CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Profesor Nak Pecah Rekod, Hidup 100 Hari Di Bawah Permukaan Laut

22-3-2023 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4906| Komen: 0

Description: Seorang lelaki ingin melakukan percubaan saintifik bagi menguji sama ada badan dan minda akan dipengaruhi peningkatan tekanan berterusan dengan merancang untuk menghabiskan 100 hari di bawah permukaan ...
Seorang lelaki ingin melakukan percubaan saintifik bagi menguji sama ada badan dan minda akan dipengaruhi peningkatan tekanan berterusan dengan merancang untuk menghabiskan 100 hari di bawah permukaan laut pada kedalaman sembilan meter.


Rekod dunia semasa bagi menghabiskan masa di bawah air dicipta pada 2014 oleh dua ahli biologi Tennessee dengan 73 hari, tetapi jika Joseph Dituri, profesor Universiti Florida Selatan berusia 55 tahun itu memenuhi matlamat ditetapkan, ia akan mengatasi rekod berkenaan.

Pada awal bulan ini, Dituri yang bergelar 'Dr Deepsea' berpindah ke Jules' Undersea Lodge di Key Largo, sebuah hotel bawah air yang mana beliau merancang untuk kekal di situ, sehingga 9 Jun depan.


IG

Setakat ini, beliau bersama pasukan pakar perubatan dan saintis merancang menjalankan satu siri ujian untuk melihat bagaimana untuk hidup di dalam air untuk jangka masa lama dapat mempengaruhi tubuh serta minda manusia.


"Tubuh manusia tidak pernah berada di bawah air selama itu, jadi saya akan dipantau dengan teliti.

"Kajian ini akan mengkaji setiap cara perjalanan ini memberi kesan kepada tubuh saya, tetapi hipotesis saya adalah akan ada penambahbaikan pada kesihatan kerana tekanan yang meningkat," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan hipotesisnya, sel yang terdedah kepada tekanan lebih tinggi meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima hari.

Beliau dan pasukan percaya peningkatan tekanan boleh meningkatkan usia panjang dan mencegah penyakit berkaitan penuaan.



Bagi mengelak air memasuki rumah persinggahan, udara mesti sentiasa dipam ke dalam ruang yang menghasilkan tekanan kira-kira 1.6 kali ganda daripada permukaan bumi.

Dalam tempoh 100 hari, beliau akan kerap dikunjungi pasukan perubatan yang menjalankan siri ujian termasuk panel darah, ultrabunyi dan elektrokardiogram.

Beliau juga akan menjalani ujian psikososial dan psikologi untuk memahami kesan mental kerana 'terperangkap' di dalam air untuk jangka masa lama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050196 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top