CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Kantin Sekolah Dipuji Tak Berkira, Murid Tak Cukup Duit Pun Bagi Je Makanan

22-3-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3533| Komen: 6

Description: Sikap seorang peniaga kantin sekolah yang tidak berkira dan membantu murid-murid untuk membeli makanan menyentuh hati ramai pihak.
Sikap seorang peniaga kantin sekolah yang tidak berkira dan membantu murid-murid untuk membeli makanan menyentuh hati ramai pihak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @apex.20 atau mesra dikenali sebagai ‘Abang Kantin’, kelihatan ramai murid-murid sekolah rendah masih tidak tahu membuat pembayaran makanan.


Foto: Tiktok

‘Abang Kantin’ kemudiannya membantu murid-murid tersebut yang masih keliru dengan nilai wang kertas dan harga makanan.

Dalam pada itu, gelagat seorang orang budak turut menarik perhatian ramai kerana cuma membawa RM1 walaupun harga makanan RM2.

“Adik ada lagi ke RM1? Kalau tidak ada, tidak mengapa. Ambil dulu makanan ini. Esok cakap dengan ibu ayah bawa RM3 ya, RM1 untuk air, RM2 untuk makanan,” katanya lembut kepada murid itu.



Di ruangan komen ramai yang terharu menonton kebaikkan ‘Abang Kantin’ kerana membantu murid-murid yang memerlukan.

“Tersentuh hati saya tengok adik yang bawa RM1 itu. Mungkin dia dari keluarga yang susah. Teringat waktu kecil dulu. Semoga murah rezeki abang,” komen Nadry Zuman.

“Terima kasih abang sebab jujur dalam berniaga. Budak-budak ini mereka tidak tahu nilai duit, berapa ada dan nak bagi berapa,” komen seorang pengguna.

“Semoga dimurahkan rezeki abang, lembut betul layan budak-budak itu.. syok tengok,” komen pengguna yang lain pula. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 22-3-2023 06:06 PM
Iye tp dia suruh bawa duit cukup.  Kalau mmg parents hanya mampu rm1 or rm2 je mcmana?
Quote Thunderclouds 22-3-2023 06:14 PM
Samerosie replied at 22-3-2023 06:06 PM
Iye tp dia suruh bawa duit cukup.  Kalau mmg parents hanya mampu rm1 or rm2 je mcmana?

Tpaksa beli menda selain makanan berat assuming nasi,mee@bihun etc dh fix rm2.
Besa singgit bole lg wat beli kuih² @ kopok lekor.
Kalo mmg betol² xberkempuan cg masukkn dlm senarai rmt.
Mkn free hari².
Quote rosedemon 23-3-2023 10:20 AM
halahhhhhh sume konten puih
Quote Suchi 23-3-2023 10:31 AM
Rm2 tak cukup belanja
Air manis cawan kecik tu pun dh rm1.

Hat tak berkemampuan better dapat RMT , maybe nk bekalkan makanan pun takde apa yg boleh dibekalkan.
Quote princessjay 23-3-2023 10:45 AM
ye..rm1 xcukup..klu mknn berat, standard kt kantin harga rm2 semuenye.. kt sek ank, rm1 ni blh beli fries je.. mmg bg bekal kt die rm3..extra rm1 kot die tibe2 lapar sgt..air minum air kosong bekal tu je..
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 12:15 PM
sedap nampak mee goreng dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043455 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top