CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Rezeki Kru Tak Tertangguh, Fasha Sandha Gigih Kembali Ke Set Penggambaran Walau Belum Sembuh

22-3-2023 08:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14490| Komen: 12

Description: Pelakon Fasha Sandha tekad meneruskan penggambaran biarpun kecederaan pada mata belum sembuh sepenuhnya.Tegas aktres berusia 34 tahun itu, dia enggan penggambaran telefilem dibintanginya itu tertanggu ...
Pelakon Fasha Sandha tekad meneruskan penggambaran biarpun kecederaan pada mata belum sembuh sepenuhnya.

Tegas aktres berusia 34 tahun itu, dia enggan penggambaran telefilem dibintanginya itu tertangguh untuk tempoh yang lama.



IG

“Saya selalu berfikir untuk selalu permudahkan kerja orang, kerana Insyaallah kalau saya permudahkan kerja orang lain, Allah akan permudahkan kerja saya.

“Walaupun saya tidak sihat sepenuhnya selepas mengalami kecederaan pada mata, malah suami dan doktor tidak menggalakkan untuk saya kembali bekerja lagi. 

“Kalau saya tidak shooting akan tertangguh rezeki crew dan team penggambaran. Walaupun struggle dan sakit sikit tapi yang penting memudahkan rezeki orang lain,

“Saya fikir sekiranya tidak habiskan kerja ini dengan lebih awal, crew semua tak dapat payment. Biar saya sakit, tapi tidak menyekat rezeki orang lain,” katanya.


Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya pakaian jenama Alfaro yang mana aktres itu juga diumumkan sebagai duta rasmi jenama tersebut yang diadakan di ibu kota, pada Selasa.

Melanjutkan bicara, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu berkata, pada awalnya suami dan keluarga turut mempersoalkan keputusannya untuk kembali ke lokasi penggambaran semula.

“Apabila saya sambung semula penggambaran drama itu, suami dan keluarga agak berat hati. Mereka tanya pada saya betul ke dah nak mula kerja. Kerana mata masih belum sembuh lagi.

“Saya sentiasa fikirkan keadaan orang lain barulah diri saya sendiri. Sampaikan saya pernah kena marah dengan orang di sekeliling saya termasuk mama saya.

“Malah selepas mengalami kecederaan itu perkara pertama saya fikir macam mana dengan shooting. Sepanjang 20 tahun saya dalam industri, tidak pernah lagi penggambaran tertangguh disebabkan saya sehingga akibatkan orang menunggu saya,” tambahnya lagi.



Terdahulu, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kiri ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan di Johor Bahru.

Ketika kejadian, Fasha difahamkan telah ditolak oleh pelakon gandingannya, Azhan Rani sehingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-3-2023 09:05 PM
ok semoga lekas sembuh... harap2 fasha bawak watak pirate plak yerrr lepas kes haritu...
Quote makadek 22-3-2023 09:06 PM
Serpihan sayang drama terbiul utk semua watak... Okla pdrm tk de tugas dlm citer tu
Best gak kan drama saiko2
Quote imanda 22-3-2023 10:34 PM
awat umur fasha mcm kurang je tu....
Quote Perawankota 23-3-2023 02:08 AM
makadek: Serpihan sayang drama terbiul  ...



Hahahaha kan… ramai nau gila
Quote Reira77 23-3-2023 06:21 AM
Sheols makin cantik la
Quote DeLuna85 23-3-2023 06:54 AM
Fasha 34 tahun? Dia 39 lah.
Quote razzia 23-3-2023 08:46 AM
sejak kurus makin cantik biarpun umurnya meningkat
Quote babelina 23-3-2023 10:04 AM
semoga cpt sembuh..amin yra..
kdg tu la.. fikir org yg terlibat.. xnk ssh kn org kn.. terpaksa juga jln kn tanggungjwb tu.. moga sentiasa sukses
Quote adeqbun 23-3-2023 10:22 AM
Sejak bile pulak umur die 34 thn
Quote uori 23-3-2023 10:57 AM
bagus dia nih. kesian tau kat crew2 filem nih, tenaga dorang kena perah bukan memain dan macam takde sape bela nasib dorang. tak masuk lagi payment ciput, lambat bayar dan tak pernah bayar pun banyak. silap cakap, kena boikot. nak dapat pelakon yang ada hati perut macam dia memang susah, tambah pulak jenis pengarah atau penerbit bekap pelakon, memang naya lah
Quote cik_ingeniare 23-3-2023 11:06 AM
fasha kalau bab kerja memang tip top! semoga fasha cepat sembuh
Quote nadie90 23-3-2023 12:25 PM
Bagus akak Fasha ni...sebab tu byk drama dia berlakon. Murah rezeki dia. Harap semua pelakon jadikan dia sbgai cth dlm etika masa bekerja.

Moga mata akak Fasha cepat sembuh dan lebih hati2 lps ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.377248 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top