CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Sebab Saya Bahagia' - Meerqeen Cari Adik Selepas Penat Balik Kerja

22-3-2023 08:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12095| Komen: 16

Description: Nama pelakon dan penyanyi Meerqeen sering mencuri tumpuan dan meraih pujian terutama ketika bergurau dengan adik-beradiknya menerusi perkongsian video di media sosial.Dia yang dilambung populariti di ...

Nama pelakon dan penyanyi Meerqeen sering mencuri tumpuan dan meraih pujian terutama ketika bergurau dengan adik-beradiknya menerusi perkongsian video di media sosial.

Dia yang dilambung populariti di usia muda mengakui keluarga selalu menjadi alasan untuknya terus bertahan dan mengingatkannya untuk selalu merendah diri memijak bumi.



IG

Pelakon yang melonjak nama menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui tidak mudah menjadi seorang Meerqeen yang memiliki jadual padat setiap hari. Namun kepenatan itu selalu hilang setiap kali melihat keletah adik bongsunya, Muhammad Shaqeel Shauqeen.

“Kehidupan saya setiap hari ialah hari yang gembira. Saya ada keluarga, kawan dan paling penting adik kecil yang saya sayang.

“Saya akan tersenyum melihatnya setiap pagi dan selepas penat balik kerja. Dia adalah sebab untuk saya rasa bahagia,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Melur Untuk Firdaus musim kedua.


Mempunyai jumlah peminat yang ramai hari demi hari, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen itu mengakui populariti tidak pernah mengubah peribadinya.

“Sejujurnya saya tidak pernah rasa popular atau memiliki nama yang besar. Saya merasakan perjalanan saya masih jauh. Itulah sebabnya bila jumpa orang, saya akan tunduk dan masih tegur mereka walaupun mereka tak tegur saya. Saya tak rasa saya dah tinggi.


IG

“Mengekalkan nama dalam bidang ini memang susah kerana makin ramai pelakon hebat yang hadir setiap hari.

“Cara saya bertahan ialah dengan memilih projek yang bagus. Buat masa sekarang, saya fokus Melur Untuk Firdaus musim kedua kerana itu keutamaan saya tahun ini. Selepas ini banyak lagi naskhah berkualiti,” tambahnya.


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 22-3-2023 08:21 PM
Adik dia memang comel…
Quote Kancilkering 22-3-2023 08:29 PM
jauh gap adik abang….silap org ingat tu anak…terror mak merqeen beranak lewat….
Quote dudaberhias 22-3-2023 09:08 PM
adik2 semua rhoperrr comel herlokkk... cuma kena ikut kaka pergi tiruskan pelepah hidung tu jah kat hatyai.... baru meletop...
Quote nordin84 22-3-2023 09:11 PM
mcm jena nik dl kehulu hilir angkut adik.. skrg adik dia pun da besar.. xdpt dipastikan sama bapak ke x
Quote caca_eric 22-3-2023 09:39 PM
Penah jumpa meerqeen . Nk pg mkn. Time tu dia dokong adik dia. Mmg baik . Tak sombong
Ayah dia muda lagi. Baik juga
Quote caca_eric 22-3-2023 09:41 PM
Kancilkering replied at 22-3-2023 08:29 PM
jauh gap adik abang….silap org ingat tu anak…terror mak merqeen beranak lewat….

Request drp adik 2nd last. Adik tu minta nak adik kt mak ayahnya
Baka baik & berduit takpa la kan..
Quote Ahriman 22-3-2023 09:53 PM
Dia dengan hun hakeem dalam nenek bongkok tiga hensem terok...dh feeling2 tengok cite korea plak..
Quote annehuda 22-3-2023 11:52 PM
Teringat plak zac efron. Mak pak bercerai,bapak dia kawen lg,dpt la adik perempuan lagi. Kecik lagi adik dia dlm 3-4 tahun gitu. Tatang macam minyak penuh la org kate. Masa valentine hari tu zac ngan abang dia dok berebut nak dating ngan adik perempuan diorg. Comel sgt
Quote bottompro 23-3-2023 12:06 AM
Merqeen ni gigi hodoh. Tolong jgn ternganga2 mcm tu. Hodoh.  
Quote rayna_raynes 23-3-2023 01:09 AM
comelnya adik. boleh jd model
Quote cikatilia 23-3-2023 09:52 AM
comel adik nya...
Quote fish 23-3-2023 09:56 AM
adik dia pun comey
jd artis boleh la guna nama qeelqeen pulak
Quote hanihan16 23-3-2023 09:59 AM
merqeen ni umur berapa? i tengok nenek bongkok tiga baru kenal. dia ni ok lagi nak tengok. tapi i tak boleh tengok mierul aiman tu. muka sejenis menyakitkan hati dimata i walaupun dia tak buat apa2 pun. mcm i tengok fauzi nawawi & shuk sahar. ahahaha cant help it.
Quote Lavender_Violet 23-3-2023 10:00 AM
Sulung ke mamat ni?
Mak ayah heols muda sangat lagi ke smp boleh bagi adik lg ni?
Quote marchikobonzo 23-3-2023 11:39 AM
Herlok sangat meerqeen ni
Quote electricopop 23-3-2023 12:31 PM
Adik kecik dh macam anak. Hebat mak ayah dia.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.268538 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top