CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurulatih Tak Mahu Pemain Bola Sepak Indonesia Berpuasa

23-3-2023 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3927| Komen: 7

Description: Pemain bola sepak Indonesia tidak digalakkan berpuasa menjelang dua perlawanan persahabatan menentang Burundi pada Sabtu dan Selasa depan.Ketua Jurulatih Indonesia dari Korea Selatan, Shin Tae-yong ma ...
Pemain bola sepak Indonesia tidak digalakkan berpuasa menjelang dua perlawanan persahabatan menentang Burundi pada Sabtu dan Selasa depan.

Ketua Jurulatih Indonesia dari Korea Selatan, Shin Tae-yong mahu pemain mengekalkan tahap kecergasan sepanjang jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).



Liputan6

Difahamkan, satu pertemuan dengan pemimpin agama serta pemain akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

“Puasa memang agak sukar buat saya kerana pemain perlu makan pada waktu tertentu bagi mengekalkan kecergasan mereka.

“Jika tidak makan dan harus lari dan beraksi, maka itu situasi yang amat menyukarkan pemain.

“Saya harus berbincang dahulu dengan pemimpin agama dan pemain mengenai perkara ini supaya mereka boleh memberi sepenuh fokus terhadap dua perlawanan yang akan dihadapi.

“Mungkin ada hari yang pemain tidak perlu berpuasa dan mereka masih boleh mengganti puasa yang ditinggal selepas bulan Ramadan.


“Kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dalam pertemuan itu nanti,” kata Tae-yong.

Skuad Garuda terpaksa menentang pasukan sama dalam dua aksi persahabatan selepas mengalami kesukaran untuk mencari lawan pada jendela FIFA kali ini.

Menjelang pertemuan menentang Burundi, Tae-yong mengakui tidak arif dengan kemampuan lawan tetapi dia mahu pemain Indonesia memberi prestasi terbaik sebagai langkah untuk meraih mata dan memperbaiki ranking.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 23-3-2023 12:47 PM
amboi suka hati je dia tukar aturan agama

sebagai umat Islam, seharusnya semua orang marah dan bersuara

yet again, ni negara seberang.. di mana berkumpulnya banyak benda pelik. Iols tak tau la diorang punye keputusan camane
Quote margo20 23-3-2023 12:49 PM
Mane bole suka suka taknak puasa pastu ganti pulak
Quote sayurmayur88 23-3-2023 01:00 PM
macam2 ko ye?
zaman nabi puasa sambil perang lagi!!
Quote airmineral 23-3-2023 01:12 PM
kwn iols kena sound macik kt korea
dia ckp jgn pakai tudung kt sini
dtg sini ikut cara korea
nk pakai tudung, duduk msia!


giteww dgn suara dan pandangan yg jelik
Quote pooh~key 23-3-2023 01:22 PM
airmineral replied at 23-3-2023 01:12 PM
kwn iols kena sound macik kt korea
dia ckp jgn pakai tudung kt sini
dtg sini ikut cara korea

Tidaklah akak terkejut sis. Dia umpama macam kita kat sini jua sis. Orang cina datang JPJ pakai skirt atas lutut, dia cakap jgn pakai skirt pundek, dtg sini ikut cara kami… dekkkkk….!

Hagitchew sis!
Quote mzzenma 23-3-2023 02:43 PM
meanwhile epl sana siap nak pause match utk bagi muslim players buka puasa
Quote mejaputih 23-3-2023 03:09 PM
mzzenma replied at 23-3-2023 02:43 PM
meanwhile epl sana siap nak pause match utk bagi muslim players buka puasa

kan...player2 muslim yg internasional tetap puasa walau ketika latihan/game..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.169057 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top