CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Waga Emas Akhirnya Berkahwin Selepas 60 Tahun Percintaan Dihalang Ibu Bapa

23-3-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3609| Komen: 9

Description: LONDON – Selepas enam dekad hubungan cinta mereka dihalang ibu bapa, akhirnya sepasang kekasih warga emas melangsungkan perkahwinan.
LONDON – Selepas enam dekad hubungan cinta mereka dihalang ibu bapa, akhirnya sepasang kekasih warga emas melangsungkan perkahwinan.

Daily Mirror melaporkan, Lee Allbrighton, yang pada ketika itu berusia 19 tahun melamar kekasihnya yang berusia 18 tahun, Jeanette Steer pada 1963 dan merancang ingin berpindah ke Australia.


Allbrighton kemudian mengembara ke Australia terlebih dahulu dan menanti ketibaan Steer. Bagaimanapun, harapan mereka musnah apabila perkara itu diketahui oleh ibu bapa Steer.


Foto: SWNS

Suami isteri tersebut melarang anak mereka berkahwin dengan pasangannya dan mengarahkan Steer kekal berada di rumah di Isle of Wight, Britain. Pasangan remaja yang patah hati itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Allbrighton kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita Australia dan mempunyai tiga anak manakala Steer kekal menetap di Britain sebelum berkahwin dan dikurniakan dua anak.


Setelah perkahwinan Allbrighton berakhir dengan perceraian pada 2015, dia mula menjejaki teman wanita zaman remajanya itu dengan kembali ke Britain sebelum akhirnya bertemu dengan Steer.

Steer yang masih bersuami pada ketika itu kembali berhubung dengan Allbrighton dua tahun kemudian selepas suaminya meninggal dunia akibat kanser.

Pasangan itu kemudian menyambung percintaan mereka dan berkahwin bulan lepas ketika berusia 79 dan 78 tahun di hadapan anak, cucu dan cicit mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 23-3-2023 11:34 AM
muka muda2 acane la kan...
Quote rosedemon 24-3-2023 10:17 AM
Syiamnnnn da liat bru merasa
Quote alongweeda 24-3-2023 03:16 PM
tua2 pun nmpk ensem n cantik...msti hot dl2 ni
Quote supernaturalee 24-3-2023 03:26 PM
cinta tak salah alamat ke caner ni

Quote kucingitam 24-3-2023 03:34 PM
teringat ada satu filem 'Letter to Juliet' tajuknya.. dpt kahwin lepas berapa puluh tahun tah..
Quote copy_paste 24-3-2023 03:41 PM
rosedemon replied at 24-3-2023 10:17 AM
Syiamnnnn da liat bru merasa

dia da rasa dulu da masa muda2,
Quote zuuu 24-3-2023 08:12 PM
supernaturalee replied at 24-3-2023 03:26 PM
cinta tak salah alamat ke caner ni

Jodoh x salah alamat
Quote Suchi 24-3-2023 09:16 PM
Buat pilem ok gak nih
Quote I.K.A888990 25-3-2023 12:44 AM
alahai comelnya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.190955 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top