CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Digilis Treler: Terbabas Sebelum Digilis, Semua Tak Pakai Helmet

23-3-2023 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4155| Komen: 17

Description: KLANG – Kemalangan maut melibatkan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di Kampung Telok Gong, hari ini berlaku apabila motosikal diboncengnya terbabas selepas melalui bahu jalan berpasir.
KLANG – Kemalangan maut melibatkan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di Kampung Telok Gong, hari ini berlaku apabila motosikal diboncengnya terbabas selepas melalui bahu jalan berpasir.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu sebuah treler sedang menghala ke Telok Gong dari Klang.

Katanya, apabila tiba di persimpangan Jalan Bawal, Teluk Gong, sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua murid sekolah telah keluar dari simpang menghala ke arah Teluk Gong.


Foto: Kosmo

“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng telah terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa seorang pelajar perempuan digilis tayar belakang treler itu dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu dilaporkan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar treler sebelum digilis ketika perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, hari ini.

Menurut beliau, penunggang motosikal tersebut patah tangan kanan dan seorang lagi penunggang motosikal iaitu seorang murid lelaki cedera di bahagian kepala dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

“Ketiga-tiga penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar. Pemandu treler berusia 36 tahun cedera di bahagian muka akibat dipukul oleh orang ramai,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hoong Fong meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Yunus Abd. Rahim di talian 011-25300305 atau menghubungi Balai Polis Trafik Klang Selatan melalui talian 03-33722222. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pajeri_Nenas 23-3-2023 11:28 AM
Pakai pun mati jugak kena gilis
Quote mikasa 23-3-2023 11:37 AM
Pajeri_Nenas replied at 23-3-2023 11:28 AM
Pakai pun mati jugak kena gilis

Betul tu...pakai seat armour full face pun mati kalau dah lori besar macam tu.


Kesian driver lori kena belasah. Tak pasal mkn free bukak puasa nanti
Quote tripleid 23-3-2023 11:38 AM
takat pkai topi kledar budak 5ringgit beli kat psr malam, takde cop sirim besepai jugak kena gelek tayar treler besar gedabak..
Quote AbukRokok 23-3-2023 12:12 PM
salah palat darat vs salah bawak moto bersepah
Quote AbukRokok 23-3-2023 12:13 PM
katanya driver lori kne pukui dgn oghe kapung walaupung bukang salah die
Quote pekanwoohoo 23-3-2023 12:19 PM
Orang kampung bodoh, makcik bawak motor bodoh, orang panggil driver bawak lori pilot darat terpaling bodoh
Quote redz85 23-3-2023 12:23 PM
tengok video bukan salah driver tu pun.. tak rasa jalanraya berpasir pun

https://www.facebook.com/1000139 ... 697/922639032220399
Quote matamata 23-3-2023 12:26 PM
Laknat haramjadah... Thread dah ada 2 kau sebok jugak nak bukak thread baru
Quote SWORKS27 23-3-2023 12:29 PM
matamata replied at 23-3-2023 04:26 AM
Laknat haramjadah... Thread dah ada 2 kau sebok jugak nak bukak thread baru

hahahahahahahaha
Quote dudaberhias 23-3-2023 12:46 PM
helmet pun tak membantu... tapi tu la dah moto tu salah, bukan sekadar salah tak pakai helmet tapi melulu je masuk... dah tahu treler kat depan tu ada blindspot semua bagai ko hengat dia nampak ke kau yang main masuk melulu tu??? yihhh... mesti jenis tak nak kalah kat jalanraya... semua dia je yang nak dahului.... fefeeling kak long kawasan...
Quote mdhelmi 23-3-2023 03:13 PM
nampak ngeri
tapi kematian serta merta
harap semua berhati2 di jalan raya
Quote immi 23-3-2023 03:32 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 12:46 PM
helmet pun tak membantu... tapi tu la dah moto tu salah, bukan sekadar salah tak pakai helmet tapi m ...

X sabar nk tahu apa dia ckp nnt
Quote LadyCarefree 23-3-2023 03:34 PM
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 11:19 AM
Orang kampung bodoh, makcik bawak motor bodoh, orang panggil driver bawak lori pilot darat terpaling ...

Jangan lupa makpak budak2 tu pun bodoh bagi anak 3 orang bonceng satu motor.
Quote chandrahusin 23-3-2023 03:37 PM
Kelmarin ada bdk2 pempuan bwk moto
Kat area kampung baru
Langgar lampu merah
Kereta aku plk lalu
Aku lgsg takde hon ke apa
Menyumpah pun dlm keta je
Tapi diorg siap jeling2 aku bila jumpa
Kat traffic lite depan
1 lagi traffic lite diorg redah lagi
Perangai
Quote rosedemon 24-3-2023 10:17 AM
Xpela sorga ko dek
Quote myakayina 24-3-2023 10:53 AM
sbb tula klu nak lintas dan mulakan perjalanan tengok kiri kanan dan tengok kiri semula..bila jln clear dan takde halangan barulah jalan.. yg naik motor area2 kg dan kawasan perumahan yg tak pakai helmet ni kdg ikut sukahati dia je nk jln..

hari tu budak naik basikal satu group main keluar je kat jln besar tak tengok2..kena gilis jgk dgn lori..lupa dah area mana..
Quote sangbara2020 24-3-2023 10:56 AM
dreba lori sila saman yg memukul kome itu ye

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.172391 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top