CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Salah Tak Baca Betul-Betul' - Azhan Rani Tiada Niat Persenda Peminat

21-3-2023 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3422| Komen: 25

Description: Azhan Rani mengakui ralat dengan kesilapannya terlepas pandang terhadap komen ditinggalkan peminat di Tik Tok.Tegas pelakon itu, dia langsung tidak berniat mempersendakan peminat itu sebaliknya terlep ...
Azhan Rani mengakui ralat dengan kesilapannya terlepas pandang terhadap komen ditinggalkan peminat di Tik Tok.

Tegas pelakon itu, dia langsung tidak berniat mempersendakan peminat itu sebaliknya terlepas pandang kerana membalas komen berkenaan pada waktu pagi.



IG

"Kesilapan saya tidak membaca dengan betul, tiada langsung sekelumit niat untuk mempersenda. Malah, saya juga sudah memohon maaf kepada individu itu."

"Saya baru perasan apabila komen berkenaan menjadi viral di Tik Tok. Saya begitu menyesali kesilapan saya kerana tidak membaca dengan betul.

"Apatah lagi, perkara yang saya terlepas pandang itu mengenai seseorang yang kehilangan ibunya. Sukar untuk diluah rasa bersalah itu," kata Azhan menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, pengguna media sosial bernama Nur Nabila Samsudin yang juga peminat kepada Azhan berkongsi arwah ibunya meminati lakonan pelakon itu.


"Allahuakbar… Malu saya. Sampaikan salam saya pada mak. Semoga sihat walafiat," tulis Azhan.

Menyedari komen yang menjadi viral itu, Azhan membuat permohonan secara terbuka di komen berkenaan.

"Allahuakbar.. Maaf saya terlepas pandang baca. Maafkan saya. Al Fatihah untuk arwah bonda awak. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," tulisnya lagi.

Peminat berkenaan menyambut baik permohonan maaf Azhan dan mendoakan agar pelakon itu terus terbang tinggi dalam bidang lakonan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-3-2023 01:34 PM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...
Quote KamikuP 21-3-2023 03:05 PM
Masa dia berlakon jadi AR Tompel tu mmg menjadi wataknya
Quote heythere123 21-3-2023 03:09 PM
mungkin ye kot heols salah baca, kalau tengok  cara heols reply pon takde sentap ke apa
Quote exclusive_vvip 21-3-2023 03:14 PM
sebut bab sentap ni, hakak hoji hali setan pun senang sentap ngan komen org..org puji pun x kena..baru ni lalu kat ig iols, latest post sheols..ada org komen muka sebijik arwah bapak pun dia gigih nak betulkan ayat..
Quote namieamuro 21-3-2023 03:18 PM
die bace sekali imbas ler tu. ok je kan die perbetul balik salah die. bkn panjangkan chite lagi mcm ali setan yg dah salah dah kalah tapi tetap nyombong bongkak tanak rendahkan diri.
Quote sangbara2020 21-3-2023 03:43 PM
hat mn komen nya...iolls xde ig ke hape
Quote silampumeja 21-3-2023 03:49 PM
Perawankota replied at 21-3-2023 05:34 AM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...

Ye... Mid life crisis agaknya jugak ...
Quote Blessed_Servant 21-3-2023 03:58 PM
Ha at last ada juga yg raise up isu ni. Dia ni selalu bila jawab komen peminat memang macam gampang. Tak boleh jawab elok2. I follow ig dia.
Quote sayurmayur88 21-3-2023 04:20 PM
ok lh, manusia mana x buat silap, dia x sengaja. chills la
Quote Rotipitadaging 21-3-2023 06:57 PM
Blessed_Servant replied at 21-3-2023 03:58 PM
Ha at last ada juga yg raise up isu ni. Dia ni selalu bila jawab komen peminat memang macam gampang. ...

Gampang2 pun follow jugekkk...
Quote Blessed_Servant 21-3-2023 07:16 PM
Rotipitadaging replied at 21-3-2023 06:57 PM
Gampang2 pun follow jugekkk...

Biasa lah dah retis kan.Kalau pos2 retis tu annoying i memang takkan unfollow nanti ada crita hot dia private ig dah tak bleh stalk. Gittuh i fikir. So i mute je la.
Actually I start adore n follow dia pun lepas drama Nur tu. Eh kalau u follow dia baca cara dia reply komen fans dia u’ll know what i mean. Xtau la kalau u ok dengan cara orang jawab macam tu.
Quote fcl29 21-3-2023 07:17 PM
Perawankota replied at 21-3-2023 01:34 PM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...

setuju........
Quote hanihan16 21-3-2023 07:19 PM
apa komen yg dia salah baca tu
Quote fcl29 21-3-2023 07:26 PM
Blessed_Servant replied at 21-3-2023 03:58 PM
Ha at last ada juga yg raise up isu ni. Dia ni selalu bila jawab komen peminat memang macam gampang. ...

aku start suka n folo dia ms citer astro ramadan.. geng surau kot.. lps tu aku support citer2 dia.. penah terserempak dia irl then aku bgtau dlm ig, dia reply.. aah lg aku suke
tp bila ada satu ms tu, aku komen lg kat ig dia pasal jalan citer satu drama tu x best.. konon bg komen membina.. tp dia delete komen aku! kecewa.. emm start dr tu, trust cancel minat dia dan unfollow..
sekian.. dr peminat yg tersakiti
Quote Blessed_Servant 21-3-2023 07:47 PM
fcl29 replied at 21-3-2023 07:26 PM
aku start suka n folo dia ms citer astro ramadan.. geng surau kot.. lps tu aku support citer2 dia. ...

Kan, terus turn off.I memang perhati je cara dia reply komen sebelum ni. Mungkin cara dia dah macam tu tapi dengan kawan2 retis boleh pulak reply elok2. Patutnya kalau ikut logic i lah, dengan member lah boleh cakap lebih kurang sebab dah sama2 kenal dah kamceng kan. Fans tu strangers kot. Kecewa fan bila kena reply macam tu dengan setat madi.Ada dah hari tu yg tegur dia sampai dia buat satu post nak jawab elok2 balik soalan fan dia tu.Lepas tu sama je dia buat prangai lagi. Tak berubah pun.
Quote caramello 21-3-2023 08:05 PM
Bab sentap, bab nk menganjeng serah pd dia la..menyampah gak kdg2 bajet bagus konon2 aktor gred A je dia ni
Quote lazim 21-3-2023 09:16 PM
exclusive_vvip replied at 21-3-2023 03:14 PM
sebut bab sentap ni, hakak hoji hali setan pun senang sentap ngan komen org..org puji pun x kena..ba ...

lagi satu cepwan. kdg2 fans dia bergurau atau puji dia pun dia blh salah phm jadi mcm org mngata dia
Quote dudaberhias 21-3-2023 09:22 PM
Perawankota replied at 21-3-2023 01:34 PM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...

tu sebab soul heols adalah women
persis ponen2 lain yang kaki sentap tapi si nazimah janda tu elok plak yer heols tak layan kecaman2... tu yang masih kekal relevan... walaupun baru2 ni gigih nak tayang badan kat abam top untuk henyak heols kat dalam keta
Quote Suchi 21-3-2023 09:38 PM
Dh tu mana komen yg salah tu?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.165917 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top