CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mungkin Dia Rasa Kecewa' - Radhi Nafi Qi Razali Berundur Dari OAG Kerana Bergaduh

23-3-2023 06:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7363| Komen: 12

Description: Radhi menafikan berselisih faham dengan rakannya, Qi Razali sehingga pemain dram itu berundur dari kumpulan band muzik rock alternatif itu.Pengumuman Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali W ...
Radhi menafikan berselisih faham dengan rakannya, Qi Razali sehingga pemain dram itu berundur dari kumpulan band muzik rock alternatif itu. 

Pengumuman Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong di Twitter awal Januari lalu mengenai pengundurannya daripada OAG menimbulkan spekulasi bahawa terdapat kemelut di antara dia dengan anggota band muzik tersebut khususnya vokalis kumpulan itu.


Pengunduran Qi itu dibuat sebaik sahaja dia kembali bergabung dengan OAG tahun lepas serta turut sama menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan di Stadium Melawati, Selangor pada 25 Disember lalu. 


IG

Terkejut dengan spekulasi tersebut, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi  Razali berkata, sebetulnya tiada apa yang berlaku di antara dia dengan Qi, sebaliknya ia sebenarnya berpunca daripada penganjuran Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan untuk meraikan penglibatan mereka di dalam industri muzik rakaman tanah air sepanjang tempoh tersebut. 


“Sebenarnya tiada apa yang berlaku. Konsert 30 Tahun Generasiku itu dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi. 

“Bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan masalah peribadi. Bukan sebab dia bergaduh dengan saya. Kitaorang tak gaduh. Kita orang baru sahaja berjumpa baru-baru ini. Kita orang aman sahaja. 

“Cuma apa yang berlaku pada penganjuran Konsert 30 Tahun Generasiku itu adalah sangat kritikal kerana ia dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi. 

“Bahkan, kami mengadakan konsert pada saat Pilihanraya Umum (PRU) sedang dilakukan. Kami juga buat konsert dalam keadaan duit tidak ada. Sebab kerajaan tidak ada lagi masa itu.  Penganjur memang ada, begitu juga dengan penajaan tetapi ia ditarik balik. Tapi, akhirnya kerajaan baharau membantu, Alhamdulillah. 

“Apapun, tiket tak jual. Kami mengalami kerugian. Malah, tiket pun banyak yang kami bagi secara percuma. Orang tak tahu perkara itu dan menyangka tiket kami terjual. Sedangkan hakikatnya, tidak. 

“Dalam kepala Chi, mungkin dia rasa konsert itu boleh berjaya tetapi tidak menetapi apa yang diharapkannya. Mungkin dia rasa kecewa sebab dia dah betul-betul berkobar-kobar untuk menjayakan konsert ini tetapi apa yang diharapkan itu tidak kesampaian,” katanya. 

Selain Chi, dua lagi anggota turut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada OAG susulan daripada selesainya konsert tersebut. 

Radhi ditemui sewaktu sidang media dokumentari Pekik yang mengangkat tentang kebangkitan scene Indie di Malaysia pada awal 90-an diadakan di Finas baru-baru ini. 

Jelas Radhi lagi, sebenarnya dari awal lagi, dia sudah berasakan tidak bersedia untuk menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku itu. 

“Sebenarnya, masa saya dapat tawaran mengadakan konsert ini, saya sudah menolak untuk melakukannya kerana saya tahu kami tidak punya banyak masa untuk buat persiapan. 

“Tapi disebabkan peminat yang selalu bertanya, Chi pun kata ambillah. Lagipun, 25 Disember adalah tarikh ulangtahun penubuhan OAG. Kalau nak tukar hari lain atau tarikh lain, tidak kena pula.

“Jadi. Mahu tidak mahu saya cuba sebaik mungkin dan bersihkan diri saya dan bersedia untuk menjayakan konsert ini,” katanya. 

Apapun, kata Radhi, dia tidak kecewa dengan kegagalan Konsert 30 Tahun Generasiku. 

