CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tak Datang Majlis Kahwin Sendiri Sebab Terlupa, Pihak Perempuan Tuntut Ganti Rugi

20-3-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4793| Komen: 9

Description: Seorang lelaki mengejutkan ramai apabila dia terlupa hadir ke majlis perkahwinan sendiri.
Seorang lelaki mengejutkan ramai apabila dia terlupa hadir ke majlis perkahwinan sendiri.

Ia berlaku gara-gara lelaki dari kampung Sultanganj di Bhagalpur, Bihar di India itu mengambil terlalu banyak minuman keras.


Difahamkan dia mengambil minuman keras yang berlebihan itu sempena meraikan majlis perkahwinannya.

Gambar Hiasan

Dalam kejadian itu, pengantin perempuan dan keluarganya menunggu pengantin lelaki di majlis tetapi hampa pasangannya tidak muncul.

Sebaik pengantin lelaki menyedari dirinya terlupa mengenai majlis berkenaan, dia kemudian bergegas ke rumah pengantin perempuan.

Bagaimanapun, pengantin perempuan enggan berkahwin dengannya kerana dia tidak mahu menghabiskan hidupnya dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Keluarga pengantin perempuan juga menuntut keluarga pengantin lelaki suapaya membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi terhadap kos mengadakan majlis perkahwinan.


Malah, terdapat insiden di mana keluarga pengantin perempuan menjadikan beberapa ahli keluarga pengantin lelaki sebagai tebusan.

Susulan kejadian itu, polis dihubungi untuk ke lokasi kejadian dan situasi kemudian berjaya dikawal. -CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cranell 20-3-2023 04:38 PM
nah kau siap buat tebusan terus.
Quote printercomel 20-3-2023 06:33 PM
Kt luar negeri pun masih boleh dipakai pepatah “tak mabuk bukan ……”
Quote WeAiNe 20-3-2023 07:10 PM
bagus ko dek dah tahu awalan pangei cam shial ni
tahu mabuk kongkek pukul
jahanam hidup ko dapat laki macam ni
Quote primarikey 20-3-2023 07:59 PM
Seluruh keluarga pengantin lelaki ke mabuk
Sampai xde yg nk ingatkn pengantin tu
Pesta todi ke sekeluarga
Quote capiloton 20-3-2023 08:12 PM
apa nak heran,
sampai ke sini kaum leluhur bawa budaya mabok todi  
Quote krustykrab 20-3-2023 08:41 PM
Mujur tunjuk perangai sblm sah..
Quote B40tastePosh 20-3-2023 08:44 PM
Elok lah putus awal²..jangan dah beranak pinak dia buat perangai, lagi naye
Quote bitterchoc 21-3-2023 12:03 AM


Hahahaha

Quote sayurmayur88 22-3-2023 03:50 PM
perkara2 pelik ni dua negara je; kalau bukan India, China !!
kdg2 ada lah sikit Indon

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.206197 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top