CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hak Dirampas, Penunggang Pakat Guna Bahu Jalan Elak Kesesakan

21-3-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10349| Komen: 5

Description: Tiada pilihan, demikian pengakuan rata-rata penunggang motosikal yang menggunakan lorong kecemasan sebagai alternatif bagi mengelak kesesakan.Mereka juga menganggap laluan itu sebagai jalan paling sel ...
Tiada pilihan, demikian pengakuan rata-rata penunggang motosikal yang menggunakan lorong kecemasan sebagai alternatif bagi mengelak kesesakan.

Mereka juga menganggap laluan itu sebagai jalan paling selamat berikutan terdapat beberapa lebuh raya yang tidak mempunyai laluan khas motosikal, sekali gus menyukarkan pergerakan mereka.



Gambar hiasan

Seorang pekerja swasta, R. Morhaneraj, 34, berkata, ini adalah nasib sebagai penunggang motosikal dalam mengharungi kehidupan di Lembah Klang yang memerlukan bergerak pantas.

“Mana-mana jalan di Lembah Klang semuanya sesak, hendak guna laluan biasa kadangkala ada pengguna kereta yang menukar laluan tanpa memberikan isyarat.

“Jadi, penunggang motosikal sebenarnya berada dalam keadaan tiada pilihan. Lorong motosikal pun bukan semua lebuh raya ada,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Penunggang motosikal lain, Johari Ibrahim, 56, turut menegaskan, hanya lorong kiri atau lorong kecemasan sahaja boleh digunakan pada waktu puncak.


“Habis hendak lalu mana. Hak kami sebagai pengguna jalan raya bagaimana pula sebab semua laluan telah ‘dikuasai’ kenderaan lain.

“Tiada siapa mahu kemalangan, jika individu yang memandu kereta ada pengalaman menunggang motosikal, sudah tentu mereka akan lebih simpati kepada golongan seperti kami,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 21-3-2023 05:25 PM
Jumpa penunggang motosikal dengan ular, katok penonggeng motosikal kaki acah victim dahulu sis.
Quote pp_gurl 21-3-2023 05:32 PM
rider motor ni kadang mengundang makian gak
pagi tadi aku tersalah lane..nk masuk lane satu lagi. Jalan dah jem..mana tau kete dpn tu gerak sikit je patut dia blh gerak lg depan aku boleh la masuk
tp ruang nk cilok tu takde la sempit tak lepas ke apa
org lain elok je jalan tp ada sekor mangkuk ni siap berenti depan aku tengok muka aku mcm tak puas ati
wooiii mangkuk...jalan raya ni ada lane dia...tak tau plak aku garisan tgh tu lane motor...
Quote jfq 21-3-2023 05:35 PM
Edited by jfq at 21-3-2023 05:39 PM

Nasib kau tak ride kat europe
Some countries sana motosikal tak boleh lane split dgn kereta
Mereputla belakang kereta
Nak potong ikut standards overtake as per road transport rule
Quote pp_gurl 21-3-2023 05:36 PM
blm lagi rider mangkuk hayun yg masuk lane smart tag/rfid tu
bila palang bukak, dia lalu..
kesian kete tu masa nk lalu palang dh tutup
mmg lahanat ye motor yg mcm tu
aku rasa driver kete tu mesti menyumpah berbakul2

kalo tgh jem, kerete semua gerak 20km/j, motor2 ni nk pecut 80km/j kat atas garisan putus tu tak ke bodoh namanya
bila ada kete tukar lane ko nk maki

tgh jem ko nk menyelit2 gak..pastu tak boleh imbang motor jatuh kat kete org bercalar2 kemek tau plak ko lari takde nk ckp minta maaf...
Quote rikiruj 21-3-2023 05:54 PM
Edited by rikiruj at 21-3-2023 05:55 PM
pp_gurl replied at 21-3-2023 05:36 PM
blm lagi rider mangkuk hayun yg masuk lane smart tag/rfid tu
bila palang bukak, dia lalu..
kesian ke ...

Yang ni aku setuju banget.. kete jln slow ko bantai bawak laju kat celah2 tu apa hal.. orang nak tukar lane waima pakai signal pun ko marah siap dari jauh dah hon sebab taknak slow down.. nak menten speed.  Bukan moped & kapcai je.. yang bawak z800, harley pun perangai sama.. Rider malaysia ni ingat dia je nak cepat..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.223879 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top