CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Buang Hantu Di Badan- Wanita Tua Macam Dipukau, Serah Duit Beribu Ringgit Dan Barang Kemas Pada Orang Tak Dikenali

20-3-2023 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3416| Komen: 6

Description: Jempol: Seorang wanita warga emas kerugian RM2,000 selepas diperdaya supaya kononnya membuang hantu yang ada di badannya.
Jempol: Seorang wanita warga emas kerugian RM2,000 selepas diperdaya supaya kononnya membuang hantu yang ada di badannya.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, mangsa berusia 69 tahun didatangi tiga individu wanita yang tidak dikenali ketika berada di Pasar Lama Bahau dan seorang suspek kemudian menegur mengenai hantu yang mengikut mangsa.


Katanya, ketiga-tiga suspek mendakwa boleh membersihkan dan membuang hantu di badan mangsa tanpa meminta sebarang bayaran pada awalnya.

Gambar Hiasan

"Mangsa kemudian bersetuju sebelum seorang suspek meminta mangsa pulang ke rumah mengambil wang dan barang kemas bagi upacara membuang hantu.

"Dia diminta menyerahkan wang dan barang kemas di tepi sebuah bank di Bahau bagi upacara membuang hantu dijalankan," katanya

Hoo berkata, selepas menyerahkan wang tunai RM1,000, dua utas rantai leher, satu utas rantai tangan dan dua bentuk cincin, mangsa diberi dua botol air mineral kecil dan satu bungkus garam.


Katanya, mangsa kemudian diminta pulang dan tidak dibenarkan memandang ke arah belakang.

"Sebaik tiba di rumah, anak mangsa bertanya mengenai air serta garam berkenaan dan mangsa menceritakan kejadian sebelum anak memberitahu mangsa sebenarnya sudah ditipu.

"Mangsa kemudian mendakwa dipukau dan ditipu oleh suspek dan mengalami kerugian sebanyak RM2,000," katanya.

Hoo berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 20-3-2023 02:04 PM
Kesian. Sebenarnya banyak kes macam ni. Tapi susah nak sabitkan pelaku.
Quote supernaturalee 20-3-2023 02:11 PM
teringat story misteri abg damm psl bahau


Quote Belibis 20-3-2023 03:51 PM
Itu ler hantu sebenarnya.
Quote rogayahtop 20-3-2023 03:53 PM
manusia2 terbukak hijab sixth sense gitu. kat tiktok ramai spesis ni ala2 manusia terpilih nampak awan tulisan arab.
Quote sonic-bertaik 26-3-2023 09:00 AM
Knp non Malays jarang??
Quote Decaffeinated 26-3-2023 09:51 AM
Selagi manusia yang percaya wujud. Modus operandi yang sama sejak zaman sebelum perang dunia ke2. Aku kecik2 dulu pun biasa dengar cerita gini tak sangka sudah tahun 2023 pun business scammer begini masih bertahan.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.122479 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top