CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Kisahlah Syamsul Baik Dengan Keluarga Kazar, Tapi Jangan Biarkan Ibu Sendiri Menangis,"-Yusof Haslam

23-3-2023 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11634| Komen: 90

Description: Bapa kepada Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam berharap kedatangan Ramadan sebagai bulan rahmat dapat menjentik hati anak dan semua pihak yang terlibat dalam kemelut rumah tangga, terutamanya keluargan ...
Bapa kepada Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam berharap kedatangan Ramadan sebagai bulan rahmat dapat menjentik hati anak dan semua pihak yang terlibat dalam kemelut rumah tangga, terutamanya keluarganya agar bermuhasabah diri.


Sebagai bapa, Yusof berasa sedih melihat situasi menjadi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat seorang ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai satu racun.


Foto: IG

“Pada bulan Ramadan yang baik ini saya harap kita semua dekatkan diri dengan Allah, jauhkanlah hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain terutama emak sendiri.

“Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun.

“Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.


“Tidak kiralah dia mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga sana, tapi jangan biarkan ibu sendiri menangis,” kata Yusof ketika diminta mengulas tindakan Syamsul bercakap tentang peranan seorang ibu dalam sidang media tergempar bersama peguam, semalam.

Yusof bagaimanapun enggan memperincikan tuduhan Syamsul tentang kecurangan Puteri Sarah Liyana dan kemungkinan isterinya, Datin Patimah Ismail meminta Syamsul menceraikan Sarah.

Tambah pemilik rumah produksi Skop Production itu, dia enggan memanjangkan perkara yang disifatkan sekadar prasangka.

“Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami,” luahnya.

Kelmarin, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memfailkan nusyuz kepada Puteri Sarah disusuli penjelasan berkenaan tindakannya itu dalam satu sidang media pada petang semalam.

Sebelum itu Puteri Sarah tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memfailkan hadanah atau penjagaan anak pada pagi semalam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiwibenz 23-3-2023 12:26 PM
Si Tanggang moden
Quote Nham22 23-3-2023 12:29 PM
Perit nye kedudukan YH skrg ni... Yelah mmg dalam agama nk nikah tu xperlu pon izin ibu...xmasuk dalam syarat sah nikah...  Tapi tulaaaaa.... Ermmm xtaula nak kate ape.. Hati ibu ni ko robek2x... Kesian die
Quote dudaberhias 23-3-2023 12:32 PM
udah2 la tu datin oiii... move on je lah... anak dah kahwin dah pun... terima je lah jin sungai klang anak dukun degawan tu sebagai menantu... dah anak ko taste2 haukkkk... cuba kalau diana yang jadi menantu mesti melompat sakan kan....
Quote makadek 23-3-2023 12:35 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 12:32 PM
udah2 la tu datin oiii... move on je lah... anak dah kahwin dah pun... terima je lah jin sungai klan ...

Mgkn sbb time dd dia tk bising kn lex je dn syg
Quote nestea27 23-3-2023 12:47 PM
Nham22 replied at 23-3-2023 12:29 PM
Perit nye kedudukan YH skrg ni... Yelah mmg dalam agama nk nikah tu xperlu pon izin ibu...xmasuk dal ...

sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1
lepas tu settle isu dgn bini no 2
dgn JAWI
isu anak2 bini no 1

ini tidak
diberi tekanan mcm ni
kalau tiba2 SY burn out, keje ke mana bini2 ke mana anak2 ke mana
dah jadi isu lain pulak
SY tak beri nafkah anak
SY culas nafkah anak
etc

SY tu manusia biasa
skrg dia sedang diuji
pada siapa dia nak harapkan sokongan & doa
kalau bkn dari mak ayah & keluarga sendiri
busuk2 pun itulah anak yg kita kandung, kita beri makan minum didikan selama ni
bukan tak boleh ditegur kalau buat silap
tp sampai hati ke tgk anak yg ditatang selama ni dicemuh atas bawah kiri & kanan tak henti2

semua org ade kelemahan, tak lepas dr kesilapan & dosa
tp masih terbuka ruang utk bertaubat, peluang kedua

sakit betul manusia skrg ni


Quote jiwakacau06 23-3-2023 12:49 PM
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1

4 tahun xcukup masa nk selesai ke...sol manusia biasa....abis tu mak ayh dia bini dia ank2 dia apa...patung???xda hati....
Quote nestea27 23-3-2023 12:54 PM
jiwakacau06 replied at 23-3-2023 12:49 PM
4 tahun xcukup masa nk selesai ke...sol manusia biasa....abis tu mak ayh dia bini dia ank2 dia apa ...

4 tahun tu apa berlaku sis tahu semua A - Z?
benda dah berlaku

skrg nak patah balik ke 4 tahun lps tu bole ke sis?
yg perlu hadap ialah apa yg ada skrg & masa akan dtg

kalau tak diberi ruang, sampai bila isu nak abis
bulan baik ni masih merentet nak sampai ke bulan ramadan tahun dpn ke

dah memang semua nya manusia biasa
tahniah la kalau sis sejenis yg luar biasa
yg mampu lari dari semua salah dan dosa
Quote Jajabeans 23-3-2023 01:19 PM
kalau sol balik bwk sekali menantu baru agak2 sol kena halau tak si ibu pun belajar2 la terima menantu baru dlm hidup. dh itu jalan yg sol pilih nak buat cmane. takkan nk suruh bercerai pulak
Quote mamaazim 23-3-2023 01:21 PM
“Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.

pointnye ape ni yg pak usop nak cakap... pointnye adalah balik lah rumah, peluk mak tu mintak maaf. kecik hati ko kat mak kecik lagi hati mak kat ko.. apa2 hal ko tu tetaplah anak. gi lah balik umah mak... cakap ngan mak one to one.. berani lah sikit ambik risiko. dengar je apa mak nak cakap, apa mak nak bebel.

