CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Lepas Bergaduh Dengan Kekasih Gelap Isteri Depan Balai Polis

20-3-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6316| Komen: 5

Description: Bangkok: Tragisnya kisah cinta tiga segi apabila seorang lelaki maut selepas bergaduh dengan kekasih gelap isterinya di hadapan balai polis di wilayah Nonthaburi dekat sini pada malam Rabu.
Bangkok: Tragisnya kisah cinta tiga segi apabila seorang lelaki maut selepas bergaduh dengan kekasih gelap isterinya di hadapan balai polis di wilayah Nonthaburi dekat sini pada malam Rabu.

Portal Thaiger melaporkan, mangsa yang berusia 41 tahun bernama Suwat membawa isterinya, Bee, 30, dan orang ketiga, Wichai Phatyen, 35, ke Balai Polis Bang Mae Nang di Nonthaburi pada petang 15 Mac untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka.

Seorang pegawai memberikan beberapa cadangan kepada ketiga-tiga mereka untuk berdamai malangnya nasihat itu gagal menyelesaikan keadaan.


Foto: Thaiger

Sebaliknya, Suwat dan Wichai bertengkar di hadapan balai polis dan pergaduhan semakin teruk apabila Suwat dipukul dengan kuat oleh Wichai menyebabkan dia jatuh kemudiannya tidak sedarkan diri.

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan memberikan Suwat bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR) selama lebih 20 minit tetapi usaha mereka gagal menyelamatkan nyawanya.


Polis melaporkan isteri Suwat, Bee sudah lama menjalin hubungan sulit dengan Wichai.

Pada malam kejadian, Suwat pergi ke rumah Wichai untuk mendesak Bee pulang ke rumah tetapi gagal mencapai kata sepakat hingga mereka memutuskan untuk pergi ke balai polis bagi menyelesaikan masalah.

Ibu Wichai, Wan yang berusia 49 tahun ketika memberitahu media tempatan mendedahkan yang Bee kerap bertemu anaknya di rumah keluarga mereka.

Wan tahu Bee mempunyai suami dan seorang anak jadi cuba meyakinkan wanita berkenaan untuk memutuskan hubungan dengan Wichai beberapa kali, tetapi tidak berjaya.

Tambah Wan, Wichai juga cuba untuk menghentikan hubungan itu tetapi Bee tetap melawatnya dan tinggal bersama Wichai lebih lama.

"Anak saya bukanlah seorang yang jahat. Dia seorang yang rajin dan fokus kepada kerja untuk membayar keretanya. Satu-satunya tabiat buruknya adalah minum alkohol.

"Saya tak tahu nak buat apa sekarang. Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyelamatkannya," katanya.

Berikutan kesalahan dilakukan, Wichai didakwa mengikut Seksyen 209 Undang-undang Jenayah atas pertuduhan menyebabkan kematian orang lain secara tidak sengaja melalui keganasan fizikal.

Jika sabit kesalahan, Wichai boleh dihukum penjara tiga hingga lima tahun atas perbuatannya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 20-3-2023 05:32 PM
wichai umur 35, mak wichai umur 49.
Quote hokeypokey 20-3-2023 06:43 PM
mudanya mak wichai
Quote intan244 20-3-2023 07:56 PM
3~5 tahun saja no. bini dia tu pon patut masuk dlm lagi lama. sundalan betul.
Quote edayildiz 20-3-2023 08:06 PM
setia la pd satu ..
Quote rogayahtop 20-3-2023 08:30 PM
curious nak tau apa cadangan abang polis bangkok tu. bermadu ke?


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.181569 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top