CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Transit, Antara Bandar Paling Bahagia- Gua Musang Bukan Lagi Tempat Jin Bertendang

23-3-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3934| Komen: 5

Description: GUA MUSANG – Penduduk Gua Musang tidak menyangka daerah ini yang suatu ketika dahulu ditakuti masyarakat luar kerana pernah digelar tempat ‘jin bertendang’ kini menjadi antara 10 bandar paling baha ...
GUA MUSANG – Penduduk Gua Musang tidak menyangka daerah ini yang suatu ketika dahulu ditakuti masyarakat luar kerana pernah digelar tempat ‘jin bertendang’ kini menjadi antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia.


Seorang penduduk tempatan, Mohd. Adnan Mohd. Noor, 55, berkata, situasi bandar Gua Musang kini berbeza apabila berubah kepada sebuah bandar transit yang semakin meningkat maju.

Katanya, kedudukannya yang terletak di bahagian selatan negeri ini menjadi pilihan orang ramai kerana boleh dihubungkan melalui jalan raya Persekutuan atau menggunakan Keretapi Ta­nah Melayu Berhad (KTMB).


Foto: Kosmo

“Saya merupakan anak jati Gua Musang berasa bahagia dengan persekitaran bandar ini yang aman dan damai serta dikelilingi gua batu kapur.

“Gua Musang kini menjadi bandar transit apabila menjadi laluan ke arah negeri Pahang, Terengganu, Perak dan Kuala Lumpur, namun kami bahagia kerana tidak berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk seperti bandar lain,” katanya.


Bagi seorang penduduk, Sharuddin Ibrahim, 61, pula berkata, Gua Musang terbukti bandar bahagia apabila semakin banyak pemilikan rumah di daerah ini daripada orang luar.

Katanya, zaman dahulu tidak ramai orang mahu menghuni kawasan ini kerana menganggap­nya sebagai kawasan terpencil.

“Sekarang ini semakin ramai orang seronok tinggal di sini termasuk orang yang berulang-alik kerja di luar kawasan.

“Saya juga berasal dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, namun lebih berminat mencari rezeki dan kini menetap di Gua Musang sejak lebih 30 tahun lalu,” katanya.

Sharuddin berkata, sepanjang tinggal di Gua Musang juga jarang berlaku kes jenayah yang berat.

Katanya, dia berharap agar Gua Musang terus aman seiring dengan pertumbuhan banyak bandar baharu yang dimajukan oleh kerajaan negeri dan pihak swasta.

Terdahulu, Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diktiraf sebagai antara 10 bandar paling bahagia 2022 di Malaysia sempena Sam­butan Hari Kebahagiaan Sedunia.

Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah.

Kesemua bandar itu dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Indeks kebahagian merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 23-3-2023 12:21 PM
Org gua musang tk pandai masak
Rata2 tk sdp
Quote SWORKS27 23-3-2023 12:28 PM
memang best gua musang skrg..x macam dedulu
Quote supernaturalee 23-3-2023 12:42 PM
pontianak gua musey

Quote tripleid 23-3-2023 01:28 PM
terima kasih Ku Li sbb bjaya majukan gua musang ..tapi org gua musang x kenang budi x undi dia pru lepas
Quote rosedemon 24-3-2023 10:20 AM
Oo bertendang ya ingt bertandang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.068570 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top