CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Tarawih, Dewan Solat Utama Masjid Ibnu Sina Musnah Terbakar

23-3-2023 04:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7430| Komen: 1

Description: Kebakaran dipercayai akibat litar pintas menyebabkan orang ramai tidak sempat menunaikan solat tarawih apabila dewan solat utama Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa musnah.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelam ...
Kebakaran dipercayai akibat litar pintas menyebabkan orang ramai tidak sempat menunaikan solat tarawih apabila dewan solat utama Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa musnah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.10 malam, 21 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.



DEWAN solat utama Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas. FOTO Ihsan Bomba.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada 7.17 malam melakukan kerja pemadaman di ruang masjid yang terjejas," katanya dalam kenyataan, semalam.

Anggota mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran di ruang solat utama yang musnah 90 peratus.

"Kebakaran tidak membabitkan sebarang mangsa, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian.

"Kejadian berlaku pada 6.58 petang disebabkan litar pintas. Tiada kemalangan jiwa, dewan solat utama musnah terbakar," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-3-2023 05:17 AM
Rahmat Allah yang penuh barokah, mandat dari Tuhan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038946 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top