CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Ibu Bapa Tinggalkan Bayi Sendirian Tidur Di Luar, Di Jalan Dan Bawah Pokok

20-3-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5023| Komen: 5

Description: Oslo: Tular di media sosial amalan ibu bapa yang meninggalkan bayi di luar rumah tanpa pengawasan semasa cuaca sejuk.
Oslo: Tular di media sosial amalan ibu bapa yang meninggalkan bayi di luar rumah tanpa pengawasan semasa cuaca sejuk.

Terbaharu, satu rakaman video memaparkan bayi sedang tidur dalam kereta sorong ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan, lapor portal Insider.


Pada 14 Februari lalu, pempengaruh TikTok Australia, Olly Bowman memuat naik video dengan hantaran menunjukkan sekumpulan bayi ditinggalkan bersendirian dalam kesejukan di Norway.


Foto: AP

Dalam rakaman itu, Bowman merakamkan dirinya sambil menunjukkan kereta sorong bayi yang berbaris di jalan tanpa kelihatan ibu bapa.

Video Bowman ditonton lebih 3.4 juta orang dan menerima lebih 4,000 komen serta 1,188 tanda suka.

Sebahagian penonton terkejut dengan amalan itu, namun ramai beranggapan positif bahawa ibu bapa tidak bimbang untuk meninggalkan bayi mereka tanpa pengawasan berbanding di Amerika Syarikat (AS), ibu bapa bimbang keselamatan anak mereka di sekolah.


"Bayi ditinggalkan di luar semasa ibu membeli-belah, dan di Amerika, kami takut untuk menghantar anak ke sekolah," komen seseorang di video Bowman.

Ini bukan kali pertama konsep itu menjadi tular kerana pada September 2022, pempengaruh dan ibu kepada empat anak, @annieineventyrland memuat naik video mengenai amalan sama di Denmark.

Dalam TikTok yang ditonton lebih 16 juta kali, rakaman menunjukkan kereta sorong bayi terbiar di jalan dan bawah pokok boleh dilihat dengan mendakwa amalan itu bukan hanya norma budaya tetapi disyorkan bidan serta jururawat.

Perdebatan di media sosial mengenai amalan itu bermula sejak Januari 2020 apabila pemuzik Denmark, Amalie Bruun menyiarkan di Instagram gambar anaknya berusia empat bulan sedang tidur di luar.

Satu kajian diterbitkan pada 2008 mendapati bahawa kanak-kanak tidur lebih lama di luar berbanding dengan tidur siang di dalam rumah, serta menyimpulkan konsep itu amalan biasa ibu bapa di Finland, seawal bayi mereka berusia dua minggu.

Terdapat potensi manfaat untuk keadaan tidur di luar termasuk tidur lebih lama dan berkualiti serta mengurangkan pendedahan kepada kuman berbanding tidur dalam rumah, kata perunding di London, Katie Palmer kepada Insider.

Namun terdapat juga risiko termasuk hipotermia pada musim sejuk dan sinaran matahari pada musim panas mendedahkan kepada pencemaran serta risiko penculikan jika ibu bapa tidak mengawasi anak mereka.

Palmer berkata, beliau tidak menggalakkan atau menghalang ibu bapa membiarkan bayi mereka tidur di luar dengan syarat mereka berada dalam keadaan selamat, waras serta mengawasi bayi mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 20-3-2023 05:08 PM
Ini normal for Nordic countries.  In Finland u beranak u dapat give a box with babies essential hadiah dari kerajaan, dan babies tu akan tidur dalam box tu.  Parental leave benefit pun best kat sana.
Quote dua_chzy 20-3-2023 06:09 PM
Ini dah lama practice berkurun2 budaya Nordic sana. Antibodi jadi kuat katanya.
Quote gekkou 20-3-2023 06:20 PM
ini bukan benda baru di negara luar
kat malaysia siap tinggal anak dalam kereta berkunci
lepas tu lebih sayang cermin kereta daripada anak
Quote tahanie 21-3-2023 08:40 AM
Pernah baca pasal ni. Bila sampai nap time memang dia siapkan anak dan letak luar rumah dalam stroller.
Quote cattiecute 21-3-2023 09:43 AM
biar la budaya negara sana nak letak anak luar rumah ke atas rumah ke
jangan samakan dengan  budaya malaysia tercinta

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046006 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top