CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Dan Ditindas, Hak Asasi Manusia Di 7 Negara Kian Terhakis

23-3-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2619| Komen: 2

Description: WASHINGTON – Satu laporan tahunan mengenai hak-hak asasi manusia yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) mendapati hak tersebut semakin terhakis di Iran, Afghanistan, Myanmar, China, Cuba, Nicaragua d ...
WASHINGTON – Satu laporan tahunan mengenai hak-hak asasi manusia yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) mendapati hak tersebut semakin terhakis di Iran, Afghanistan, Myanmar, China, Cuba, Nicaragua dan Ethiopia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.


Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ketika mengumumkan laporan edisi ke-47 itu pada Isnin lalu berkata, kajian berkenaan dilakukan bertujuan untuk memelihara dan mempertahankan maruah manusia apabila ia terancam dalam pelbagai cara selain menyebut maklumat itu penting untuk diplomasi AS.

“Hak-hak asasi manusia adalah universal. Ia tidak ditakrifkan oleh mana-mana negara, falsafah atau wilayah. Ia terpakai kepada semua orang di mana-mana sahaja.

“Laporan ini menyatakan dengan jelas bahawa pada tahun 2022 di setiap rantau, kami terus melihat keadaan hak-hak asasi manusia yang mundur, penutupan ruang sivik serta tidak menghormati maruah asasi manusia,” kata Blinken.


Foto: AFP


Menurut beliau, laporan itu turut memperincikan penderaan mengerikan dan berterusan yang dilakukan oleh rejim di Iran terhadap rakyatnya sendiri. 

“Ekoran kematian tragis Mahsa Amini, pihak berkuasa telah membunuh ratusan penunjuk perasaan secara aman termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak dan telah menahan beribu-ribu orang lagi dengan sewenang-wenangnya,” tambahnya.

Mahsa, 22, meninggal dunia di hospital pada September tahun lalu selepas koma, beberapa jam setelah polis moral negara itu menahannya kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Insiden itu mencetuskan protes di ibu negara dan di barat Iran sehingga menyebabkan kematian apabila berlakunya pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis.

Dalam pada itu, Blinken juga menyatakan terdapat kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berterusan di China.

“China meneruskan kekejamannya termasuk pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan terhadap etnik Uighur, penindasan ke atas penduduk Tibet, tindakan keras terhadap hak-hak asasi di Hong Kong dan menyasarkan individu di tanah besar yang didapati mengamalkan kebebasan asasi,” ujarnya.

Blinken selain itu merujuk kepada pencabulan hak asasi manusia yang berterusan di Afghanistan di mana kumpulan Taliban menindas hak-hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

Beliau turut menyentuh mengenai konflik Myanmar di mana beribu-ribu aktivis dan orang awam telah dibunuh oleh rejim tentera. Blinken dalam masa sama turut mengecam Cuba dan Nicaragua, yang mana kerajaan autoritarian dua negara itu terus menahan tahanan-tahanan politik serta memasukkan mereka dalam keadaan penjara yang mengerikan.

Sementara itu, walaupun tahap hak asasi manusia diturunkan pada tahun lalu di Ethiopia, Blinken berkata, Perjanjian Penghentian Permusuhan telah membantu memperbaharui bantuan kemanusiaan, memulihkan keadilan dan menghentikan pertempuran di negara berkenaan.

“Konflik di utara Ethiopia adalah dahsyat. Lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh. Wanita dan kanak-kanak perempuan terdedah kepada bentuk keganasan seksual yang mengerikan. 

“Selain itu, beribu-ribu orang telah dipindahkan secara paksa dari rumah mereka. Seluruh komuniti disasarkan secara khusus berdasarkan etnik mereka,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 23-3-2023 11:28 AM
Sementara itu, sistem pengurusan kubur dia org masih ada yg mengamalkan undang2 segregation warna kulit
Quote rosedemon 24-3-2023 10:17 AM
Akhir doniaaaa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056765 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top