CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langsung Tak Ada Pesan, Penduduk Bingung Dapat Kiriman Makanan Misteri

23-3-2023 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4051| Komen: 9

Description: OS ANGELES: Penduduk di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles mengakui bingung selepas pintu rumah mereka dibanjiri dengan kiriman makanan misteri dari Uber Eats yang tidak dipesan mereka.
OS ANGELES: Penduduk di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles mengakui bingung selepas pintu rumah mereka dibanjiri dengan kiriman makanan misteri dari Uber Eats yang tidak dipesan mereka.

Lapor UPI, penduduk kawasan kejiranan Range View Avenue di Highland Park memberitahu, setiap rumah menerima hingga 13 kiriman makanan sehari dari McDonald’s, Taco Bell, Starbucks dan restoran lain yang dihantar melalui Uber Eats sejak tiga minggu lalu.

Anehnya, penduduk mengatakan kiriman makanan itu muncul di pintu rumah mereka dengan tertera alamat yang betul setiap hari tidak kira siang atau malam.


Foto: UPI

“Apabila terlalu banyak makanan diterima sekaligus, kami akan cuba mencari tempat untuk menyumbangkannya atau memberikan sahaja kepada sesiapa yang lalu di hadapan rumah saya,” kata seorang penduduk, William Neal.

Beberapa penduduk dilaporkan cuba menghubungi nombor telefon yang tertera pada butiran maklumat yang dilekatkan pada setiap pesanan tetapi semuanya tidak berfungsi. 


Penduduk berkata, mereka menyedari setiap pesanan prabayar atas talian itu sering menyertakan upah tambahan kepada penghantar makanan.

“Kami tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa seseorang yang tidak dikenali mengirim begitu banyak makanan ke rumah kami.

“Masing-masing membuat pelbagai andaian. Ada yang merasakan ini hanyalah strategi pemasaran dan ada juga yang khuatir mungkin ada kanak-kanak yang cuba bermain dengan menggunakan kad kredit ibu bapa mereka. Namun sehingga kini tiada jawapannya,” tambah Neal.

Wakil perusahaan induk perkhidmatan penghantaran Uber Eats berkata, pihak pengurusan sedang berusaha mendapatkan maklumat dan menyiasat identiti pengirim pesanan makanan misteri itu. -CARI

Sumber: Utusan Onlune

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 23-3-2023 12:05 PM
Rezeki tidak salah alamat
Quote sayurmayur88 23-3-2023 01:00 PM
klu makanan risau kene letak sihir je!
Quote wikedsaikel 23-3-2023 03:49 PM
sayurmayur88 replied at 23-3-2023 01:00 PM
klu makanan risau kene letak sihir je!

Sama la yg aku fikir
Quote wikedsaikel 23-3-2023 03:50 PM
Kalau aku memang tak makan la. Takut bangun bangun nanti jadi arnab makmal kang nayaaaa
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 04:18 PM
kalau melayu, ada orang sedekah atau ada orang shikin
Quote supernaturalee 23-3-2023 04:32 PM
untung laaaaaaaaaaaa


Quote rosedemon 24-3-2023 10:18 AM
Kn rzeki mkn jelaa kecoh btol
Quote myakayina 24-3-2023 10:47 AM
baiknya yg sedekah tu..
Quote safieyah1984 24-3-2023 11:16 AM
iolsss raya dia sedekah kat umah org kaya ni, kalo umah org miskin diaorang senyap jek dan bersyukur ada yg bg makanan. kalo baca kat atas tu bukan menu rahmah tp makanan mahal siap ada stabak, huntung arr

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.171332 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top