CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Bagi Alasan Tiada Masa, Lesen Memandu Terlalu Mahal

22-3-2023 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2901| Komen: 0

Description: Susah sangat ke nak ambil lesen memandu? Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my JPJ Pulau Pinang melakukan pemeriksaan. FOTO DANIAL SAAD Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pina ...
Masih ada yang memandu tanpa lesen terutamanya dalam kalangan lepasan sekolah dan penuntut universiti.

Lapor Harian Metro, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, ia merupakan kesalahan terbanyak direkodkan sepanjang tiga hari Op Rentas Negeri dijalankan bermula Isnin lalu.



Harian Metro - JPJ Pulau Pinang melakukan pemeriksaan. FOTO DANIAL SAAD

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, sebanyak 3,668 kenderaan diperiksa sepanjang operasi dan 1,356 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

"Tiada lesen memandu masih lagi menjadi kesalahan utama setiap kali kita mengadakan operasi dengan merekodkan 651 kesalahan. Amat mengecewakan apabila masih ramai yang ambil tidak kisah akan kepentingannya.

"Alasan yang sering diberikan setiap kali disoal ialah tiada masa dan bayaran untuk mendapatkan lesen memandu ketika ini terlalu mahal.


"Sebahagian besar yang tiada lesen memandu ini membabitkan golongan berusia 18 hingga 25 tahun iaitu mereka yang terdiri daripada lepasan sekolah serta penuntut universiti," katanya pada sidang media berhubung operasi berkenaan di Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan di sini, hari ini yang dipetik Harian Metro.

Selain memberi 1,821 notis saman, 400 kenderaan turut disita, di mana kebanyakannya ditunggang warga asing. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052294 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top