CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maszlee Kembali Mengajar Topik Kemanusiaan Dan Pendidikan Di Universiti Cyberjaya

22-3-2023 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6003| Komen: 4

Description: Prof Dr Maszlee Malik kembali sebagai tenaga pengajar di dunia akademik selepas beberapa tahun meninggalkan bidang itu.Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilant ...
Prof Dr Maszlee Malik kembali sebagai tenaga pengajar di dunia akademik selepas beberapa tahun meninggalkan bidang itu.

Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilantik menjadi pensyarah di Universiti Cyberjaya.


Berita itu dikongsinya di laman Instagram, dengan menzahirkan rasa syukur terhadap pelantikannya sebagai pensyarah di universiti berkenaan.



Maszlee merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menyertai politik pada 2018, iaitu ketika era pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun beliau kemudiannya mengumumkan perletakan jawatan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa pada 3 Januari 2020.

Beliau sebelum itu memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.




Difahamkan, Maszlee mempelajari bidang Fiqh dan Usu al-Fiqh bagi kedua-dua ijazah terbabit.

Dalam pada itu, Maszlee turut melanjutkan pengajiannya di School of Governments and International Affairs di Universiti Durham, United Kingdom pada 2007.

Pada 2011, beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang 'Good Governance'.

Maszlee juga dilaporkan pernah menjawat jawatan presiden ketujuh UIAM yang berpusat di Gombak, Selangor.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 22-3-2023 07:53 PM
dulu2 kalau tersempak, waktu beliau masih mengajar Political Science, mesti dia yang senyum, tegur kita dulu

very the humble and dedicated lecturer yaa
Quote tahanie 22-3-2023 11:02 PM
Dia professor dah rupanya, baru tahu
Quote tom2 22-3-2023 11:46 PM
Semoga maju jaya
Quote primarikey 23-3-2023 12:01 AM
Dah tak terlibat dgn politik nmpk la cerdik pandai orangnya...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043794 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top