CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaian Di Tapak Pesta Terhempas Ketika Berpusing Di Udara, Pengendali Terus Cabut Lari

23-3-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2769| Komen: 3

Description: Kanak-kanak antara 15 yang cedera selepas sebuah permainan di tapak pesta tiba-tiba tidak berfungsi dan runtuh.
Kanak-kanak antara 15 yang cedera selepas sebuah permainan di tapak pesta tiba-tiba tidak berfungsi dan runtuh.

Sekurang-kurangnya 25 individu berada di atas buaian menara itu sebelum kabelnya putus dan jatuh terhempas ke tanah, dalam kejadian di Rajasthan, India.


Rakaman menunjukkan permainan itu sedang berpusing di udara, sebelum ia tiba-tiba terhempas diikuti bunyi dentuman.


Foto: Jam Press

Suara jeritan kanak-kanak kedengaran dan orang ramai yang berada di situ hanya mampu melihat.

Difahamkan, sebaik sahaja buaian itu terhempas pengendali yang bertanggungjawab melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis dan ambulans bergegas ke tapak pesta itu dan mangsa dikejarkan ke hospital.

Ini bukan kali pertama kejadian buaian tidak berfungsi di India.

Pada Februari, berlaku insiden buaian pusing rosak menyebabkan penumpang terjuntai. -CARI


Sumber: mStar/Metro UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 23-3-2023 02:51 PM
Ini bukan kali pertama kejadian buaian tidak berfungsi di India.

scary nya.. lagi mau naik
Quote afie_m 23-3-2023 03:28 PM
macam manalah tahap keseamatan dia ornag ni..
Quote rosedemon 24-3-2023 10:22 AM
Kenapala suka sgt g tapak pesta cmni bodo brol

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050423 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top