CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Mana-mana Pihak Sokong LGBT - Nga Kor Ming

22-3-2023 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3096| Komen: 6

Description: Nga Kor Ming menegaskan bahawa kerajaan tidak sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempat ...
Nga Kor Ming menegaskan bahawa kerajaan tidak sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian ketika mengulas isu pembukaan sebuah bar yang mahu menampilkan persembahan 'Thai Hot Guy' bagi tujuan promosi.



FB

Perkara itu juga dilihat mempunyai elemen dalam mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.

Ujarnya, isu berkenaan dianggap terpencil namun kerajaan berpendirian tegas memerangi LGBT.

Tegasnya, tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, poster yang tular berhubung pembukaan bar itu menyaksikan sekumpulan lelaki warga Thailand berbadan sasa mengenakan pakaian wanita.

Penganjuran acara 'Thai Hot Guy' itu dijadual berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.



FB

Bagaimanapun, penganjuran acara tersebut telah menerima tentangan hebat pelbagai pihak yang mendesak agar ia dibatalkan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrseller 22-3-2023 06:18 PM
Tak sempat betina mesia nak gatal dgn ala ala arash kikikiki
Quote green~tea 22-3-2023 06:28 PM
Tak selera aku tengok... lgpun iols bukan target market kot...

batal ke tidak none of my concern...
Quote mojarean_X 22-3-2023 10:47 PM
Nga kor ming lg likeable dari guan eng.
Quote clarizsa 22-3-2023 10:49 PM
Pondan2 terkinja2 pakai mekap sejibik pompuan ramai je terlepas , yg glamer2 pun ada
Sajat je yg kena kejar smpai dh lari jauh
Quote ally9970 23-3-2023 09:47 AM
Ye ker? Boleh percaya ke?
Quote laqoyah 27-3-2023 10:34 PM
LGBT bising… budak lelaki 17 thn dah robek anak dara org tak pulak bising…

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045564 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top