CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rupert Murdoch Masih Gagah, Bakal Berkahwin Kali Ke-5 Di Usia 92 Tahun

21-3-2023 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2674| Komen: 11

Description: Jutawan media Rupert Murdoch selamat mengikat tali pertunangan dengan bekas paderi polis San Francisco Ann Lesley Smith, sekali gus menjadikan ia perkahwinan kelima Pengerusi Fox Corp berusia 92 tahun ...
Jutawan media Rupert Murdoch selamat mengikat tali pertunangan dengan bekas paderi polis San Francisco Ann Lesley Smith, sekali gus menjadikan ia perkahwinan kelima Pengerusi Fox Corp berusia 92 tahun itu.


Berita gembira itu disahkan jurucakap Murdoch pada Isnin.

Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang anggur Murdoch di California, Amerika Syarikat (AS).


New York Post

"Saya amat takut untuk jatuh cinta lagi tapi saya tahu ini merupakan kali terakhir. Saya sangat gembira," katanya kepada New York Post.

Murdoch menceraikan isteri keempatnya Jerry Hall tahun lepas.

Smith juga pernah berkahwin kepada seorang penyanyi dan eksekutif radio dan TV, Chester Smith sebelum suaminya meninggal dunia 14 tahun lalu.

"Ini merupakan satu hadiah daripada Tuhan. Kami bertemu pada bulan September tahun lepas," katanya kepada New York Post.


Perkahwinan mereka bakal diadakan pada musim panas tahun ini.

Sebelum ini Murdoch pernah berkahwin dengan seorang pramugari Patricia Booker, seorang wartawan Anna Man selain usahawan kelahiran China Wendi Deng.

Murdoch mempunyai enam anak daripada ketiga-tiga perkahwinan ini.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 21-3-2023 01:47 PM
dh reput pun sibuk nk kawen
Quote Kitty_catz 21-3-2023 01:48 PM
konek masih function?
Quote faraway1 21-3-2023 03:12 PM
Teman berbual agaknya, teman tengok Netflix sesama sambil minum wine
Quote Rogue98 21-3-2023 03:18 PM
Tok Saka sebok dgn agenda melayu ke hulu ke hilir takde kerja asik ratib melayu pemalas tapi nak melayu sokong dia jugak.
Kan elok mcm Rupert ni..
Quote supernaturalee 21-3-2023 03:20 PM
biar lah
untung2 ada nama dlm will


Quote doridori_hi 24-3-2023 03:36 AM
Kesian acik Jerry Hall kena dump...cantik gila sheols
Quote noor2 24-3-2023 05:22 AM
Kitty_catz replied at 21-3-2023 01:48 PM
konek masih function?

Rasanya tak dah.....

Tapi best perempuan tu dpt laki kaya ....yg penting duit
Quote sukacactus 24-3-2023 05:43 AM
Kaya raya sentiasa laku dlm pasaran
Quote primarikey 24-3-2023 06:56 AM
faraway1 replied at 21-3-2023 03:12 PM
Teman berbual agaknya, teman tengok Netflix sesama sambil minum wine

Seronok la...dh ada 4 kwn skrg
Quote lkick2113 24-3-2023 09:45 AM
Rogue98 replied at 21-3-2023 03:18 PM
Tok Saka sebok dgn agenda melayu ke hulu ke hilir takde kerja asik ratib melayu pemalas tapi nak mel ...

hahahaha... org tua tu ingat Malaysia ni dia sorang punya???
Quote alongweeda 24-3-2023 03:24 PM
is all about money ehhh silap about love hahahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.148758 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top