CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Ubah Sesi Sekolah Pada Januari Secara Drastik

24-3-2023 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4005| Komen: 0

Description: Tiga faktor perlu diambil kira untuk mengembalikan sesi pembelajaran pada Januari. Disebabkan itu, takwim persekolahan tidak boleh diubah secara drastik.Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan S ...
Tiga faktor perlu diambil kira untuk mengembalikan sesi pembelajaran pada Januari. Disebabkan itu, takwim persekolahan tidak boleh diubah secara drastik.

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, antara perkara tersebut adalah pertama, jumlah bilangan hari persekolahan dan cuti dalam tempoh setahun; kedua, pelajar mendapat masa belajar yang cukup sebelum menduduki peperiksaan dan ketiga, kesihatan mental guru termasuk murid.



Gambar hiasan - Utusan

Alimudin berkata, berdasarkan perkara tersebut, tiada tempoh masa spesifik yang boleh diberikan kepada ibu bapa dalam soal mengembalikan semula takwim persekolahan pada Januari.

“Sukar untuk kita merealisasikan kehendak ibu bapa yang menginginkan takwim 2024 bermula Januari kerana sesi persekolahan 2023 bermula pada Mac.

“Pelajar perlu melengkapkan 190 hari wajib persekolahan setahun dan dalam tempoh tersebut kita ada peperiksaan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.

Permulaan takwim persekolahan itu diubah dari Januari ke Mac sejak 2022 selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya susulan pandemik Covid-19 melanda negara.

Dalam pada itu Alimuddin menjelaskan, sekiranya pelaksanaan itu dilakukan secara tergesa-gesa ia dibimbangi akan menimbulkan isu ketidakadilan kepada sebilangan pelajar.

“Pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mendapat masa pembelajaran secukupnya sebelum mereka menduduki peperiksaan.

“Selain daripada peperiksaan, tarikh cuti juga perlu diambil kira. Sejak dahulu lagi kita memang ada cuti penggal dan tempoh itu tidak boleh dikurangkan kerana pelajar dan guru memerlukan masa untuk berehat,” ujarnya.

Jelas beliau, sekiranya bilangan hari cuti dikurangkan, ia mungkin memberi tekanan kepada kumpulan tersebut.

Justeru, beliau berharap agar ibu bapa dapat bersabar untuk KPM melakukan perubahan takwim persekolahan seperti sediakala.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037693 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top