CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lancar 5 Lagu Zikir, Harap Peminat Dapat Ketenangan Dengar Suara Fattah Amin

24-3-2023 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4014| Komen: 16

Description: Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.
Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.

Katanya ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.


Dia juga berharap dengan alunan zikir-zikir ini dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Foto: IG

"Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.

"Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua," katanya.



Antara lima trek zikir yang dialunkan oleh pelakon filem Mat Kilau itu termasuk Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.

Peminat pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baharu dan dapat menghayati zikir-zikir ini bagi refleksi dan meditasi spiritual sepanjang Ramadan.



Alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube mulai minggu pertama Ramadan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gugucat 24-3-2023 10:42 AM
Kita tggu je hater menggelupur bulan puasa ni
Quote sangbara2020 24-3-2023 11:15 AM
haters xkena ikat ke dibulan yg mulia ni nok?
Quote dudaberhias 24-3-2023 12:01 PM
Terus acik2 semua pakat rajin dengar zikir lepasni. Walaupun sebelum ni sibuk duk layan lagu kpop walaupun memasing nyanyi macam binatang. Tapi sebab herlok deorang tengok jua MV kpop tu.
Quote likilu 24-3-2023 12:07 PM
Blushing lembaga di sudut balconies 8terpaling

Tak dapat orang nya, dapat download app n dengar suara hari hari pun dah cukup. Billie pun lebih tenang tido di dodoikan zikir harian ni. Lots of love bukan
Quote Hypothetically 24-3-2023 12:08 PM
Terbaik Fattah, u r a good man. Congrats kaka faz.
Quote Geeayden 24-3-2023 12:28 PM
likilu replied at 24-3-2023 12:07 PM
Blushing lembaga di sudut balconies 8terpaling

Tak dapat orang nya, dapat download app n dengar sua ...

Mungkin X lama lagi puriz pun buat zikir juga dlm app thenoor...wait and see, abdol dah beri idea
Quote likilu 24-3-2023 12:31 PM
Geeayden replied at 24-3-2023 12:28 PM
Mungkin X lama lagi puriz pun buat zikir juga dlm app thenoor...wait and see, abdol dah beri idea

Dah keluar dah lagu haritu, punya la kata anggaplah ini sebagai dakwah saya, sape yang hayati akan menangis dengar

Takkan nak guna modal sama?
Quote Geeayden 24-3-2023 12:35 PM
likilu replied at 24-3-2023 12:31 PM
Dah keluar dah lagu haritu, punya la kata anggaplah ini sebagai dakwah saya, sape yang hayati akan ...

Abdol jadi pengarah, buat lagu, belakon, nyanyi semua dia sama buat. X lama lagi zikir pula..
Quote diamondhoney 24-3-2023 12:35 PM
Tiber teringat zaman heols dikecam kiri depan atas kanan belakang bawah..jahatnya netz
Quote kalchi 24-3-2023 12:42 PM
Muka fattah yg misai tak trim kt atas tu mcm suami ezzaty abdullah. Azwan apetah
Quote rosedemon 24-3-2023 01:00 PM
Sbb bamtah helok iol dgr nnt ek
Quote Realpeople17 24-3-2023 01:05 PM
Surprisingly mmg sedap la suara fattah buat zikir2 tu. Lain skit tone dia dr kebiasaan bila nyanyi.
Quote Realpeople17 24-3-2023 01:07 PM
Geeayden replied at 24-3-2023 12:35 PM
Abdol jadi pengarah, buat lagu, belakon, nyanyi semua dia sama buat. X lama lagi zikir pula..

Tak tekejut pun kan. Tp takkan ada sape pun sedar yg dia byk meniru. Kita je yg sedar. Start dia buat lagu khas utk ank tu pun da nmpk dia tak mau kalah. Tp bertiang nmpk ikhlas lagu fattah utk ank dia.
Quote kotakominami 24-3-2023 02:19 PM
Disaat hero2 lain duk sibuk dgn kes sol2 , dia leklek je kuar lagu zikir.....
Quote Tasikchini 24-3-2023 03:47 PM
TAKYAH DENGAR SUARA...TENGOK DADDY TIMA PUN DAH SEJUK MATA HATI SEGALA LAH
Quote AbdulSmokeyy 24-3-2023 04:23 PM
Dah dengar, memang sedap dan menenang kt jiwa di bulan ramadhon yg mulia ini. Acik2 yg belum dengar boleh la dload aps Mukmin Pro yer.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057537 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top