CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perbicaraan Kes Ditangguh, Siti Nuramira Masuk Wad Kena Viral Gastroenteritis

21-3-2023 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2140| Komen: 1

Description: Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komediri (stand up comedy) ditangguh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas wanita itu dimasukkan ke Pusat P ...
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komediri (stand up comedy) ditangguh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas wanita itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.


Mahkamah diberitahu peguam R. Sivaraj bahawa Nuramira diberikan cuti sakit selepas didiagnos mengalami viral gastroenteritis setelah diserang demam, muntah dan kekejangan perut.

Jelasnya, beliau menerima salinan digital sijil cuti sakit daripada Siti Nuramira yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp pagi ini dan penjamin wanita itu sudah diminta hadir ke mahkamah membawa surat berkenaan dan menjelaskan isu ketidakhadiran wanita itu.


Harian Metro

Hakim Norhasniah Ab. Razak kemudian meminta peguam bela mengemukakan telefon bimbitnya ke mahkamah bagi membolehkan sijil cuti sakit itu diperiksa.

“Dalam ni (sijil cuti sakit) tiada ditulis dia dimasukkan ke wad atau nombor wad serta tarikh kemasukan. Cuti sakit juga hanya sehari,” jelas hakim berkenaan selepas memeriksa sijil cuti sakit itu.


Beliau kemudian menangguhkan perbicaraan hingga esok selepas penjamin Siti Nuramira hadir dan mengemukakan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

Mahkamah sepatutnya menyambung perbicaraan hari ini dengan mendengar keterangan hos sukarela di Crack House Comedy Club pada sesi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.

Prosiding soal balas itu berkaitan rakaman video berdurasi dua minit yang ditayangkan di mahkamah yang didakwa memaparkan seorang wanita membuat persembahan komediri sebelum membuka tudung dan baju kurung dan mengutarakan kata-kata kesat.

Sesi soal balas itu ditangguhkan ke hari ini bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan salinan rakaman video dan diserahkan kepada pembelaan.

Semalam, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26, yang juga saksi pendakwaan pertama memberitahu, Siti Nuramira menyentuh isu agama ketika membuat persembahan komediri sehingga mengejutkan pengunjung premis itu.

Pereka grafik itu turut mendakwa, wanita tersebut menggunakan kata-kata kesat sehingga menimbulkan reaksi bercampur dalam kalangan pengunjung menyebabkannya terpaksa meneutralkan keadaan.

Siti Nuramira, 27, didakwa atas pertuduhan menghina Islam ketika membuat persembahan di Crack House Comedy Club, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail di sini kira-kira pukul 6 petang, 4 Jun 2022.

Siti Nuramira yang mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran, didakwa atas pertuduhan pindaan membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam lain.

Rakaman video kejadian itu tular di media sosial kerana didakwa mencetuskan kontroversi tidak bermoral yang membawa kepada pendakwaan terhadapnya pada 13 Julai 2022.

Pegawai eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) itu didakwa melakukan perbuatan tersebut mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 23-3-2023 01:56 PM
Jijik siot tgk video dia jejoget pakai dress merah tu..swingersdan suka nau parti liar

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.041927 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top