“Saya anggap ia satu hikmah dan ia mendekatkan lagi saya kepada Allah SWT. Saya lari bawa diri ke Kedah untuk perbaiki diri,” katanya. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-3-2023 06:36 AM
Seriusla gagak? Nampak penuh jer..
Quote DeLuna85 23-3-2023 06:53 AM
Oh aku baru tau dia pemain drum oag.
Quote taji2906 23-3-2023 08:24 AM
Qi ni aku suka rancangan yg makan2 dulu tu. nampak sempoi relax je. kelakar jugak lawak dia.
Quote prince_marhaen 23-3-2023 08:50 AM
...ye ke? mungkin bandmate dah fed-up dengan rutin cautut kau sebelum konsert? masa konsert pun dah macam ke bulan je... hihihihi
Quote salimrock 23-3-2023 09:39 AM
DeLuna85 replied at 23-3-2023 06:53 AM
Oh aku baru tau dia pemain drum oag.

Qi ni antara musician yg berbakat, bukan shj boleh bermain alat music, boleh mengacara, berlakon, tak la mengharap band semata2 selalu nya vokalis yg ada advantage..tp Qi lebih membukti kan dia lebih berbakat dr vokalis dlm band nya.

tp bila tgk Qi dlm band, wa pn ada was2 adakah dia pn satu kapal dgn Radhi , haha

mgkn dulu la, lama2 bawa2 la tobat
Quote heythere123 23-3-2023 03:18 PM
masalahnya time konsert tu radhi datang lambat, fans kena sidai dekat sejam kalau tak salah. Pastu dah sampai, heols pulak tak tahu flow konsert. Depan mata fans heols belek kertas.

Iols tak pergi tapi benda ni trending dekat twitter masa tu
Quote heythere123 23-3-2023 03:18 PM
prince_marhaen replied at 23-3-2023 08:50 AM
...ye ke? mungkin bandmate dah fed-up dengan rutin cautut kau sebelum konsert? masa konsert pun dah  ...

heols nampak lalok teruk kan time konsert tu
Quote anony-mous 23-3-2023 03:22 PM
heythere123 replied at 23-3-2023 03:18 PM
masalahnya time konsert tu radhi datang lambat, fans kena sidai dekat sejam kalau tak salah. Pastu d ...

Ya ampun!!! Teruk gila dia ni. Mcm gone case dah. Ruginya rupa ada, nama ada, band yg best ujung2 dadah jgk ko pilih. Ingatkan diberi peluang lg mcm ni, reti la nk hargai teammates n peminat, rupanya, mcm tu jgk
Quote DeLuna85 23-3-2023 05:22 PM
salimrock replied at 23-3-2023 09:39 AM
Qi ni antara musician yg berbakat, bukan shj boleh bermain alat music, boleh mengacara, berlakon,  ...

Kalau tgk badan dan mata ada ciri2. Harap tak la
Quote rayray28 23-3-2023 06:55 PM
taji2906 replied at 23-3-2023 08:24 AM
Qi ni aku suka rancangan yg makan2 dulu tu. nampak sempoi relax je. kelakar jugak lawak dia.

Destinasi bajet kan..best betul rancangan tu..dia mst order teh ais..
Quote dudaberhias 23-3-2023 08:02 PM
dah rhoper masing2 pun macam kacip tak tentu arah... kalau iols sebagai fans pun iols dah lari jauh2... dah la tak herlok... mata terbeliak macam ikan buntal... kalau herlok tu takpe la jugak boleh la maafkan walaupun pendadih...

rhoper pun macam ikan pari kering jah....
Quote salimrock 24-3-2023 09:12 AM
Edited by salimrock at 24-3-2023 09:13 AM
DeLuna85 replied at 23-3-2023 05:22 PM
Kalau tgk badan dan mata ada ciri2. Harap tak la

selalu nya band mate ni sehati sejiwa, semasa muda

tp bila semakin meningkat dewasa ada yg ingin berubah, ada yg ingin kekal , mgkn sebab tu la keluar statement kami tidak sefahaman..

mcm circle of group aku pn sama,

ada yg kaki main judi, kaki tarik ganja, kaki tarik syabu..


bila dah dewasa, ada yg jadi pilot, cikgu, polis, takkan diorang nak tarik ganja lagi, lg kena la jarakkan diri dari kawan2 yg tidak bermoral ni,

ada juga yg dah berkeluarga, dah lama berenti isap syabu, dah la bersusah payah berenti , skali kawan masih isap lagi...
sama juga dlm rumah tangga,

kadang2 laki mmg kaki dadah, tp bini tak nak cerita kt public, ckp je la tak de kesefahaman

tp benda ni off course la tak cerita kt press

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.177363 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top