CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Temukan Kawasan Rizab Emas Hampir 50 Tan Metrik, Bernilai RM13.5 Trilion

20-3-2023 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8922| Komen: 11

Description: BEIJING: China baru-baru ini berjaya menemukan kawasan deposit emas yang besar dengan rizab hampir 50 tan metrik yang boleh dijual sekitar AS$3 trilion (RM13.5 trilion) pada harga pasaran semasa.
BEIJING: China baru-baru ini berjaya menemukan kawasan deposit emas yang besar dengan rizab hampir 50 tan metrik yang boleh dijual sekitar AS$3 trilion (RM13.5 trilion) pada harga pasaran semasa.

Biro Geologi dan Sumber Mineral Wilayah Shandong berkata, deposit emas itu terletak di luar bandar Bandar Rushan, Wilayah Shandong, timur China.

“Kawasan deposit emas itu meliputi sebuah kawasan yang luas. “Bijih mudah dilombong dan dipakai,” kata biro berkenaan.

Wilayah Shandong kaya dengan sumber emas dengan pengeluaran yang lebih besar daripada mana-mana kawasan wilayah lain di seluruh China sejak empat dekad yang lalu.


Foto: Agensi

Timbalan Ketua Briged Geologi ke-6 di biro itu, Zhou Mingling berkata, pencari dilaporkan menggali lebih 250 lubang sedalam 1,400 meter untuk mencari deposit itu.

Penilaian kerajaan menunjukkan deposit itu boleh menghasilkan 2,000 tan metrik bijih emas untuk sekurang-kurangnya 20 tahun. -CARI


Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 20-3-2023 06:56 PM
Cukup buat matawang ni
Quote totokreturn. 20-3-2023 07:07 PM
btul ka emas, silap2 taik menatang apa ntah ko dok gebang cakap emas
Quote Perawankota 20-3-2023 10:04 PM
Ingatkan temukan rizab di tanah melayu
Quote gigahertz 20-3-2023 11:09 PM
Perawankota replied at 20-3-2023 02:04 PM
Ingatkan temukan rizab di tanah melayu

yang kat malaysia tak berusik lagi.
start dari zaman portugis sampai la belanda datang british dapat ke Jepun.
Quote shernazz 20-3-2023 11:29 PM
totokreturn. replied at 20-3-2023 07:07 PM
btul ka emas, silap2 taik menatang apa ntah ko dok gebang cakap emas

Bijih besi pung kaler mcm gold juga
Quote Perawankota 20-3-2023 11:33 PM
gigahertz replied at 20-3-2023 11:09 PM
yang kat malaysia tak berusik lagi.
start dari zaman portugis sampai la belanda datang british dap ...

Maknanya banyak lagilah sumber kita
Quote gigahertz 21-3-2023 12:15 AM
Perawankota replied at 20-3-2023 03:33 PM
Maknanya banyak lagilah sumber kita

ada. kan ada kes 3-4 tahun lepas
kes kantoi lori keluar masuk dalam hutan kat Pahang.
melibatkan warga asing dan warga China.
rupanya diaorang tengah korek emas.


Quote Dwdrum 21-3-2023 12:36 AM
gigahertz replied at 20-3-2023 02:56 AM
Cukup buat matawang ni

China gdp lagi tinggi
Quote batmana 21-3-2023 12:47 AM
.mana lagi bernilai..emas ke minyak
Quote gigahertz 21-3-2023 01:17 AM
batmana replied at 20-3-2023 04:47 PM
.mana lagi bernilai..emas ke minyak

Emas la. Minyak nilai paut pada USD
Quote B40tastePosh 21-3-2023 01:23 AM
Tanda Allah memberkati Parti Komunis China kata ummah Melayu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.281761 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top