ini rasa tak balik ni mak tu memendam rasa yg amat. ko dah buat bende yang kecikkan hati dia pas tu ko tak balik2. mungkin ko kecik hati ngan mak sbb tak faham tapi cubalah balik slow talk ngan mak tu cakap nape terpaksa buat semua2 ni. lepas tu pegi carik PS tu cakap ngan dia elok2. kalau orang tu tak nak jugak lepaskanlah dia pun berhak utk bahagia. dari masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri kan berdosa namanya tu..
Quote doubleA 23-3-2023 01:24 PM
Masalahnya sol punya lari dari masalah ni org lain dia boleh jumpa tapi mak dia sendiri pun dia tak jumpa? Dah end of march pun tegar nya tak jumpa mak sendiri bukan duduk oversea pun. Dah YH pun cakap tinmah nak sol jumpa dia je apa yg susah sgt? Nampak sgt spesis laki notelo, kuat mengelak. Asyik dok cakap akan jumpa, buat tinmah mati dulu tak ralat ke, org skg mati tak kira usia dan tempat tau
Quote Fazzbulous 23-3-2023 01:29 PM
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1

sepatutnya dia buat benda tu 4 tahun lepas...bukan sebab bila bini 1 dah file kn cerai,baru ko nak bertindak...too late org jawa ckp..knp masa bini ko file kan injunksi,ko tak bincang?ko cabar lg injunksi bila ko kawen dkt thai..4 tahun tau,bukan 4 bulan...so kalau dia bangkrap ke jd mental ke,itu la harga dia..nafkah anak,kalau soley tak bg pn,ps blh uruskan...
Quote Hypothetically 23-3-2023 01:39 PM
Fazzbulous replied at 23-3-2023 01:29 PM
sepatutnya dia buat benda tu 4 tahun lepas...bukan sebab bila bini 1 dah file kn cerai,baru ko nak ...

Betul sis, dulu masa tengah sedap, dia peduli ke, bini tu kena harassed dgn skandal sendiri, apa tindakan dia ambil, biar kan je isteri kena tekanan jiwa, 4 tahun, biar situasi rumahtangga mcm tu je, bila isteri minta keluar dari kepompong dan ambil tindakan baru sibuk nak cakap pasal taubat lah, beri peluang kedua lah, inilah manusia yg tak sedar diri, bila diri dah tersepit baru nak minta simpati, peluang kedua, selagi ko berada di comfort zone, zone sedap, mana pergi semua belas ihsan, sungguh memalukan.
Quote tipah89 23-3-2023 01:39 PM
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1

kalau dia burn out pun, atas kebodohan diri sendiri. 4 tahun menda ni jadi bukan tiba2 or 4 bulan.. sol da besar n kena berani tanggung risiko atas setiap apa keputusan yg dia buat.. kalau dia sendiri tolak ego, jumpa mak ayah dia mungkin xseteruk ini n dia hanya perlu deal dgn PS. about PS pulak, da buat salah kena tanggunglah apa yg bini ko tu nak lahar, telan jelah da sendiri berak tepi jalan, kan lama2 hati isteri tu sejuk.kata masih ada sinarrrrr.. ni tak..xnak lepas tapi seksa bini tu mcm tu, still xunblock wassap segala.. so yg problem nya is sol sndiri..dia yg ntah pape so mendapatlah.. dah buat pasal pastu harap org paham ehhhh koserrr

Quote missHaidiD 23-3-2023 01:42 PM
Edited by missHaidiD at 23-3-2023 01:45 PM
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1


Wei ank tu bkn buat hal sebulan dua. Bertahun kalau tak memekak sol nk keluar ke dr gua

Takpaham aku hujung2 sol manusia biasa. Abis mak sol tu apa. Hulk ke??
Quote missHaidiD 23-3-2023 01:45 PM
Fazzbulous replied at 23-3-2023 01:29 PM
sepatutnya dia buat benda tu 4 tahun lepas...bukan sebab bila bini 1 dah file kn cerai,baru ko nak ...

Kan..sarah pernah ckp dia tnya sol..mak sol pun tnya depan2 mk kawen ke dgn birah. Mati2 sol tak nk

Hujung2 sol.manusia biasa

Kelakar manusia skrg ni
Quote ladyxez 23-3-2023 01:46 PM
Ada jugak yg sokong hmmm
Quote orgbiasaje 23-3-2023 02:03 PM
doubleA replied at 23-3-2023 05:24 AM
Masalahnya sol punya lari dari masalah ni org lain dia boleh jumpa tapi mak dia sendiri pun dia tak  ...

exactly
buat pc boleh,
jumpa mak sendiri bagi mcm2 alasan
Quote NotYou 23-3-2023 02:07 PM
ladyxez replied at 23-3-2023 01:46 PM
Ada jugak yg sokong hmmm

Tu lah...gini punya mentality tu pasal byk sgt  jantan2 puaka yg menzalimi bini...byk enabler byk juga yg normalise kan perbuatan mcm si samdol buat...4 tahun kasi peluang memperbaiki ape yg salah memperbetulkan keadaan tapi dia buat dek je ... tak cukup ke masa skrg baru nak suruh selesaikan satu2..sendiri yg cipta masaalah tapi play victim org lain smua salah dia aje btl...sampah sarap  btl perangai
Quote babelina 23-3-2023 02:09 PM
dari ayt2 tu dh taw dh betapa kecik ht nya mak ko sol.. ko blk.. blk!!! tu jer..
yg ko x blk nape.. pegi la sujud kt  mak ko tu.. minta ampun.. lain2 bole settle.. insyaAllah..
keras btl ht  ko nie sol ..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055983 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top