CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larangan Guna Imam Luar Bagi Solat Tarawih Ditetapkan Sejak 2015 Bagi Beri Laluan Kepada Imam Tempatan

21-3-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2071| Komen: 1

Description: Surau dan masjid di Selangor dilarang menggunakan khidmat imam luar negara bagi pelaksanaan solat tarawih sepanjang Ramadan.Larangan atau sekatan yang ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sej ...
Surau dan masjid di Selangor dilarang menggunakan khidmat imam luar negara bagi pelaksanaan solat tarawih sepanjang Ramadan.

Larangan atau sekatan yang ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sejak 2015 itu adalah bagi memberi laluan sepenuhnya kepada imam tempatan, asatizah, graduan dan pelajar tahfiz tempatan yang juga menguasai aspek al-Quran yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah sebagai imam.



Gambar hiasan

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pembabitan anak tempatan dan pelajar keluaran sistem pendidikan Jais dalam pelbagai disiplin ilmu agama sebagai imam solat tarawih dibuat agar Ramadan dapat dijadikan sebahagian daripada medium latihan, pengukuhan, keyakinan dan outreach huffaz bersama masyarakat.

"Ketetapan juga dibuat sebagai antara usaha menyediakan imam pelapis untuk mengisi keperluan imam di masjid dan surau di Selangor pada masa hadapan.


"Keputusan ini juga dibuat bagi mengatasi wujudnya segelintir individu atau pihak yang menjadi perantara yang menawarkan imam dari luar negara dengan kadar bayaran tertentu, namun dalam masa yang sama menyebabkan peminggiran imam sedia ada, imam tempatan dan huffaz di negeri ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ada juga situasi apabila imam luar negara menimbulkan beberapa isu membabitkan perbezaan mazhab dan mengambil kesempatan mengutip derma untuk faedah dan manfaat orang Islam yang tidak mendapat kebenaran mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Katanya, keputusan itu juga selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-3-2023 12:48 PM
surau kt rmh iols thn lps import 2 org budak tahfiz
sedap bacaan
loud & clear
xdan nk ngantuk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052182 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top