CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Semakin Pulih Lepas Pembedahan, Dah Boleh Berdiri Normal "Tak Rasa Sakit Macam Dulu"

20-3-2023 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4752| Komen: 15

Description: Selepas tiga bulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November tahun lalu, penyanyi Zamani bersyukur apabila kini mampu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.
Zamani bersyukur kini mampu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini selepas tiga bulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November tahun lepas.

Zamani atau Zamani Ibrahim, 52, berkata dia sudah tidak lagi menanggung sakit terutama jika duduk atau berdiri dalam tempoh masa yang lama.


Dia bagaimanapun masih tidak dapat melakukan beberapa aktiviti harian atas nasihat doktor bagi mengelakkan kecederaan di bahagian tulang belakangnya berulang.


Foto: mStar

"Alhamdulillah saya dah semakin elok dan baik, rutin pun saya dah buat macam biasa. Cuma ada beberapa rutin harian yang masih saya tak boleh lakukan lagi macam saya tak boleh nak tunduk lagi.

"Tapi paling ketara saya dah mampu berdiri dalam Alhamdulillah tak rasa sakit macam dulu. Saya pun sudah kembali banyak menerima persembahan pentas," katanya kepada mStar.


Zamani berkata dia masih lagi menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan fizikal dan tulang belakangnya lebih kuat dan stabil.

"Saya masih lagi sedang jalani rawatan fisioterapi selama enam bulan. Sangat penting rawatan fisioterapi sebab saya ada masukkan besi, jadi nak beri dia serasi dengan tulang.

"Saya ada lagi tiga bulan untuk rawatan fisioterapi. Tapi kalau rawatan doktor, dia cakap dah okay. Dua minggu lepas baru jumpa doktor dan semuanya baik-baik sahaja," katanya lagi.



Sebelum ini, Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Berkongsi perkembangan terkini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Germis Mengundang ini memberitahu bakal melakukan konsert bersama kumpul Slam pada bulan Jun nanti.

"Saya dan kumpulan Slam akan melakukan konsert berskala besar di Singapura pada Jun nanti manakala untuk peminat di Kuala Lumpur dalam bulan Ogos pula.

"Saya teruja untuk menyertai konsert reunion kali ini selepas keadaan saya dah sihat nak berbanding keadaan saya yang sebelum ini tidak beberapa okay," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fahima80 20-3-2023 01:45 PM
Alhamdulillah. Seronok tengok abang Adek dah kembali sihat dan nampak ceria. Nampak dah ada isi sikit berbanding dulu serta nampak wangi. Semoga terus sihat terutama nak menjalani ibadah puasa ni nanti.
Quote Zazama 20-3-2023 03:11 PM
Alhamdulillah. Semua dgn izinNYA yg memudahkan urusan zamani.
Quote orkidorkido 20-3-2023 03:21 PM
Alhamdulillah
Quote makadek 20-3-2023 03:24 PM
Semoga berisi sikit
Quote afie_m 20-3-2023 03:25 PM
Alhamdulillah
Quote mizruncing 20-3-2023 03:32 PM
alhamdulilah. semoga terus kekal sihat
Quote cik_ingeniare 20-3-2023 03:41 PM
Alhamdulillah.. semoga terus sihat & maju ke hadapan
Quote zuliana29 20-3-2023 03:43 PM
alhamdulilah..
Quote penjarasgbuloh 20-3-2023 04:30 PM
Alhamdullilah....semoga zamani bertambah2 sihat lepas ni. Mudah untuk mencari rezeki.
Quote azimodin 20-3-2023 04:41 PM
Wah nampak ceria & sihat. Harap lepas ni abangadik pergi vocal training & hafal semula lirik. Ramai retis lama buat concert sold out. Slam pon banyak peminat tanah seberang
Quote dolladolla 20-3-2023 06:45 PM
Alhamdulillah...nmpk la sinar ceria di wajahnya..
Quote mesmerize 20-3-2023 07:00 PM
nampak muda sikit muka dia dalam pic atas tu.. syukur Alhamdulillah.. jaga kesihatan baik2 zamani.. terima kasih isteri zamani yg jaga beliau  terima kasih paknil n para dermawan yang membantu kos pembedahan zamani aritu
Quote dudaberhias 20-3-2023 08:22 PM
Alhamdulilah semoga terus sihat dan dapat lakukan amal kebaikan dengan lancar...

Belajar dari kesilapan dulu2.
Quote areyam 21-3-2023 09:19 AM
Terima kasih Paknil
Quote dewi_rina 21-3-2023 10:54 AM
Alhamdulillah, semoga dapat zuriat lepas ni... Dapat sorang pun jadi lah, mata sepet hehehe

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.094364 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top