CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jamal Yunos Diperintah Bayar RM300 Ribu Kepada Teresa Kok

21-3-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14058| Komen: 10

Description: KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tetap diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Kim berhubung dakwaan meny ...
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tetap diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Kim berhubung dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).


Perkara itu ditetapkan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonannya untuk menggantung pelaksanaan penghakiman yang diputuskan pada 26 Julai 2022.

Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Teresa berkata, Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Mohd. Arief Emran Arifin menolak permohonan Jamal selaku defendan dengan kos RM3,000 dibayar kepadanya.


Foto: Utusan

“Mahkamah menolak permohonan (Jamal) untuk menggantung perlaksanaan penghakiman itu atas alasan tidak wujud apa-apa keadaan istimewa untuk penggantungan,” katanya ketika dihubungi wakil media selepas prosiding secara dalam talian hari ini.


Sementara itu, peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya akan merayu terhadap keputusan berkenaan.

Pada 26 Julai 2022, Teresa berjaya memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal selepas Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan samannya.

Dalam keputusan itu, JC Mohd. Arief turut mengarahkan defendan (Jamal) membayar kos RM50,000 kepada plaintif.

Ahli Parlimen Seputeh itu yang memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam penyataan tuntutan, Teresa mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 21-3-2023 07:15 PM
skerinya muka pokcik jamban kt atas tu... ada vibes mona fendy sekali imbas
Quote kakikuDibibirmu 21-3-2023 07:33 PM
Jamal Jamban tersenyum sinis
Quote Perawankota 22-3-2023 12:15 AM
Jangan minta sumbangan dari orang pulak nanti tau
Quote nolya 22-3-2023 12:21 AM
Perawankota replied at 22-3-2023 12:15 AM
Jangan minta sumbangan dari orang pulak nanti tau

Lantas akan terbelakah nasib seorang bagsa Melayu yg ini?
Quote ctaz 22-3-2023 12:30 AM
last2 betul2 jamal jamban tinggal tuala....
Quote tobobon 22-3-2023 02:02 AM
Perawankota replied at 22-3-2023 12:15 AM
Jangan minta sumbangan dari orang pulak nanti tau

hehehe..haruslah buat tabung katanya...

boleh ambil iktibar mp kepong kalah saman 2 juta..buat tabung minta derma x sampai berapa hari dah dpt 2.25 juta

bolehlah buat precedent case untuk heols
Quote mrsLucky 22-3-2023 05:25 AM
Padan muka  fitnah orang
Quote KamikuP 22-3-2023 10:34 AM
Buat le tabung nak bayo saman mcm buat crowdfunding utk majlis kenduri kahwen anaknya dulu.. ekekekeke
Quote cikatilia 22-3-2023 12:08 PM
menyampah tgk the lesung pipit
Quote Kitty_catz 22-3-2023 01:25 PM
ada ke dhuet dia ni?

mandi pagi pun tak?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045035 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top