CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barang Basah Dijangka Naik Harga RM3 Hingga RM5 Ramadan Ini

21-3-2023 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2024| Komen: 15

Description: Ramadan ini menjangkakan kenaikan harga barang basah RM3 hingga RM5.Tinjauan dilakukan Sinar Harian di Pasar Besar Jelawat mendapati rata-rata peniaga mengeluh terpaksa berdepan dengan situasi tersebu ...
Ramadan ini menjangkakan kenaikan harga barang basah RM3 hingga RM5.

Tinjauan dilakukan Sinar Harian di Pasar Besar Jelawat mendapati rata-rata peniaga mengeluh terpaksa berdepan dengan situasi tersebut.


Mereka mendakwa ia berpunca daripada permintaan tinggi selain faktor cuaca yang tidak menentu.

Peniaga sayur, Raja Zatil Hidayah Raja Abdullah, 31, berkata, harga sayuran sukar diramal kerana mereka merupakan 'orang ketiga'.


Raja Zatil

"Harga turun naik setiap hari, dan menurut kata peniaga lain, pemborong telah memberi makluman awal tentang kenaikan harga pada Ramadan nanti.

"Seperti hari ini (Selasa) timun naik RM2 sekilogram berbanding sebelumnya hanya RM5 dan dijangka Ramadan nanti ia akan mencecah hingga RM8," katanya.

Ujar dia, begitu juga lada merah ada kenaikan RM4, iaitu RM14 sekilogram dan limau nipis meningkat kepada RM3 iaitu sekitar RM9.


Bagi pemborong ikan, Datuk Zulkifli Mohd Yakob berkata, harga ikan mengalami kenaikan RM1 hingga RM2 sekilogram kerana nelayan tempatan kurang turun ke laut pada bulan puasa.

"Kita bergantung kepada ikan import sekarang dan harga yang ditawarkan ialah selayang (RM10), tongkol (RM10) manala selar sekitar RM15 hingga RM16.

"Ia bergantung kepada stok yang ada, jika bekalan sukar diperoleh kita terpaksa naikkan harga namun bukan sesuka hati tetapi mengikut kadar yang ditetapkan," katanya.

Peniaga ayam, Adam Azman, 26, pula memberitahu, harga ayam stabil iaitu masih kekal dengan RM9.40 sekilogram.

Ujar dia, ketika ini peniaga berdepan dengan masalah saiz ayam yang melebihi berat dua kilogram dan ke atas untuk seekor.

Tambahnya, situasi itu membuatkan orang ramai berfikir sejenak untuk membeli ayam.

"Namun sebagai peniaga kami cuba pelbagai cara bagi memastikan semua ayam laris terjual" katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-3-2023 02:29 PM
Semoga PKR anjur demo tuntut kerajaan turunkan harga barang
Quote gigahertz 21-3-2023 03:17 PM
nanti lepas habis raya harga barang naik lagi.
tapi naik bukan sebab perayaan.
Quote capiloton 21-3-2023 03:23 PM
bazar ramadan konfem la mahal makanan nya

nasik berlauk mesti naik paling koman sekitar 10 hengget ke atas
Quote lil_honey 21-3-2023 03:25 PM
lauk paling koman pun nak beli satu je dah RM6...adehh
Quote stingerbumpy 21-3-2023 03:29 PM
kemaruk replied at 21-3-2023 02:29 PM
Semoga PKR anjur demo tuntut kerajaan turunkan harga barang

ANWART! JAHIT! ANWART! JAHIT! ANWART! JAHIT!

laungan manakew yg jadi panji panji ko kimarkruk,hari ini?

Kahkahkahkahkshkab
Quote ninja boy 21-3-2023 03:30 PM
Edited by ninja boy at 21-3-2023 03:45 PM

Org aman2 kutip sayur tepi rumah tepi ofis fabric pasu bertingkat2 sayur atas rooftop sayur tumpang melilit pokok besar, lagi tahun lepas dah cakap tanam apa saja, ayam ikan itu seminggu 3x okey ja, sayur tanam2 wajib ada keladi ubi ulam raja pegaga kacang panjang bendi kacang botol keledek nanas papaya, tanam secara berkala setiap 2 bulan, kemudian tabur ulam raja kacang botol dan ubi di rumah2 jiran 1 -2 lorong penuh sayur
Quote stingerbumpy 21-3-2023 03:30 PM
lil_honey replied at 21-3-2023 03:25 PM
lauk paling koman pun nak beli satu je dah RM6...adehh


Sesia jadi barua laki selama ini jika ini jadi kerisauan ko dan bukannyer kerunsingan laki yg sewajarnyer gives the family this very basic needs....
Quote rospinki 21-3-2023 03:31 PM
lepas raya nti akan ada benda lain naik
apadia?








badan naik
Quote sangbara2020 21-3-2023 03:51 PM
mmm.....nak duk negara mn yg murah2 nih
Quote zuliana29 21-3-2023 03:52 PM
barang kering pun mahal ni.. cane huhu..
tp tgk la nanti, bazar ramadhan tetap sesak walau mahal mcm mana sekalipun
Quote Bipolajourney 21-3-2023 04:21 PM
stingerbumpy replied at 21-3-2023 03:30 PM
Sesia jadi barua laki selama ini jika ini jadi kerisauan ko dan bukannyer kerunsingan laki yg sewa ...

mesti sebab Sting dengki kerana dia sendiri tak berbini
Quote _blackbird 21-3-2023 04:39 PM
itu lah guna nya berpuasa
Quote Lagubestbest 22-3-2023 12:19 AM
Edited by Lagubestbest at 22-3-2023 12:23 AM

sblm covid lepas balik masjid otw sblm sampai rumah tu tapau mee goreng ke kueteow ke seronok jugak sesaja makan lepas isyak ke bukan untuk kenyang pun. skrg macam mula terasa woo.. dengan portion sikit, ingredients macam berkira dan rege sebungkus pun hampir RM10 dah, lagi2 kalau beli tiga empat bungkus sekali untuk family. rm50 dah takde nilai dah.
Quote ctaz 22-3-2023 12:32 AM
selagi BN ada dlam kerajaan....
kompom la Barang Naik......

lafizi mana...lafizi mana....
Quote Lagubestbest 22-3-2023 12:32 AM
Edited by Lagubestbest at 22-3-2023 12:35 AM
stingerbumpy replied at 21-3-2023 03:30 PM
Sesia jadi barua laki selama ini jika ini jadi kerisauan ko dan bukannyer kerunsingan laki yg sewa ...

jgn takbur. nak ke lepas pergi beli barang basah kat pasar pagi lepak gerai roti canai jap tapi rege teh tarik panas RM5 secawan? kalau gini la keadaan sekarang tak mustahil bakal terjadi tau tak dalam masa tak sampai 5 tahun dari sekarang. ni bukan salah laki, ni salah riba dalam sistem kewangan. depa yang pegang sistem takpe la sehari sebelum company melingkup boleh pulak management atasan amek bonus+gaji sampai 1billon terus makan tak abes 7 keturunan.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.236824 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top