahaha..wkwkwkwk????;;;;;;;;;;;;;;
Terhibur tgk video nih..
Quote supernaturalee 24-3-2023 11:39 AM
terkeluar jeritan wanita

Quote lkick2113 24-3-2023 11:58 AM
hahahaha...aku tikus tak lah geli sangat, tapi cicak geli jugak
Quote dekmieDandy 24-3-2023 12:05 PM
kadang-kadang tak geli pun

saja nak join jerit-jerit

Quote ctaz 24-3-2023 12:05 PM
jgn ko...tikus ni kalau lari dia suka panjat2...
bayangkan kalau tiba2 dia panjat bandan ko....
perghhhhh....
Quote prettyuglybabe 24-3-2023 12:08 PM
itu tikus.. cuba lipas terbang..
mau terbalik satu dorm tu
Quote LoveSungmin 24-3-2023 12:09 PM
bangkai betul
Quote Thunderclouds 24-3-2023 01:10 PM
1 tikus vs 20 beruk.

Ngn tjerit² tlompat²
YaAwlohhh
Quote JiEunTak 24-3-2023 01:28 PM
belainnn btoi ngan dak dak KUDRAT
Quote sailormars 24-3-2023 01:42 PM
hahaha kaka terhibur dgn ke"pondan"an kamu semua...
Quote tintin22 24-3-2023 01:57 PM
prettyuglybabe replied at 24-3-2023 12:08 PM
itu tikus.. cuba lipas terbang..
mau terbalik satu dorm tu

lipas terbang bukan lipas dah
Quote Suchi 24-3-2023 02:26 PM
Hahhahah
Hilang ngantuk tgk dorang menjerit masalahnya kuar suara jerit mcm pompuan hilang suara garau memasing
Quote clarizsa 24-3-2023 02:28 PM
Aiigooo anak jantan dah kenapa takut tikus
Kalau biawak ke boleh pahamla seram jugak
Ni tikus je kot
Anak i selamber je tak takut lgsung tikus
Ular sawa pun dia x takut
Tapi katak geli jugak
Quote Jitu 24-3-2023 02:34 PM
astaga
masing2 pun
klu ular tedung hitam mahu histeria terus agaknya


Quote makita 24-3-2023 02:41 PM
Tikus okay lagi sbb kita leh tahu mana nal lari. Kalau jenis katak lompat2 tu oh tidak tu seram...setepek dia lekat kat muka boleh trauma sampai mati
Quote xy_daen 24-3-2023 02:48 PM
Budak2 lelaki generasi sekarang memang lemah gemalai. Maklumlah generasi joget di tiktok
Quote pp_gurl 24-3-2023 02:51 PM
aku dulu kat serama ular tedung itam hokey...kami masih macho lagi g ambik air panas kat DM pastu simbah dlm sinki sbb dia masuk dlm lubang outlet sinki bilik warden. Ular tu keluar pastu ustaz terus tikam dgn cangkul
Quote jazaa100 24-3-2023 03:13 PM
tintin22 replied at 24-3-2023 01:57 PM
lipas terbang bukan lipas dah

Jadi babi kann.....

Eh babi....babi.....

Quote doubleharmonic 25-3-2023 11:47 PM
Ni Aspura Ke Aspuri? 20 Pelajar Tak Rilek, Melompat Terjerit-Jerit Sebab Seekor Tikus

bukan aspura atau aspuri tapi kandang babi sebab tengok perangai sekor2 semua macam babi

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047154 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top